Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka
membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah
melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.
Ia
juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada
individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan
terhadapnya.
Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah
dorongan perasaan terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan
tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan
jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima
kebenaran.
"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka,
maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada
mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang
lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan
lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani
dengan dosa besar di depan Allah.
Hari ini medan menabur fitnah
terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula
mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar
ke seluruh ceruk rantau.
Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu
bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya
menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di
selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.
"Dan janganlah
kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan."
(al-Isra:36)
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur
akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang
diceritakan Rasulullah s.a.w.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w
melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya
penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa
besar.
Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber
kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan
kehormatan dan maruah seseorang.
Orang yang suka mengadu domba
tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." Sebagai
Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam'
yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.
Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri
sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain,
dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka
dan tidak mencabuli hak mereka apatah lagi ahli keluarganya.
Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh,
kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia
tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah
mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga
bertahun-tahun.
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa
fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau
dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas
perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.
Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan
Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.
"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada
kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan
ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman
sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil
bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa
yang besar di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya orang yang
suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi
mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan
ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui.
"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya
kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya."
(an-Nur: 11-20)
Melalui pembacaan artikel ini sudah cukup jelas
kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih
dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se
seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih
jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.
Petikan artikel dari PDRM Kedah