Rabu, 6 Februari 2013
Ahad, 15 April 2012
Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang mereka kerjakan. (Al-Baqarah : 144)
Pada tahun kedua hijrah, ketika semua arah kiblat mengarah ke Baitul Maqdis, Rasulullah Muhammad SAW yang ketika itu berada di Madinah Al-Munawarah diperintah oleh Allah SWT supaya kiblat harus diubah kepada menghadap Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak waktu itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua umat Islam dan sejak saat itu Islam terus tersebar. Dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan, dan ramai yang memeluk Islam ketika itu termasuk orang orang Yaman
Setelah itu, Rasulullah saw mengirimkan mereka (orang2 Yaman) guru untuk mengajar mereka tentang agama. Maka Rasulullah saw mengirim Ali bin Abi Thalib ke Hamdan dan mengirim Muath ibn Jabel ke Janad dan ia mengirim utusan utusan ke Sana'a. Dan diantara utusan utusan itu, adalah Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee yang diutus sebagai pelindung (Sana'a) kemudian memerintahnya untuk membangunkan sebuah masjid dengan ketentuan yang Rasulullah saw telah tentukan sendiri.
At-Tabrani di dalam Al-Mu'jamAl-Awsat berkata : "Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee berkata : "Rasulullah SAW berkata padaku : " jika kamu membangun masjid Sana'a, bangunlah dikanan sebuah gunung bernama Deyn." Al-Hafez Al-Rahzey dalam bukunya "History of Sana'a" mengatakan, Rasulullah saw yang memerintahkan Wabribn Yuhanas Al-Ansarey ketika ia mengutusnya ke Sana'a untuk menjadi pelindung berkata " Panggillah mereka kepada Iman (kepercayaan / untuk membuktikan kebenaran). Jika mereka mentaatimu tentang hal itu maka aturlah mengenai Solat. Jika mereka mentaatimu mengenai hal itu, bangunlah masjid di taman Bathan, di mana disitu ditemukan sebuah batudi Gamdan dan arahkan ke sebuah gunung bernama Deyn." dan Al-Rahzey berkata: " Rasulullah saw menulis kepada Wabr untuk membangun dinding Bathan masjid dan membuatnya dari posisi dasar batu, dan mengarah ke Deyn."
Dan 14 abad selepas kejadian itu. Roket-roket dicipta dan mereka dapat melintasi jarak yang jauh (ke angkasa) membawa satelit-satelit.
Demi bintang ketika terbenam.
Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). An Najm (Bintang) : 1-4
Satelit-satelit membuktikan kebenaran Rasulullah saw. Sebuah research yang dilakukan syeikh Abdul Majid Al-Zandaney
Melalui Google Earth, kita boleh melihat bumi dari satelit. Dan kita boleh melihat wilayah Sana'a dan kemudian di zoom in sehingga nampak sebuah Masjid besar (mesjid agung) yang dibelakangnya terdapat masjid Sana'a yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw yang sekarang dibatasi oleh batu Mulallamah seperti yang digambarkan Rasulullah saw.
Dalam video itu kita dapat melihat pilar Masmoorah, yang dipelihara penduduk Yaman dan tepat diseberangnya adalah pilar lain yang disebut Manq'urah. Kemudian ditampilkan kiblat dari arah luar masjid. Setelah itu kita dapat lihat masjid yang berada di antara menara menara tersebut. Kemudian skrin di zoom out sehingga nampaknya wilayah Sana'a dengan masjid agung di pusatnya.
Kemudian kita dibawa untuk melihat foto satelit Gunung Deyn, sehingga bergeserlah foto satelit bumi itu ke arah barat laut ke arah gunung yang dimaksud oleh Rasulullah saw, di mana ia memerintahkan kepada Wabribn Yuhanas untuk mengarahkan kiblat masjid ke arah Gunung Deyn dan untuk membangun masjid di kanan dari Gunung Deyn.
Kemudian video di zoom in sehingga nampak jelaslah puncak gunung Deyn, sekarang diatasnya terdapat kem tentera dengan sebuah stesen pemancar televisyen.
Kemudian video di pusing kedudukannya sehingga kita dapat melihat puncak Gunung Deyn secara horizontal. Nampaklah puncak gunung Deyn beserta jalan yang menghubungkannya dengan Sana'a dan wilayah Amran.
Kemudian kita diajak kembali ke gambar satelit wilayah Sana'a, sehingga kita dapat memulai dari masjid yang dibangun atas perintah Rasulullah saw. Dibuatkan garis halus (digambarkan sebuah garis kuning) yang dimulai dari kiblat masjid Sana'a yang mengarah ke gunung Deyn, garis dari kiblat masjid Sana'a ditarik ke arah PUNCAK gunung Deyn dan nampak garis itu melalui kem tentera. Maka terbentuklah sebuah garis lurus melintang dari kiblat Masjid Sana'a ke PUNCAK gunung Deyn.
Dan kita diajak untuk memanjangkan arah garis kuning itu lurus ( benar-benar garis lurus ) terus ke arah barat laut ke luar dari batas negara Yaman. Ternyata Garis itu menuju ke Mekah. tidak hanya itu, tidak ke tempat lain, garis itu tepat menuju Masjidil haram lebih dari itu, ketika di zoom in, tidak ke bahagian masjid yang lain, garis itu tepat menuju Kabah tanpa menjauhi arah pusat Kabah.
Kalau diteliti secara terbalik ( bermula dari arah tenggara ), nampaklah sebuah garis lurus dari pusat Kabah ke puncak gunung Deyn, ke masjid agung, dan ke mesjid Sana'a, iaitu tepat ke kiblat yang arahnya ditentukan oleh Rasulullah saw. Jadi tempat ibadah di masjid yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw di Sana'a itu yang mengarah kepuncak gunung Deyn, ternyata terus merentasi menuju pusat Kabah, melalui sebuah garis lurus.
Jarak antara Sana'a ke Mekah sekitar 815 km dan jarak dari Sana'a ke Gunung Deyn adalah 30 km.
Tidak ada seorang pun manusia di bumi ini dapat menggambarkan sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu jauh, kecuali dengan bantuan peta yang sangat terperinci, yang sekarang dapat dikaji dengan adanya pesawat terbang dan satelit, dan ilmu pengetahuan tentang garis bujur / garis lintang / ketinggian tanah dan lain lain. Dan Rasulullah SAW, 14 abad lalu, tidak menggunakan semua itu.
Subhanallah.
Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). An Najm :3-4
Jom! Tengok... Hujan Meteor Lyrid Landa Malaysia 21 & 22 April 2012
Jom! Tengok...
Hujan Meteor Lyrid Landa Malaysia 21 & 22 April 2012

Hujan Meteor Lyrid 21 Dan 22 April 2012 | Penduduk Malaysia dan seluruh dunia akan berpeluang melihat keindahan Hujan Meteor Lyrid yang dijangka menghiasi langit pada 21 dan 22 April ini. Ketiadaan bulan pada waktu malam akan memberikan kepuasan kepada anda untuk menyaksikan hujan meteor itu dengan lebih jelas.
Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk anda menyaksikan keindahan hujan meteor ini adalah antara tengah malam dan fajar waktu tempatan. Ini disebabkan bulan baru saja muncul kembali, ini menjadikan kilasan terang Lyrid tidak akan ditenggelami oleh kilauan jiran terdekat Bumi.
Pegawai NASA menganggarkan kadar hujan meteor adalah sebanyak 15 kali dalam sejam dan ia mungkin akan jadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada anggaran tersebut. Ini kerana Lyrid agak sukar diramal namun kadar-kadar maksimumnya adalah dari 10 hingga 100 meteor sejam !!!.

Hujan meteor ini dinamakan Lyrid kerana ia dikatakan berasal dari buruj Lyra (The Lyre) yang boleh dilihat di langit pada waktu malam semasa pertengahan April selama sekurang-kurangnya 2,500 tahun.
Bagi yang tidak berpeluang melihat hujan meteor ini pada malam tersebut disebabkan langit mendung atau berawan, anda bolehlah sertai program sembang (chat) bersama para pakar dan menonton video “live streaming” secara langsung yang disediakan oleh NASA bermula dari jam 11 p.m. hingga 5 a.m.
Untuk menyertai Program sembang dan video “streaming” anda bolehlah ke laman ini:-
http://www.nasa.gov/connect/chat/lyrids2012_chat.html
http://www.nasa.gov/connect/chat/allsky.html
http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/usa/eastern-time/eastern-daylight-time.htm
Sains: 10 Amalan Yang Merosakkan Otak Kita
10 Amalan Yang Merosakkan Otak Kita
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Kata-kata Hikmah Syeikh Kadir Jailani
1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,"Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya."
2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah," Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku."
3. Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah," Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku."
4. Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah," Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."
5. Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah," Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku
mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. "
6. Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah," Aku tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah."
Maksud Bacaan Dalam Solat
DOA IFTITAH
Allah Maha Besar, Maha Sempurna Kebesaran-Nya. Segala Puji Bagi Allah, Pujian Yang Sebanyak-Banyaknya. Dan Maha Suci Allah Sepanjang Pagi Dan Petang.
Kuhadapkan Wajahku Kepada Zat Yang Telah Menciptakan Langit Dan Bumi Dengan Penuh Ketulusan Dan Kepasrahan Dan Aku Bukanlah Termasuk Orang-Orang Yang Musyrik.
Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku Dan Matiku Semuanya Untuk Allah, Penguasa Alam Semesta.
Tidak Ada Sekutu Bagi-Nya Dan Dengan Demikianlah Aku Diperintahkan Dan Aku Termasuk Orang-Orang Islam.
AL-FATIHAH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Kepada-Mu lah Aku Menyembah Dan Hanya Kepada-Mu lah Aku Memohon Pertolongan.
Tunjuklah Kami Jalan Yang Lurus.
Iaitu Jalan Golongan Yang Telah Kau Berikan Nikmat, Bukan Jalan Golongan Yang Kau Murkai Dan Bukan Pula Jalan Golongan Yang Sesat.
R U K U’
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung Dan Dengan Memuji-Nya.
I’TIDAL
Semoga Allah Mendengar ( Menerima ) Pujian Orang Yang Memuji-Nya ( Dan Membalasnya ).
Wahai Tuhan Kami ! Hanya Untuk-Mu lah Segala Puji, Sekalian Langit Dan Bumi Dan Sekalian Perkara Yang Kau Kehendaki Sesudahnya.
SUJUD
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi Dan Dengan Memuji-Nya.
DUDUK DIANTARA DUA SUJUD
Ya Tuhanku ! Ampunilah Aku, Kasihanilah Aku, Cukupkanlah ( Kekurangan )-Ku, Angkatlah ( Darjat )-Ku, Berilah Aku Rezeki, Berilah Aku Petunjuk, Berilah Aku Kesihatan Dan Maafkanlah ( Kesalahan )-Ku.
TASYAHUD AWAL
Segala Kehormatan, Keberkahan, Rahmat Dan Kebaikan Adalah Milik Allah.
Semoga Keselamatan, Rahmat Allah Dan Berkah-Nya ( Tetap Dicurahkan ) Atas Mu, Wahai Nabi.
Semoga Keselamatan ( Tetap Dilimpahkan ) Atas Kami Dan Atas Hamba-Hamba Allah Yang Soleh.
Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah. Dan Aku Bersaksi Bahwa Muhammad Adalah Utusan Allah.
Wahai Allah ! Limpahkanlah Rahmat Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad !.
TASYAHUD AKHIR
Segala Kehormatan, Keberkahan, Rahmat Dan Kebaikan Adalah Milik Allah.
Semoga Keselamatan, Rahmat Allah Dan Berkah-Nya ( Tetap Dicurahkan ) Atas Mu, Wahai Nabi.
Semoga Keselamatan ( Tetap Dilimpahkan ) Atas Kami Dan Atas Hamba-Hamba Allah Yang Soleh.
Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah. Dan Aku Bersaksi Bahwa Muhammad Adalah Utusan Allah.
Wahai Allah ! Limpahkanlah Rahmat Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Penghulu Kami Nabi Muhammad.
Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Rahmat Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.
Dan Limpahkanlah Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarganya.
Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.
Sungguh Di Alam Semesta Ini, Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia. Wahai Zat Yang Menggerakkan Hati. Tetapkanlah Hatiku Pada Agama-Mu.
Tips Buat Ibu Dalam Mendidik Anak Mengerjakan Solat
1. Uruskan semua kerja sebelum azan supaya dapat dirikan solat tepat pada waktu. Jika tidak selesai, berhenti seketika agar dapat tunaikan segera.
2. Duduk di atas sejadah siap dengan telekung (jika tidak guna telekung, guna pakaian kebiasaan solat) ketika masuk waktu solat jika masih uzur.
3. Jika si suami menyuruh mengerjakan solat, elakkan dari menyebut "tunggu sebentar."
4. Mula mengajak anak solat bersama pada usia 7 tahun.
5. Baca hadith tentang kelebihan solat sekurang-kurangnya sekali sehari. (tetapkan masa)
6. Sentiasa cerita kepada anak tentang kepentingan mengerjakan solat.
7. Setiap kali ingin mulakan perbualan dengan anak, solat adalah perkara pertama yang ditanya.
8. Puji dan cium anak setiap kali mereka selesai menegrjakan solat.
9. Tukarkan tabiat membaca kisah-kisah dongeng sebelum tidur kepada membaca kisah-kisah sahabat atau para anbiya.
10. Rotan jika masih tidak solat pada usia 10 tahun. (sekadar untuk peringatan, bukan hingga tahap cedera)
*no 1,2, dan 3 dibuat dari anak masih bayi lagi agar mereka akan anggap solat satu perkara yang sangat penting.
Langgan:
Catatan (Atom)
