Selasa, 4 Jun 2013
Hakikat Kembali Kepada Allah
Sesungguhnya kehidupan berTuhan itu amat indah dan bahagia. Namun,
masih ramai yang gagal menemui erti yang jelas dengan apa yang
dimaksudkan dengan kehidupan Rabbani, sehingga ada yang tersesat dalam
memilih Tuhan yang Esa sebagai sembahan mutlak. Ada yang mengambil Tuhan
hanya dalam beberapa aspek kehidupan sahaja dan yang lebih buruk lagi,
hanya kembali kepada Tuhan di saat kesusahan atau semasa berhajat kepada
sesuatu. Semua kesilapan dan kesesatan ini merupakan punca dunia hari
ini semakin merosot nilai dan kualiti kebahagiaan dan keselamatannya.
Dalam hidup berTuhan, Allah SWT adalah Tuhan yang sebenarnya perlu
diikhtiraf sebagai satu-satunya Ilah atau sembahan, dan tiada yang lain
selainnya. Allah SWT kemudiannya perlu dikenali dan dijadikan 'qasdul
hayah' atau matlamat kehidupan. Setiap gerak geri kita mesti untuk
pengabdian kepada Allah SWT semata-mata. Hati juga perlu mencintai Allah
SWT disamping ketundukan dan kepatuhan secara total.
Firman
Allah SWT maksudnya : “Hai orang orang yang beriman! Taatlah kepada
Allah dan taatlah kepada RasulNya dan kepada Ulil Amri diantara kamu.
Maka sekiranya kamu berbantah bantahan di satu perkara, hendaklah kamu
kembalikan dia kepada Allah dan RasulNya, jika kamu benar benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu sebaik baik dan
sebagus bagus takwil.
(Surah An-Nisa ayat 59)
Dalam ayat di
atas jelas, bahwa taat kepada pemerintah disyaratkan bahawa pemerintah
itu hendaknya dari golongan kita (orang orang yang beriman) dan orang
yang mahu kembali kepada Kitabullah dan sunah Rasulullah ketika terjadi
perselisihan pendapat. Dalam sebuah hadis disebutkan ,
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak boleh taat kepada makhluk dalam hal durhaka kepada Allah” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
“ Sesungguhnya taat itu hanya dalam hal makruf “ (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah falsafah Tauhid yang perlu dijadikan pegangan setiap manusia.
Kehidupan yang diwarnai dengan sinar Tauhid akan sentiasa membahagiakan
insan. Ia juga akan menjadikan semua masaalah hidup boleh dihadapi
dengan jiwa yang tenang, besar dan positif. Tauhid juga membawa manusia
kepada keselamatan, kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di
akhirat.
Kegagalan untuk kembali kepada Tuhan dalam aspek
kehidupan dan membawa manusia kepada kesesatan yang membinasakan hidup.
Bukan sahaja hidup sengsara di akhirat, malah kebahagiaan tidak akan
dapat dikecapi di dunia ini lagi. Kehidupan yang menyisihkan Tuhan akan
menjadikan manusia seperti binatang buas yang sentiasa mencari kepuasan
hawa nafsu.
Marilah kita menjalani kehidupan ini dengan
mencintai Allah SWT. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai petunjuk kerana
inilah sahaja cara hidup yang diiktiraf oleh Tuhan yang menciptakan
insan dan seluruh makhluk, termasuk kehidupan itu sendiri.
Renungkanlah hadis Nabi SAW. yang bermaksud : "Barangsiapa yang menyeru
manusia kepada hidayah, dia mempunyai pahala seperti pahala yang dicapai
oleh orang yang menyahut seruannya tanpa mengurangi pahala mereka yang
menyahut seruannya, semakin banyak orang yang mengikuti seruannya
semakin berlipat ganda pahala yang diperolehi." (Hadis Riwayat Muslim)
Susunan Cik Puan Ayu Blogz yang dipetik dari artikel
Koleksi Rahsia 1 - 7 : Ada Rahsia di Sebalik Rahsia
Rahsia 1
Rahsia 6
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.
Rahsia 2
Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makannasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Rahsia 3
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut doktor dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
Rahsia4
Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Rahsia 5
Membaca Bismillah (Bismillahirrahmanirrahim). Membaca Bismilah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah SWT. Apabila Bismilah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Rahsia 6
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Karbon Dioksida, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi berasid. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum yang betul ialah baca Bismilah, duduk, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Rahsia 7
Ka’bah.
Susuann: Cik Puan Ayu BlogzJanganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Karbon Dioksida, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi berasid. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum yang betul ialah baca Bismilah, duduk, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Rahsia 7
Ka’bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah
Jaga lah Mulut dan Mata Kita.
Jaga lah Mulut dan Mata Kita.
1. Cara pertama untuk menjaga mulut perlu biasakan bercakap perkara yg berfaedah dan diam bila tidak perlu bercakap.Diam dengan berzikir dan melihat kebesaran Allah lebih baik dan berfaedah dari memperkata tentang sesuatu yang lagha, sia-sia, mengumpat, menyebarkan aib dan keburukan seseorang malah lebih berat lagi menyampaikan fitnah...
2. Jika mulut tidak dikawal dgn perkara berfaedah. Ini kerana sebab mulutlah banyak orang menambahkan saham untuk dimasukkan ke dalam neraka seperti diriwayatkan dalam hadis dan kisah-kisah Nabi
3. Menjaga mata daripada yg haram seperti mengekori aurat wanita, menonton atau melihat video lucah dan seronok melihat perkara maksiat.
4. Suatu kali salah seorang sahabat Sufyan al-Tsaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!"
Baginda menjawab: "Katakanlah, 'Rabbku adalah Allah', lalu istiqamahlah".
Aku berkata: "Wahai Rasulullah, apakah yang paling tuan khawatirkan atasku?"
Baginda memegang lidah baginda sendiri, lalu bersabda: “Ini."
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).
5. Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah an-Nuur ayat 30)
6. Wahai kawan-kawan dan pembaca sekelian, ingatlah, Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa kita jika membabitkan dosa kita pada manusia terutama bab-bab mengumpat, menceritakan aib, menyakiti hati orang lain dan menyebarkan fitnah. Dosa kita pada Allah kita boleh minta ampun direct pada Allah dengan solat taubat nasuha, namun dosa sesama manusia dengan meminta maaf dengan org yang kita aniaya itu. Jika dia tidak maafkan dan redha bagaimanakah nasib kita kelak?
Diam itu lebih baik. Bersabarlah pada siapa yang diumpat itu, jangan membalas dan berdoalah banyak-banyak pd Allah SWT. Nanti Malaikat lah yang akan membalas kata-kata mereka dan membalikkan semula ke muka mereka. Allah akan simpan pahala dan menaikkan martabat kita kerana bersabar. bersyukurlah degan ujian dan dugaan Allah kerana ini adalah satu rahmat dan Allah ingin mengampunkan dosa kita serta menyimpannya saham baik kita untuk diberikan di akhirat. Amin40x
1. Cara pertama untuk menjaga mulut perlu biasakan bercakap perkara yg berfaedah dan diam bila tidak perlu bercakap.Diam dengan berzikir dan melihat kebesaran Allah lebih baik dan berfaedah dari memperkata tentang sesuatu yang lagha, sia-sia, mengumpat, menyebarkan aib dan keburukan seseorang malah lebih berat lagi menyampaikan fitnah...
2. Jika mulut tidak dikawal dgn perkara berfaedah. Ini kerana sebab mulutlah banyak orang menambahkan saham untuk dimasukkan ke dalam neraka seperti diriwayatkan dalam hadis dan kisah-kisah Nabi
3. Menjaga mata daripada yg haram seperti mengekori aurat wanita, menonton atau melihat video lucah dan seronok melihat perkara maksiat.
4. Suatu kali salah seorang sahabat Sufyan al-Tsaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!"
Baginda menjawab: "Katakanlah, 'Rabbku adalah Allah', lalu istiqamahlah".
Aku berkata: "Wahai Rasulullah, apakah yang paling tuan khawatirkan atasku?"
Baginda memegang lidah baginda sendiri, lalu bersabda: “Ini."
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).
5. Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah an-Nuur ayat 30)
6. Wahai kawan-kawan dan pembaca sekelian, ingatlah, Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa kita jika membabitkan dosa kita pada manusia terutama bab-bab mengumpat, menceritakan aib, menyakiti hati orang lain dan menyebarkan fitnah. Dosa kita pada Allah kita boleh minta ampun direct pada Allah dengan solat taubat nasuha, namun dosa sesama manusia dengan meminta maaf dengan org yang kita aniaya itu. Jika dia tidak maafkan dan redha bagaimanakah nasib kita kelak?
Diam itu lebih baik. Bersabarlah pada siapa yang diumpat itu, jangan membalas dan berdoalah banyak-banyak pd Allah SWT. Nanti Malaikat lah yang akan membalas kata-kata mereka dan membalikkan semula ke muka mereka. Allah akan simpan pahala dan menaikkan martabat kita kerana bersabar. bersyukurlah degan ujian dan dugaan Allah kerana ini adalah satu rahmat dan Allah ingin mengampunkan dosa kita serta menyimpannya saham baik kita untuk diberikan di akhirat. Amin40x
Khamis, 14 Februari 2013
POLIGAMI 2
Poligami halal dan jangan sesekali cuba untuk mengharamkannya. Apa yang jelasnya, poligami satu sunnah Rasul
yang paling di sukai oleh para suami.
Islam mengharuskan seorang lelaki
berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan zuriat dan
mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat.
Had untuk seorang
suami menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja. Firman Allah S.W.T (Surah an-Nisa’: Ayat 3)
Maksudnya: "Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga
atau empat orang. Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah
seorang saja…."
Bagaimana poligami berlaku sedangkan si isteri tidak ada kekurangan?
Sekiranya perhubungan berlaku atas sebab tertarik dengan si dia (kerana cantik dan muda) atau simpati kerana masih belum berpunya (Andalusia) dan adakah si suami akan dikategorikan sebagai curang (kerana menurut nafsu)
dan pihak si dia sebagai perampas suami orang?
Apakah sebab yang kukuh
membolehkan poligami? Adakah persetujuan perlu dari pihak isteri dan
sekiranya isteri masih berkeras tidak dapat menerima, nak buat macamana?
Sesungguhnya
Islam mengharuskan POLIGAMI, mereka yang dapat melaksanakan tuntutan
keadilan dalam poligami mendapat pengiktirafan mengikut / turut sunnah Nabi dan mendapat pahala yang sangat besar di sisi Allah.
Sebaliknya bagi mereka yang tidak berkemampuan tetapi berpoligami hanya kerana hawa nafsu
semata-mata (jauh sekali menganggapnya ibadah (perhambaan total kepada
Allah).
Maka haram hukumnya berpoligami kerana ianya akan membawa kesengasaraan banyak pihak dan menjadi fitnah kepada keindahan hikmah poligami di sisi Islam.
Poligami di sisi Islam, tidak pernah lahir mereka yang dianggap sebagai curang dan perampas suami orang.
Sekiranya perkara ini timbul adalah berkemungkinan ia akibat pengamal poligami itu sendiri telah gagal melaksanakan tuntutan poligami di sisi Islam.
Untuk
mempastikan semua pihak menikmati keindahan poligami tanpa rasa curiga
dengan Hukum keharusan yang Allah tetapkan, seharusnya mereka yang
terlibat mempastikan terlebih dahulu matlamat kehidupan diri sendiri
hendaklah selari dengan tuntutan kehidupan di sisi Allah, matlamat
berkeluarga juga selari dengan matlamat kekeluargaan dalam Islam begitu
juga matlamat berpoligami.
Seterunya pastikan mereka beramal dengan
segala tuntutan yang telah di tetapkan oleh Allah. Penyelesaian terbaik
kepada segala masalah ada dalam Islam.
Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan. Seseorang
yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini
tidak berlaku.
Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat
Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat.
Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah.
Lelaki
yang hendak berpoligami mestilah beriman dan taat kepada perintah
Allah. Lelaki yang beragama akan menghayati konsep poligami yang
sebenar dan mengamalkannya terhadap isteri-isterinya.
- Lelaki tersebut hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya, sama ada mengenai nafkah zahir atau nafkah batin.
- Lelaki tersebut mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat supaya dapat menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya.
- Hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup dan teguh untuk menampung keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya. Sumber kewangan yang tidak cukup akan membawa kesan yang tidak baik kepada sesebuah keluarga.
Sabda Rasulullah S.A.W ( Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi )
Maksudnya:
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa
yang mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada
kedua-duanya, dia akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya
berat sebelah.
Akibat poligami yang tidak mengikut syariat Allah, menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.
- Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.
- Pembawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.
- Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.
Sabda Rasulullah S.A.W (Riwayat Aby Daud,Tarmizi, Nasai Ibnu Majah) Maksudnya
: Daripada Aisyah r.a telah berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W
membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan baginda berdoa: ”
Ya Allah! Ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerana itu
janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan takut tidak menguasainya “. Berkata Abu Daud : maksudnya ialah ‘hati’."
Susunan semula: Cik Puan Ayu Blogz
Susunan semula: Cik Puan Ayu Blogz
POLIGAMI 1
POLIGAMI
Poligami antara tanggungjawab sosial, keinginan lelaki dan keresahan wanita.
Poligami
sebenarnya merupakan punca keresahan kepada isteri pertama lebih
daripada merupakan masalah wanita keseluruhannya. Dari kenyataannya,
wanita secara umum perlukan kepada poligami sebagaimana lelaki namun
sebab sahaja yang berbeza.
Suami yang berkeinginan kuat, memerlukan
lebih dari seorang isteri. Wanita yang lemah memerlukan perlindungan –
bilangan mereka ini ramai – perlukan kepada suami. Tidak semua keadaan
atau bukanlah keadilan mutlak kalau kita berpegang kepada kaedah ‘satu
lelaki untuk satu perempuan’. Sebaliknya ia akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat. “Ustaz tolong cakap kepada suami saya…" Begitulah bunyinya seorang isteri memulakan luahannya apabila suami ingin ‘pasang cawangan’.
“Dia tidak mampu, apa yang saya tahu –saya isterinya – dia tidak boleh berlaku adil. Bukan saya tidak setuju….”, luahnya lagi.Beginilah
detik-detik kehidupan seorang isteri yang ingin dimadukan. Perasaan
sedih, kecewa, celaru bercampur-baur, mengakibatkan bak kata pepatah,
“mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang” seolah-olah
seluruh dunia memusuhinya.
Sebaliknya pula pengakuan suami. “Saya bahagia dengan isteri saya, kami tidak ada masalah, cuma saya rasa nakkan satu lagi.”Saya
percaya saya boleh beri keadilan kepada isteri saya kalau saya
berpoligami. Isteri saya Insya Allah boleh terima keadaan ini”.
Bukan kerana cantik. Kalau nak lihat pada kecantikan isteri saya yang pertama pun lagi cun…”.Keinginan
yang melonjak-lonjak sukar ditafsirkan. Tetapi itulah hakikatnya.
Ucapan suami yang berkobar-kobar dan keresahan isteri yang
berdebar-debar
Punca Apa
yang perlu dikaji ialah, apakah punca kepada keresahan isteri pertama
itu sebenarnya? Dari pengamatan penulis ada beberapa punca yang
menyebabkan perkara itu berlaku:
1. Ia
kadangkala berpunca daripada sikap wanita itu sendiri yang pentingkan
diri sendiri (isteri pertama), sukar untuk bertolak ansur, dan sukar
menerima hakikat ia sudah berkongsi tongkat.
2. Kadang-kadang
berpunca dari sikap lelaki yang bersikap ‘habis madu sepah dibuang’ dan
senang melihat penderitaan isteri yang dimadukan.
3. Kadang kala
berpunca daripada masyarakat yang memandang serong kepada poligami,
sehingga menganggap isteri tua tidak pandai menjaga suami dan
sebagainya.
4. Serta tidak
kurang juga masalah datang daripada isteri kedua yang tamak dan tidak
sedarkan
diri. Setelah mengambil suami orang dia berusaha merampasnya
terus.
Keempat-empat punca ini,
adalah penafsiran sebenar kepada keresahan untuk menerima hakikat
bermadu oleh isteri pertama. Ia bukan disebabkan oleh poligami itu
sendiri. Poligami membawa kebaikan kepada masyarakat dan keluarga jika
ia dilaksanakan dengan menepati kehendak hukum Islam. Sistem Islam yang
amat adil ini dicemari oleh perbuatan manusia sehingga poligami dilihat
negatif oleh banyak kelompok masyarakat. Jika sekiranya manusia lelaki
dan wanita bersikap adil (adil bukan hanya sifat lelaki) poligami akan
dapat menyelesaikan banyak masalah yang sedang dihadapi oleh manusia
kini.
Kesedaran Sosial Penulis ingin mengajak isteri-isteri untuk merenung nasib kaum sejenis dengannya. Siapakah yang lebih
halus perasaannya untuk merasa belas kasihan kepada kaum wanita yang
tidak bernasib baik, kalau isteri pertama hanya mementingkan diri dan
mengatakan jangan kacau suami saya, maka siapa yang akan selamatkan
mereka?
Kalau begitu wanita adalah mereka yang paling tidak sensitif
dengan isu wanita dan amat mementingkan diri sendiri. ”
Kalau nak kawin dengan anak dara tua oklah juga atau selamatkan janda
yang tidak terbela…..ini tidak, nak cari anak dara, berkelulusan tinggi
ada profesion dan kadang kala tidak pentingkan agama….ada potensi boleh
didik dakwanya.
Mana tanggungjawab sosial di sini? Saya nampak tak ada
lain kecuali nafsu”.Ya,
kenyataan itu ada benarnya, namun tanggungjawab sosial tidak terhenti
kepada masalah yang disebutkan. Mengelakkan berlaku perzinaan dan
hubungan sumbang juga adalah suatu tanggung jawab sosial.
Suami ada sebab tersendiri yang diterima syariat untuk melepaskan keghairahannya dengan cara berpoligami.
Kepada isteri kedua hendaklah berterima kasih kepada isteri pertama. Hormatilah mereka sebagaimana sepatutnya. “….Dulu saya yang carikan untuknya isteri, sampai hati dia sanggup meninggalkan saya” .Jagalah lidah daripada ucapan menghasut, dan usaha untuk control suami. ” Saya tidak suka dengan perempuan gila tu..tak tahu jaga laki !!!
"Islam
melarang isteri yang bermadu bertindak demikian. Hadapilah sikap
mementingkan diri sendiri dengan mujahadah. Sebaliknya berilah dorongan
kepada suami agar bersegera ke rumah isteri pertama. “Abang kalau balik sana , kirim salam pada kakak ya!”
Kekang keinginan dengan perasaan tanggungjawab.
“Masa mula-mula kahwin dulu dia balik setiap dua hari tetapi sekarang ada saja alasannya”.“Kalau yang sana tu telefon cepat-cepat dia balik, kadang-kadang nak minum air bersama anak-anak pun tak sempat”.Selepas
beberapa bulan dari berpoligami kenyataan perit bermula.
Perahu kini
sudah tidak berkemudi lagi. Lajak sudah tidak boleh diundur dan nasib
isteri pertama sukar diramalkan. Rasa tanggungjawab mula nipis dan ikrar
keadilan mula dilupakan. Suami mula menghadapi dunia baru yang tidak
dijangka sebelum ini.
“Macam mana selepas buka cawangan?”
“Macam mana selepas buka cawangan?”
“Perempuan, perempuan juga. Kalau belum mula tu…. tak payahlah”.Oleh
kerana menyedari akan ragam manusia ini Islam meletakkan panduan yang
lengkap yang perlu di ikuti oleh pasangan yang ingin berpoligami. Naluri
keinginan lelaki seharusnya dihalakan untuk memenuhi tuntutan sosial
seperti berikut;
1. Kemandulan:
Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam mengharuskan suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi zuriat sendiri.
1. Kemandulan:
Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam mengharuskan suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi zuriat sendiri.
- Penyakit: Isteri mengidap penyakit yang menghalang si suami untuk menikmati kehidupan rumahtangga secara sempurna, kerana isteri gagal memberi layanan yang sewajarnya kepada suami, Islam mengizinkan suami untuk berpoligami sebagai satu ganjaran terhadap kesabaran suami yang sanggup menjaga dan menanggung isteri yang berpenyakit.
- Nafsu: Suami memiliki keupayaan seksual yang luarbiasa dan tidak mampu ditampung oleh seorang isteri, apatah lagi sekiranya si isteri berada dalam haid dan nifas. Islam mengharuskan suami berpoligami untuk memelihara kesucian agama dari terjebak ke lembah maksiat.
- Pertambahan bilangan MJ janda, MB balu dan MA andartu: Bertambah bilangan kumpulan di atas secara tidak langsung menambahkan bebanan sosial dan mempengaruhi kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong sesiapa yang berjiwa mulia untuk berpoligami dengan niat memelihara kehormatan dan kemulian kaum wanita.
- Musafir: Para suami yang banyak bermusafir keluar negara dalam tempoh yang agak lama diatas urusan tertentu juga adalah antara faktor yang membolehkan lelaki untuk berpoligami. Kerana dengan itu ia dapat mengelak dari terjebak kepada dosa dan zina.
- Pertambahan bilangan perempuan: Perkara ini berlaku disebabkan kematian ramai kaum lelaki. Keadaan ini juga adalah antara sebab sosial yang mengharuskan poligami.
Syarat-syarat poligami
Ada beberapa syarat yang ditetapkan kepada lelaki yang ingin berpoligami. Antaranya ialah:
- Ada keinginan daripada pihak lelaki
- Tidak boleh melebihi empat orang. Islam menghadkan poligami hanya kepada empat orang sahaja.
- Mampu berlaku adil. Keadilan meliputi perkara-perkara berkaitan tempat tinggal, nafkah, makan pakai dan tidak termasuk hal-hal yang berkaitan dengan hati dan kecenderungan perasaan. Jika keadilan gagal dipenuhi Islam tidak mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.
Hukum berpoligami.
Wajib apabila dibimbangi membawa kepada zina dan maksiat
- Harus, bila suami berkemampuan dan berkeinginan untuk berpoligami
- Haram, apabila tidak mampu menunaikan hak yang sepatutnya kepada isteri-isterinya.
- Makruh, apabila suami gagal menunaikan beberapa hak isterinya dan dengan keredaan isteri
Apakah poligami harus digalak atau harus dihindari terserahlah kepada penilaian suami yang bijaksana.
Susunan semula: Cik Puan Ayu Blogz
Hadis 40 - Imam Nawawi - Koleksi Hadis Ke 36 hingga Hadis Ke 40
Hadis Ke 36 :
Dari
Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda :
"Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari
kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari
suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa
yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan
meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat."
"Barangsiapa
yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup
keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya, selagi
hamba-Nya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu
jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan
baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam
suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan
mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas
perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, di kelilingi
oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisi-Nya.
Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan
oleh keturunannya."
Hadis Ke 37 :
Dari
Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada
Tuhannya Tabaraka Wa Ta’ala, katanya :
"Sesungguhnya Allah telah
menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu.
Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak
mengerjakannya – Allah akan mencatit disisinya satu hasanah yang
sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di
sisi-Nya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga
sampai beberapa kali ganda banyaknya."
"Dan jika ia bercita-cita
mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan
mencatitkan di sisi-Nya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan
cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatitkan
baginya satu kejahatan sahaja."
Riwayat Bukhari dan Muslim dalam kitab
sahih keduanya.
Hadis Ke 38 :
Dari
Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
" Sesungguhnya
Allah Ta’ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang
setia padaku), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang
terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal)
kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan
semua yang Ku fardhukan ke atas dirinya."
"Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa
bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil ( badat sunat) sehingga
Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah
Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai
pengelihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia
bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya.
Dan sekiranya ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan
sekiranya ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi ia.”
Hadis Ke 39 :
Dari
Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
"Sesungguhnya
Allah memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan
dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka.”
Hadis Ke 40 :
Dari
Ibn Umar r.a., katanya : Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan
bersabda :
" Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau,
atau pengembara. Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu
petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di
waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu
sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum
datang waktu mati."
Susunan: Cik Puan Ayu Blogz
Langgan:
Catatan (Atom)