Sabtu, 8 Januari 2011

Islam Itu Mudah


Cuba kita renungkan masa kini ramai dikalangan ustaz-ustaz,ahli ulama serta orang-orang alim yang kuat beribadah menganggap ibadah itu mestilah dibawa kepada tahap yang tinggi setaraf dengan ibadah mereka..Mereka berkeinginan untuk masyarakat mendekati agama seperti mereka mendekati agama,walhal ramai dikalangan masyarakat kita masih kurang dalam pengetahuan agama dan mereka perlukan bimbingan secara berperingkat-peringkat dan bukannya drastik..

Sebagai contoh,seorang yang kemalangan yang mana tangan nya di simen, kemudian wujud perselisihan pendapat dikalangan ulama golongan agama yang menjadikan agama itu susah sehinggakan jikalau seseorang yang tangan nya disimen jikalau hendak menunaikan solat haruslah meratakan tangan yang bersimen itu dengan air sembahyang,kemudian bertayamum dan seterusnya melalui beberapa peringkat..Mengapa hal ini harus dijadikan susah,sedangkan orang yang sihat pun disuruh solat agak payah,inikan mereka yang kemalangan,beberapa anggota tubuh badan disimen dikenakan syarat untuk berwuduk sehinggakan mereka yang sakit ini susah untuk melaksanakan dan akhirnya mereka terus tidak solat..Hal ini sepatutnya dipermudahkan sebagai contoh jikalau tangan yang disimen tadi haruslah mengenakan air sembahyang ditempat yang tidak bersimen itu..Cuba kita renungkan,jikalau hendak bertayamun perlukan pasir yang bertapis, bagaimana badwi padang pasir hendak mencari penapis?Dimana-mana pasir yang kita tepuk,yang mengeluarkan debu,maka bolehlah kita bertayamum..Tetapi mengapa wujud golongan yang menjadikan agama ini susah yang mengatakan perlulah ditapis pasir itu,kalau tidak tapis,tidak boleh bertayamum,akhirnya langsung badwi padang pasir itu tidak solat..Berbalik pada kaki tangan yang disimen tadi,mana yang mampu dia boleh mengenakan air sembahyang,kenakan,man bahagian yang tidak boleh, boleh diabaikan, teruskan solat dan solat itu adalah sah..Tidak perlulah berwuduk,kemudian bertayamun kemudian ratakan bahagian bla bla bla seperti yang difardhu kan oleh golongan yang menjadikan agama ini sukar..

Seterusnya, jikalau kita hendak menyuruh orang supaya bersolat 5 waktu..Pada awal untuk melaksanakannya memanglah agak susah...Tetapi mengapakah kita mesti bersikap kasar untuk seseorang itu solat?Memang nabi mendidik agar menyuruh anak mu solat seawal umur 7 tahun dah jikalau dia tidak melakukannya,pukul lah bawah tapak kaki anak tersebut..Bagaimana pula jikalau seorang lelaki yang berumur 20 tahun?30 tahun??Adakah kita perlu merotan mereka??Disebabkan itulah terapkan nilai-nilai berunsur penarikan kearah islam dengan menjadikan nya mudah, diajak dengan penuh kebesaran jiwa dan bukanlah diajak dengan penuh ketegasan,hal ini mengelakkan daripada berlakunya keterpaksaan hinggakan sembahyang itu bukan kerana Allah..Seseorang itu solat kerana apa?Bukan kerana kewajipannya kepada Allah, Tetapi kerana takut pada orang yang menyuruhnya untuk solat? Renungkan, didalam psychology, manusia biasanya menerima sesuatu yang bersifat kelembutan serta kasih sayang serta kebesaran jiwa.. Cuba pada awalnya kita terapkan nikmatnya solat itu, pada awalnya lakukan seikhlas hati, ceritakan tentang nikmatnya pahala serta ganjaran yang diperolehi,lama kelamaan,diatas sebab kelembutan itu,orang itu terbuka hatinya untuk solat kerana Allah swt..

Saidina Umar sendiri mempunyai pembawakan feqah islam yang agak ketat sehinggakan ketika dia berwuduk membasuh muka sehinggakan mengenakan air pada celahan mata, malah wujud perselisihan pendapat bahawa wanita yang hendak mandi wajib hendaklah melepaskan sanggul dikepala.Dan apabila perkara itu sampai ke Ummu Salamah,dia menjadi marah kerana Umar menjadikannya semakin sukar walhal dia sendiri telah mandi dalam keadaan rambut bersimpul , tetapi rasulullah tidak pun menyuruh dia membuka sanggul itu.. Itu mengikut pegangan Umar sendiri, bagaimana pun dia tidak memfardhukannya kepada masyarakat..Masalah yang berlaku sekarang ini adalah apabila wujud golongan agama yang mempelajari sesuatu di pengajian pondok sehinggakan mereka mengangkat tok guru mereka ketahap maksum, dan apabila mereka ini keluar menyampaikan dakwah,apabila mereka merasakan sesuatu pendapat itu berbeza dengan tok guru mereka,maka mereka menolak bulat-bulat penekanan islam yang mudah itu..

Contoh seterusnya, ramai dikalangan kita pada masa kini terutama solat subuh menjadi bebanan sehinggakan menjadi ketakutan terutama pada anak muda kerana mereka tidak menghafal doa Qunut..Lantas bertemu pihak-pihak yang bijak agama,lalu mereka mengatakan,kalau tak tahu doa Qunut bagaimana hendak sembahyang subuh?Perlu membuat sujud sahwi..Mengapa pendekatan ini yang diterapkan sehinggakan anak muda tadi takut untuk solat subuh..Jadikan islam itu mudah,pada awalnya mungkin kita tidak tahu membaca doa Qunut,tetapi tiada masalah,solat sahaja seperti biasa,kemudian ambil inisiatif untuk menghafal doa Qunut itu..Lama kelamaan, individu itu akan menghafal doa qunut dan pada masa yang sama dia juga tidak ketinggalan solat-solat subuh yang sebelum ini ketika dia dalam kondisi tidak menghafal doa qunut sebelum ini..Ini lebih baik daripada mereka yang tidak menghafal doa qunut,lantas mengabaikannya sehinggakan ia menjadi kebiasaan...

Islam itu mudah, jangan jadikan ia rumit. Memang jika diukur melalui sudut shariah islam itu perlu dilaksanakan tanpa sebarang alasan..Tetapi ia lebih bersifat psychology serta pendekatan dalam islam itu harus dilaksanakan secara berperingkat agar golongan yang kurang pengetahuan tentang agama akan senang mendekatkan diri dengan agama...Percayalah ia lebih berkesan daripada kita mendidik agama itu dengan keras, serta menjadikan islam itu penuh dengan bebanan..Itu tak boleh,ini tak boleh.. Kita perlu ingat,tidak semua orang di Malaysia ini mempunyai pengetahuan agama yang setaraf dengan ulama, tidak semua masyarakat kita ini jiwa mereka sama..Pendekatan psychology dalam mengajak masyarakat untuk mendekatkan diri dengan islam adalah sangat penting...

Saya mempunyai ramai rakan-rakan yang kuat bersosial serta liar dalam pergaulan..Tetapi jangan terkejut jikalau saya katakan mereka ini semua masih mempunyai keinginan untuk mendekatkan diri dengan agama.. Punca mereka masih tidak mendekatkan diri kepada agama ini adalah disebabkan mereka merasakan bebanan serta agama itu terlalu rumit untuk difahami..Maka mereka membiarkan ia terus berlalu dan terus terpesong..Mereka sebenarnya tidak faham tentang islam itu sendiri akibat wujud golongan yang menjadikan agama itu dalam bentuk yang sukar...Sebagai contoh,minum arak 40 hari amalan tidak diterima,akhirnya mereka ini terus tidak mengamalkan apa-apa amalan kepada allah kerana pada fahaman mereka 40 hari tadi tidak diterima..Mengapa mereka tidak didik, 40 hari tidak diterima, tetapi kewajipan kita bersolat,berzikir pada Allah, segala amalan perlu dilakukan walaupun ia tidak diterima.Mengapa kita tidak dididik agar jikalau seseorang itu meminum arak, masih punya kesempatan bagi mereka untuk kembali serta melakukan amalan walapun 40 hari amalan tidak diterima, itu semua adalah kuasa ehsan Allah swt..Sedangkan seorang pelacur ketika zaman nabi memberi seekor anjing minum, wanita itu dijanjikan ganjaran syurga..Ehsan Allah swt kita tidak ketahui..Janganlah memfardhukan yang zahir sahaja sehinggakan yang belakang-belakangnya tidak kita ketahui..Ehsan Allah SWT tidak kita ketahui..Apabila kita melakukan kesilapan seperti meminum arak tadi,teruskan dengan perubahan positif seterusnya insyaAllah ehsan Allah terhadap kita...

 Kesimpulannya, bagi golongan-golongan yang berpengetahuan agama yang tinggi, janganlah selaraskan mereka yang kurang pengetahuan ini setaraf dengan golongan berpengetahuan agama..Mereka terlalu mentah dan perlukan tarikan terhadap agama,jadikan ia perubahan secara berperingkat dan bukannya secara drastik,maka insyaallah akan ramai masyarakat berminat mendekati agama dengan lebih mendalam...Sekian wassalam...

p/s : Islam itu mudah, tetapi tidak bermakna kita boleh mengambil mudah atas segala urusan agama..Didalam kemudahan itu lah kita mempelajarinya serta meningkatkan diri kita..InsyaAllah...

Ketahuilah saudara saudaraku cahaya kebenaran itu sangat terang menerangi jiwa hamba yang berserah.

Asalammualaikum

Dengan lafaz BismillahiRahmaniRahim,

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata
"Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".
 "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
 "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah"
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut .
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
 "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".
 "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
 "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Ingatlah saudara saudaraku sekalian, ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! Teruskanlah saling membantu dalam kebaikan, Allah sentiasa membantu sesiapa yang Ikhlas mengerjakan kebaikan.
ALLAHUAKBAR!
Wassallam

Kelebihan dan faedah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Ya Allah kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana telah engkau perintahkan.
1. Menjunjung perintah Allah Subhanahuwata'ala.
2 Allah juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
3. Malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
4. Dikurniakan sepuluh rahmat oleh Allah bagi setiap selawat.
5. Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
6. Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.
7. Dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
8. Doanya akan diangkat dan dimakbulkan kerana selawat adalah penyebab doa diterima.
9. Mendapat syafa'at atau pertolongan dari Nabi Muhammad s.a.w di akhirat nanti.
10. Diampunkan dosa.
11. Menyelesaikan masalah dan menghilangkan dukacita.
12. Membolehkan kita bertemu dan dekat dengan Nabi Muhammad s.a.w. di hari akhirat.
13. Boleh menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Mendapat doa dari malaikat dan mendapat rahmat dari Allah.
16. Membersihkan hati dan mensucikannya.
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia adalah ahli syurga.
18. Terlepas daripada huru-hara pada hari Kiamat.
19. Mendapat doa dan salam dari Nabi Muhammad s.a.w.
20. Mengingatkan perkara yang lupa.
21. Mengharumkan sesuatu majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan dan kepapaan.
23. Tidak termasuk dalam golongan orang yang bakhil dan kedekut.
24. Terlepas daripada kutukan Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa, Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi dia tidak berselawat.
25. Menyenangkan dan mempermudahkan untuk masuk ke syurga.
26. Menjauhkan sesuatu majlis menjadi busuk.
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah.
28. Mendapat Nur ketika melintasi titian Sirat.
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar.
30. Mendapat pujian Allah di sisi para Malaikat.
31.Diberkati umur dan pekerjaannya.
32. Mendapat rahmat Allah dan sentiasa dikasihi Allah.
33. Menambah mahabbah atau kecintaan pada Nabi Muhammad s.a.w.
34. Allah dan Rasulullah s.a.w akan bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hidayah serta hatinya menjadi hidup dan tenang.
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Rasulullah s.a.w.
37. Menetapkan kaki kita sewaktu melintasi titian Siratulmustaqim.
38. Menunaikan hak Nabi s.a.w dan menjadi orang yang bersyukur kepada Allah.
39. Selawat adalah termasuk dari zikrullah mengingat Allah dan mengingat Rasulullah s.a.w.
40. Mendapat kemulian dari Allah di dunia dan akhirat.

*Diambil dari buku Mawlid Ad-Daiba'ie.
Rujukan kitab Jilaul Afham.
Susunan Ibnu Qoyyim Al jauzah ( Wafat pada tahun 751 H )

Tujuh golongan manusia yang akan berada di bawah naungan Allah SWT

Bismillahirrahmanirrahim.


Daripada Abu Hurairah radhiallahu'anhu dp nabi SAW telah bersabda:

Tujuh golongan manusia yang akan berada di bawah naungan Allah SWT pada hari yg tidak ada naungan kecuali naunganNya.
  
1)  Pemimpin / imam yang adil.

2)  Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.

3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

4)  Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.

5)  Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".

6)  Orang yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.

7)  Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain  sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.

Hari akhirat pasti berlaku.. alam semesta akan kiamat kerana pasti Allah akan hancurkan. Selepas itu malaikat diperintahkan meniup sangkakala , manusia yang hancur lebur akan dibangkitkan dalam keadaan bertelanjang, menuju ke padang mahsyar untuk menunggu hisab dalam keadaan berpeluh , tenggelam mereka ada paras  tumit, ada paras lutut, paras pinggang, dada, tengkuk dan ada yang tenggelam berenang di bawah panas terik matahari.Sangat lama.
 
Pada hari yang dahsyat ini 7 orang yang disebutkan di atas akan berada di bawah naungan Allah SWT.

Rabu, 29 Disember 2010

PEPATAH tentang C.I.N.T.A. dan H.A.T.I

PEPATAH tentang C.I.N.T.A. dan H.A.T.I

 

01hb Februari 2010 pukul 8.50 pagi
1. Kita mengambil masa SEMINIT untuk JATUH HATI,
Kita mengambil masa SEJAM untuk MENYUKAI.
Kita mengambil masa SEHARI untuk MENYINTAI,
TETAPI kita mengambil masa SEPANJANG HAYAT
untuk MELUPAKAN seseorang.

2. Jangan pandang kepada KECANTIKAN kerana boleh jadi ianya PALSU.
Jangan kejar KEMEWAHAN kerana ianya akan SUSUT.
CINTA kepada ALLAH adalah CINTA yang HAKIKI.

3. Carilah seseorang yang membuatkan anda TERSENYUM,
Kita memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari kita yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

4. Pada suatu ketika di dalam kehidupan, apabila anda teramatkan rindukan seseorang,
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

5. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana
yang ingin anda tujui,
Jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan
dan HANYA satu peluang untuk melakukan
semua perkara yang ingin anda lakukan

6. Ada mata kita lihat, ada telinga untuk mendengar,
ada hati untuk menilai, ada akal untuk berfikir...
hati dan akal perlu bersatu
agar tidak patah dilanda badai dan dilambung gelora..
kehidupan...........

7. Cinta suci itu milik mereka yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan.


8. Milik mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Milik mereka yang masih mencintai, walaupun mereka telah disakiti.
Milik mereka yang mempunyai keberanian
dan......
Milik mereka yang berkeyakinan bahawa cinta bukan sementara tetapi untuk selamanya


9. Cinta yang sebenar,
membiarkan orang yag kita cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi apa yang kita inginkan.
Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan dari diri sendiri yang ada dalam dirinya.


10. Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga mudah.
Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
Itulah yang sukar diperolehi....hu hu hu...

11. CINTA sejati adalah saat kita dapat merelakan CINTA itu bahagia,
bukan untuk mendapatkannya.

12. Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang,
ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi dengan memberi kasih sayang kepada orang lain,
tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

13. Allah telah menciptakan Adam dan Hawa
segala makhluk ciptaanNya berpasang-pasangan.
atas dasar rasa kasih dan sayang, saling memerlu dan bersandaran
Kita tidak sepatutnya merendah dan meremehkan perasaan pasangan kita,
orang yang telah mencintai serta menyayangi kita,
hargailah hati dan perasaan pasangan jiwa kita (soulmate)

14. Sesungguhnya cinta suci dan hakiki hanyalah kepada Allah SWT

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaa-Nya diciptakan pasangan hidup dari jenismu sendiri, supaya
kamu mendapatkan ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya
yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berfikir".
(Alquran. Ar-rum: 21)


Kisah Saya dan Pelayaran Dunia Sementara ke Dunia Abadi

 KISAH 1:

Saya asyik mengepos di blog saya kebanyakan ttg ilmu2 agama.. kenapa itu pilihan saya, saya tidak tahu tahu tapi itulah gerakan naluri saya. Semakin saya pelajari tentang ilmu semakin banyak yang kelemahan saya.. pertama2 aku rasa sgt bersyukur kerana dilahirkan sbg orang Islam dan tidak perlu bersusah-- payah utk mencari sinar kebenaran Islam spt org lain.

Saya seorang yang sangat mecintai Seni dan saya bukan dari aliran agama. Namun seni itu mendekatkan saya untuk mengagumi dan mendekatkan diri kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Tiada sebarang cacat dan tiada yang tidak seimbang dalam ciptaan Allah, segalanya sempurna dan indah... contohnya keindahan alam sewaktu cahaya senja berlabuh menaburi horizon.. serpihan campuran warna kuning, merah, jingga begitu sempurna.. Subhanallah...

Baiklah, biar kita berbalik tulisan saya ttg saya.... sesungguhnya saya sedar betapa dhaif dan hinanya diri..Ia sentiasa membuatkan saya berfikir, bermonolog dan muhasabah diri.

"Ya Allah, mampukah aku membawa bekal yang cukup di alam sana. Aku malu Ya Allah untuk menemuimu, kau terimakah taubat dan amalanku yang masih kecil ini..betapa banyak nikmat yang Kau berikan, adakah aku dikalangan orang yang bersyukur? Ampunilah aku, kasihanilah aku.. tetap d tingkatkan lah imanku Ya Allah.. jadikanlah aku dikalangan hambamu yang ikhlas....biarpun aku bukan orang yang tinggi ilmu agamanya. Namun aku mohon kepadaMu dalam kebanyakan doaku... hidupkan aku dalam Iman dan matikan aku dalam iman.. apa yang kucari adalah redhaMu dan kasihMu...aku tidak kisah betapa tinggi dan kuatnya ujianMu namun aku mohon kau tetapkanlah Imanku. Biarlah beribu manusia membenciku namun aku mohon Kau jangan membenci dan melupakan daku.. Cinta dan kasihMu adalah yang pertama buatku..janganlah Kau lupakan aku walau sedetikpun Ya Allah"

Semakin usia meningkat dan hari2 yang berlalu.. setiap pagi sewaktu mata ini bangun dari tidur.. aku akan berkata.... syukur, Alhamdulilah, aku masih bernyawa dan hidup utk diberi peluang beribadat, bertaubat, mengasihani, mengajar, bekerja dan berjuang..

kehidupan adalah guru yang paling baik buat kita jika kita seorang yang berakal yang dikenali sbg ilmu laduni. Akal diberikan Allah agar kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dan berfikir....menyedarkan kita bahawa kita ini tiada apa-apa yang perlu merasa sempurna dan wajar bersifat bangga..

"We are nothing dear" "nothing".... kalau orang itu perasan hebat kerana ditakdirkan sebagai Raja, Menteri, Orang kaya, berkuasa atau berpangkat.. hakikat sebenarnya adalah sebagai hamba Allah.

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia pasti sudah ditentukan qada' dan qadarnya.. terimalah ujian dan dugaan dgn redha dan bijaksana

KISAH 2:

owhh baru intro.. panjang intro kan.. semalam petang aku diuji dan sangat mengejutkan... Pihak Bank menelefon aku yang aku ada meminjam sejumlah duit yang besar yang bukan aku buat.. guna nama aku tapi orang lain yang dapat habuannya.. ini seperti kezaliman dan penganiayaan padaku.. berapa tahun dan berapa banyak yg perlu kuganti walhal pinjaman yang bukanku buat.. enam angka beb (120K)!! bukan satu nilai yang kecil, brp tahun perlu kuganti d bukan dr kesilapan ku...

maksudnya, ada orang yang telah mengunakan dokumen peribadiku bagi tujuan yang tidak baik.. walaupun terkejut namun aku yakin ini adalah ujian dan dugaan Allah.. aku sgt yakin dgn pertolongan Allah, doa orang teraniaya adalah sangat ampuh.. sabar, yakin, bertawakal dan berusaha utk selesaikan masalah ini.. Orang yang tidak bertanggungjawab ini, akan saya seret ke muka pengadilan supaya menjadi keinsafan pada orang lain.. sayan akan menyiasat dan telah melaporkan ke bank negara..





Sambungan Kisah AntiVirus Bernama Taqwa

ILMU KEBAL, ISTIQAMAH DAN ‘KEKUATAN'

Pernahkah kita menjadi ibu bapa yang buntu serta terfikir, apakah caranya untuk mengajar anak agar tidak menjadi baik hanya dihadapan kita? Ingin kita berikan mereka ilmu kebal iman?

Pernahkah kita inginkan suami atau isteri yang kebal dengan dugaan nafsu, syahwat dan dosa di luar sana.?

Pernahkah kita ingin diri kita, untuk sentiasa mampu menjauhkan diri dari dosa dan maksiat?

Selalukah kita berdoa dan berkata"agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus itu ini..jauhi itu dan ini?

Sedarilah, inilah masa untuk mencipta ilmu kebal, mendapat anti virus dosa dan meraih ‘kekuatan' yang sentiasa kita ungkap-ungkapkan dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan terleka dan terlalai!, Musimnya sudah tiba. Bulan Ramadhan dan ibadah puasa inilah jalannya, caranya, kaedahnya dan formulanya.

Taqwa inilah yang diwasiatkan oleh Allah awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s

يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير

Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

ERTI TAQWA

Kalau sudah mengerti, taqwa itulah objektif, apa pula taqwa itu sendiri?

Erti taqwa dari sudut letal adalah takut atau sentiasa jauh dan berhati-hati.

Namun taqwa dalam konteks istilah khas di dalam Islam, tidak hanya terhad kepada makna takut dan menjauh, tetapi ia juga membawa maksud cinta dan mendekat.

Taqwa ini tidak berbentuk fizikal, tiada bentuk hexagon, bujur, bulat atau bersegi, tidak pula bertablet dan berkapsul. Ia adalah satu SIRAMAN KEIMANAN DAN KEYAKINAN bentuk spiritual. Tiada terlihat dek mata, hidu oleh hidung dan terdengar di telinga.

Nabi s.a.w pernah menerangkan bahawa taqwa itu tempatnya di dalam hati. Bukan hati fizikal di dalam jasad, tetapi hati nurani di dalam diri.

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:[1]

أما سلكت طريقاً ذا شوك. قال: بلى. قال: فما عملت.

قال: شمرت واجتهدت.

قال: فذلك التقوى،

Ertinya : Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?

Jawab Ubay : pernah

Umar : Bagaimana kamu lakukan?

Ubay : Aku  sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri

Umar : itulah juga sifat taqwa

Tepat sekali, itulah tanda taawa sudah tersemat di dalam diri, kesannya boleh dilihat dari perumpamaan yang diberi oleh Umar tadi. Apabila seseorang mempunyai kekuatan untuk terus berhati-hati dalam setiap tingkah laku, percakapan, tulisan, ibadah, niat, kerjaya, pelaburan, dan semua aspek, agar TIDAK MENCALAR redha dan hukum Allah swt, TIDAK mengundang murka Allah swt, tatkala itu. Antivurs dosa, iaitu TAQWA sedang berfungsi molek di dalam dirinya. Namun, tentulah kepenatan dan perlukan usaha bersungguh untuk tujuan itu?.

Tentu kerana baginda Nabi s.a.w telah menyebut bahawa lalau ke syurga adalah dengan duri-duri, sedangkan lorong ke neraka adalah dengan keseronokan dan syahwat.

Seorang lagi sahabat, iaitu Abu Darda r.a berkata :

تمام التقوى :أن يتقى الله العبد حتى يتقيه من مثقال ذرة، وحتى يترك بعض ما يرى أنه حلال ، خشية أن يكون حرامًا

Ertinya : Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah ( arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram.

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini BERSUMBERKAN sebuah hadis nabi, yang ertinya :

لا يبلغ العبد أن يكون من المتقين حتى يدع ما لا بأس به حذرًا مما به بأس

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah' ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh)

Ali Bin Abi Talib merumuskan ciri taqwa itu sebagai :

التقوى هي الخوف من الجليل والإيمان بالتنزيل والرضا بالقليل والاستعداد ليوم الرحيل

Ertinya : Taqwa itu adalah :

1. TAKUT kepada (azab dan murka) Al-Jalil (Allah)
2. YAKIN teguh dengan apa yang diturunkan (seluruh inti Al-Quran)
3. REDHA dengan sedikit (nikmat dunia)
4. SEDIA menghadapi hari pemergian kematian)

Apabila semua yang disebut di atas sudah mampu diwujudkan, hidup akan menjadi lebih indah, tiada kepuraan, tiada banyak dukacita, tiada banyak kesedihan kerana dunia. 

Akhirnya, apa yang ingin saya tegaskan melalui tulisan ini, adalah  Taqwa itulah objektif dan hikmah kepada puasa. Yang memberi kekuatan fitrah kepada manusia setelah tercemar dimamah virus dan bakteria dosa. Agar kembali kepada fitrah, dengan pasakan kukuh tawa sebagai antivirusnya. Hala tuju hidup menjadi jelas dan terang, redha Allah, kematian yang baik dan nikmat di alam selepasnya menjadi sasaran utama.


Petikan dari tulisan Ustaz Zaharuddin