Jumaat, 19 Ogos 2011

Apakah pandangan Islam tentang majlis tahlil yang dibuat pada hari ke-3,7,20,40 atau 100hari setelah kematian?

SOALAN: Apakah pandangan Islam tentang majlis tahlil yang dibuat pada hari ke-3,7,20,40 atau 100 hari setelah kematian?

JAWAPAN:

Dalam Bahasa Arab, Tahlil bererti menyebut kalimah "syahadah" iaitu "La ilaha illa Allah". Definisi ini dinyatakan oleh Al-L...aith dalam kitab lisan al-arab. Dalam kitab yang sama, az-Zuhri menyatakan, maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah thayyibah.

Di negara kita Malaysia, majlis tahlil atau kenduri tahlil merujuk kepada majlis yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran umpamanya surah Yasin, bertahlil, zikir, doa seterusnya hidangan makanan sedekah kepada yang hadir. semuanya dilakukan dengan niat semoga Allah memberi mafaat pahala bacaan tadi dan kebaikan umpamanya sedekah makanan kepada para tetamu kepada mayat.
      bacaan tahlil, tasbih,tahmid, takbir & aL-QURAN yang dilakukan semasa majlis tahlil adalah mendapat ganjaran yang banyak.

"Daripada Abu Zar, sesungguhnya sekumpulan daripada sahabat Nabi mengadu kepada Nabi s.a.w: Wahai Rasulullah s.a.w, orang-orang yang berharta mendapat pahala yang banyak. mereka sembahyang seperti kami sembahyang, juga berpuasa seperti kami berpuasa. mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda s.a.w bertanya: Bukankah Allah telah menjadi sesuatu kepada kamu yang boleh kamu sedekahkan? sesungguhnya setiap tasbih(ucapan Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap takbir(ucapan Allahu Akbar) itu adalah sedekah, setiap tahmid(ucapan Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap tahlil(ucapan La ilaha illah) itu adalah sedekah."

Dari Samurah bin Jundub berkata:"Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada empat zikir yang paling disukai disisi Allah, tidak mengapa jika kamu memulakan dengan mana-mana satu di antaranya iaitu Subhanallah(tasbih), Alhamdulillah(tahmid), Lailahaillah(tahlil) dan Allahu Akbar(takbir)."

Abu Hurairah meriwayatkan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah memilih empat zikir iaitu: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah da Allahu Akbar. maka sesiapa yang menyebut Subhanallah ditulis baginya dua puluh hasanah(kebaikan) dan dihapuskan daripada dua puluh kejahatan. Sesiapa yang menyebut Allahu Akbar, maka akan mendapat seperti itu juga. sesiapa yang menyebut Lailahaillah, maka akan mendapat seperti itu juga. sesiapa yang menyebut Alhamdulillahi Rabbil Alamin, terbit dari ikhlas dirinya, ditulis baginya tiga puluh hasanah dan dihapuskan daripadanya tiga puluh kejahatan."

Mengenai membaca Al-Quran ke atas mayat secara khusus, imam Asy-Syaukani menyebutkan:
"Adat kebiasaan yang dilakukan di setengah negara tentang berkumpul di masjid untuk membaca Al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia, dan begitu juga (dilakukan) di rumah-rumah dan semua perkumpulan yang (walaupun) tidak terdapat (nas tentangnya) di dalam syariat, tidak syak lagi, jika perkumpulan sebegitu tidak terdapat maksiat, dan ia selamat dari perkara-perkara kemungkaran, maka ia adalah dibolehkan. ini adalah kerana perkumpulan itu sendiri bukanlah haram, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan untuk menghasilkan ketaatan seperti membaca Al-Quran dan selainnya. Dan tidaklah tercela dalam perkara itu seperti menghadiahkan pahala bacaan kepada mayat, bahkan sesungguhnya telah terdapat jenis bacaan dari jama'ah yang berkumpul seperti di dalam hadith (mafhumnya): "Bacalah kamu akan Surah Yaasin kepada orang yang meninggal di kalangan kamu." dan ia adalah hadith Shahih. Dan tidaklah ada beza antara bacaan Surah Yaasin dari jemaah yang berkumpul di sisi mayat atau di kuburnya dengan membaca seluruh Al-Quran atau sbehagiannya kepada mayat di masjid atau rumah."

"Maka sesungguhnya adalah para sahabat yang menunjukkan jalan kebenaran berkumpul di rumah-rumah dan di masjid-masjid mereka dan mereka melantunkan syair-syair, berbincang tentang hadith-hadith, kemudian mereka makan dan minum, sedangkan (pada ketika itu) di tengah (bersama) mereka ada Nabi. Maka sesiapa yang mendakwa bahawa perkumpulan yang tidak ada perkara haram (di dalamnya) adalah bida'ah, maka sesungguhnya dia telah  salah. Sesungguhnya bida'ah itu adalah yang dibuat-buat dalam perkara agama dn bukanlah perkumpulan sebegini termasuk di dalam perkara bida'ah itu."

ketika diadakan kenduri tahlil ini, kaum kerabat dan para tetamu akan datang bersama merasai kehilangan orang tersayang di samping untuk mendoakan agar orang yang meninggal dirahmati di alam barzakh. Begitu juga yang hadir akan menasihati keluarga yang ditinggalkan dengan kesabaran.

kenduri tahlil ini kebiasaannya dibuat selama 3hari berturut-turut. Ia akan dibuat lagi pada malam ke-7, ke-40, ke-100, setahun(haul) dari tarikh kematian. semuanya dibuat atas dasar untuk menghiburkan ahli keluarga yang ditinggalkan, mengambil iktibar tentang kematian dan dengan harapan bacaan dan amalan kebajikan berupa sedekah makanan dan bacaan serta doa akan menambah bekalan kepada si mati dia lam kubur dan alam akhirat.

Imam Sayuthi menyebutkan di dalam kitabnya AL-HAWI:
"Sesungguhnya Imam Thowus berkata: seorang yang mati akan beroleh ujian dari Allah dalam kuburnya selama 7hari. Untuk itu, sebaiknya mereka (yang masih hidup) mengadakan jamuan makan (sedekah) untuknya selama hari-hari tersebut. Sahabat Ubaid bin Umair berkata: "Seorang mukmin dan seorang munafiq sama-sama akan mengalami ujian dalam kubur. Bagi seorang mukmin akan beroleh ujian selama 7 hari, sedangkan seorang munafiq selama 40 hari di waktu pagi."

Jika suatu amaliah atau ibadah sudah menjadi keputusan atau athar atau amalan sahabat (dalam hal ini thowus) maka hukumnya sama dengan hadith Mursal. ia dikategorikan sebagai shahih dan boleh dijadikan hujah mutlaq (tanpa syarat). inilah menurut imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali.

bagi Imam Syafie pula, hadith Mursal hanya boleh dijadikan hujah jika dibantu atau dilengkapi dengan salah satu ketetapan yang berkait dengannya, seperti adanya hadith yang lain atau kesepakatan sahabat. Dalam hal ini, seperti disebut di atas, ada riwayat dari Mujahid dan dari Ubaid bin Umair yang keduanya dari golongan Tabi'in, walupun mereka berdua bukanlah sahabat.

Maksud dari kalimat "sebainya mereka" dalam keterangan di atas adalah bahawa orang-orang di zaman Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan hal itu, sedangkan Nabi s.a.w sendiri tahu dan mengakuinya.

Di dalam kitab AL-HAWI yang sama disebutkan:
"Sesungguhnya sunatnya bersedekah memberi makan selama 7 hari, telah sampai kepadaku (iaitu Imam Sayuthi), ia berterusan hingga sekarang di Makkah dan Madinah. secara zahirnya, ia  tidak ditinggalkan (dari melakukannya) dari masa sahabat sehingga sekarang dan mereka melakukannya sebagai tradisi siambil dari ulama' Salaf sejak generasi pertama (iaitu sahabat)."

Imam As-Sayuthi menyebutkan lagi di bawah bab Thulu' ath Tharaya bi Izhar ma kana khafaya:
"...Dan aku telah melihat kitab-kitab sejarah sewaktu membicarakan biografi para imam banyak menyebut: "Dan telah berhenti/berdiri manusia atas kuburnya selama 7hari di mana mereka membacakan al-quran."...

"Dan telah dikeluarkan oleh Al-Hafiz al-Kabir Abu al-Qasim ibn 'Asakir dalam kitabnya yang berjudul Tabyin kazb al-Muftari fi ma Nusiba ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy'ari Bahawa dia telah mendengar Asy-Syaikh al-Faqih Abu al-Fath Nashrullah bin  Muhammad bin Abd al-Qawi al-Masyisyi berkata:"Telah wafat Asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari selasa 9 Muharram 490H di Damsyiq. kami telah berdiri/berhenti/berada dikuburnya selama 7malam, membaca Al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam."

Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah menyatakan pendapat bahawa mayat diuji atau disoal 7hari dalam kubur selepas kematian, adalah mempunyai asal yang kukuh  dalam Syara' kerana sejumlah ulama' telah meriwayatkannya daripada  tabi'in yang terkemuka termasuklah Thowus , Ubaid bin Umair dan Mujahid.

Imam Ar-Rafi'e menyatakan bahawa amalan ini masyhur dikalangan para sahabat tanpa diingkari. perbuatan memperingati kewafatan seseorang pada setiap tahun. sama ada kebetulan dengan tarikh kewafatannya atau tidak, menurut ulama' kita mempunyai dasar.

Imam As-Sayuthi didalam Syah ash-Shudur menyebutkan riwayat seperti mana yang dinyatakan oleh imam Al-Baihaqi dalam Dala'il an-Nubuwwah yang menukilkannya daripada Al-Waqidi:
"Dan diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi daripada Al-Waqidi, dia berkata: Nabi s.a.w pernah menziarahi para syuhada' di medan Uhud pada setiap haul (genap setahun). ketika Baginda s.a.w sampai ke lembah tersebut, baginda s.a.w mengangkat suara baginda  s.a.w yang mulia lalu berkata: "kesejahteraan sentiasa bersama kamu, atas kesabaran kamu dahulu. maka alangkah baiknya tenpat kesudahan (kamu) itu." Kemudian perbuatan Baginda s.a.w inilah telah dilakukan juga oleh sayyiduna Abu Bakar r.a pada setiap haul, kemudian diteruskan pula oleh sayyiduna Umar bin al-Khatthab r.a dan Sayyiduna Uthman r.a."

JAMUAN MAKAN:
Dalam perkara memberi jamuan yang biasa diadakan  ketika ada orang meninggal, hukumnya boleh (mubah). Menurut majoriti ulama' , memberi jamuan itu termasuk ibadah yang terpuji dan dianjurkan kerana ia termasuk sedekah yang dianjurkan oleh islam yang pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal. Perkara memberi jamuan makan dalam erti kata sedekah dengan cara menjamu makan orang yang telah BERTAHLIL dan berzikir tadi, dan dengan niat agar pahala sedekah makanan ini sampai kepada mayat, telah menjadi adat lebiasaan dalam masyarakat Melayu ISlam dinegara kita.

Di dalam kaedah ushul al-Fiqh disebutkan:
"Adat (budaya) yang sudah menjadi tradisi dalam masyarakat, menepati tempat hukum."

Di dalam hadith disebutkan:
"Dari Abdullah bin Amr, sesungguhnya ada seorang  lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w: Apakah yang didalam Islam? Baginda s.a.w menjawab: itulah kamu memberi makan dan kamu memberi salam ke atas orang yang kamu kenal dan tidak kenal."

Didalam hadith lain:
"Dari Amru bin Abasah berkata: Aku mendatangi Rasulullah s.a.w, Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w Apakah Islam? Baginda s.a.w bersabd: Perkataan yang baik dan memberi makanan."

Di dalam hadith yang lain:
"Kami keluar bersama Nabi s.a.w mengebumikan jenazah, lalu aku lihat Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di atas kubur sedang memberi wasiat kepada orang yang menggali: Luaskanlah dari arah kedua kaki dan luaskanlah dari bahagian kepalanya. setelah selesai urusan pengebumian, seorang wakil utusan seorang perempuan menjemput Baginda s.a.w bertandang kerumah, maka Baginda s.a.w pun datang dan Baginda s.a.w dihidangkan makanan. maka Baginda s.a.w meletakkan tangannya kemudian orang ramai pun mengikutnya, Lalu mereka makan. pada ketika itu, ayah-ayah kami melihat Rasulullah s.a.w meletakkan satu suapan ke mulut Baginda s.a.w. kemudian Baginda s.a.w bersabda: Tidaklah aku dapati daging kambing ini melainkan ia diambil dengan tiada izin tuannya. maka datanglah perempuan tersebut lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku menyuruh seseorang ke Al-Baqi' untuk membeli kambing kepadaku tetapi dia (orang yang disuruhnya) tidak mendapatinya. Lalu aku menyuruh dia pergi kepada jiranku untuk membeli kambing yang telah dibelinya, tetapi jiran itu tidak ada. Aku menyuruh dia pergi kepada isteri tuan kambing tersebut, dan isterinya pun mengirimkan kambing itu kepadaku. Ketika itu, Rasulullah s.a.w bersabda: Berilah makanan ini kepada para tawanan."

BOLEH MEMBERI MAKAN:
Para Ulama' yang membolehkan memberi makanan kepada orang  yang memberi takziyah selepas kematian seseorang. adalah berdasarkan kepada beberapa HADITH, antaranya:

Hadith dari Al-Ahnaf bin Qais berkata:
"Ketika Umar ditikam, dia mengarahkan Suhaib agar mengimami orang ramai dalam sembahyang sebanyak tiga  kali dan mengarahkan agar disediakan makanan orang ramai."

Antara tujuan lain jamuan dibuat ialah untuk 'IKRAM ADH-DHAIF' (menghormati tamu), bersabar menghadapi musibah dan tidak menampakkan rasa susah dan gelisah kepada orang lain. Semuanya termasuk ibadah dan perbuatan taat yang diredhai oleh Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Maka muliakanlah tetamunya.."

Berdasarkan hadith yang disebutkan di dalam kitab Al-Misykat ini, Syaikh Ibrahim al-Halabi mengatakan bahawa keluarga mayat boleh menyediakan makanan dan memanggil orang lain untuk berkumpul di rumahnya, seperti kata beliau:
"Hadith ini menunjukkan atas bolehnya ahli keluarga mayat menyediakan makanan dn menyemput orang lain  untuk makan. jika makanan itu diberikan kepada fakir miskin, adalah baik. Melainkan (iaitu tidak boleh dibuat demikian) jika salah seorang dari ahli waris ada yang masih kecil, maka tidak boleh diambil dari harta ahli waris si mayat."

Keputusan Rasulullah s.a.w menyuruh agar diberikan makanan itu kepada tawanan, bukanlah hujah untuk mengharamkan perbuatan memberi makan kepada orang yang memberi takziyah. syaikh Muhammad Ali al-maliki di dalam kitabnya Buluh al-Umniyyah, muka surat 219 menjelaskan ia adalah untuk mengelakkan makanan tersebut menjadi basi kerana pada ketika itu orang yang diminta redhanya atas daging tersebut masih belum ada.

Di dalam kitab Ar-Ruh Disebutkan:
"Sebaik-baik amal yang dihadiahkan kepada mayat adalah memerdekakan hamba, sedekah, memohon istigfar ke aatsnya, mendoakannya dan menghajikannya. Dan adapun membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada mayat dengan ikhlas dengan tidak ada upah, maka amalan ini sampai pahala kepadanya seperti mana sampainya pahala puasa dan haji."

Syaikh Nawawi al-Bentani (Benten) dan syaikh Isma'il menyatakan:
"Bersedekah untuk orang yang telah meninggal dunia itu sunat (mathlub), tetapi hal itu tidak harus dikaitkan dengan hari-hari yang telah menjadi tradisi dalam masyarakat dan acara tersebut dimaksudkan untuk meratapi mayat."

"Dan memberi jamuan secara Syara' (yang pahalanya dihadiahkan kepada mayat) adalah dituntut (sunat), (walau bagaimanapun) hendaklah perbuatan itu tidak terikat dengan waktu tertentu  seperti tujuh hari, atau lebih atau kurang dari itu dan tidak terikat dengan sesetengah hari-hari dari...sahaja seperti mana yang telah difatwakan oleh As-Sayyid Ahmad Dahlan. Dan sesungguhnya telah menjadi adat orang ramai untuk memberi jamuan demi kebaikan mayat pada hari ke-3, ke-7, ke-20, ke-40, ke-100 selepas kematian seseorang. selepas itu ia dibuat lagi setiap tahun sebagai haul, dari tarikh kematian (yang meerupakan adat kebiasaan sahaja) sebagaimana ia disokong oleh syaikh kami, syaikh Yusuf Sunbulawaini."

"Dan adapun tentang makanan yang berkumpul manusia atasnya pada malam dikebumikan mayat yang dinamakan 'wahsyah', ia adalah makruh selama mana ia adalah bukan dari harta anak yatim, jika (ia harta anak yatim) maka menjadi haram. Inilah yang disebut di dalam kitab Khasyf al-Litham. (adapun tentang) doa, Imam Nawawi berkata didalam Al-Azkar: Telah Ijma' Ulama' atas sesungguhnya doa ke atas mayat memberi manfaat kepada mereka dan sampai pahalanya."

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, Sesungguhnya Baginda s.a.w bersabda: "Tidaklah mayat did alm kuburnya kecuali seperti orang yang tenggelam dengan pertolongan iaitu seorang yang meminta (pertolongan) agar dia ditolong. Dia menunggu doa yang menyambung kepadanya dari anaknya atau dari saudaranya atau dari kawannya. Apabila doa itu bersambung (sampai) kepadanya, ia lebih membahagiakannya dari dunia dan apa sahaja yang ada did alamnya.  Dan sesungguhnya hadiah orang yang masih hidup kepada orang yang telah meninggal dunia ialah doa dan istigfar."

SOALAN:
Apakah Hukum memperbuat kenduri 3hari, 7 hari, 14 hari, 40 hari dan 100 hari di rumah mayat?

JAWAPAN:
Ini jika dijadikan sebagai sedekah bagi orang-orang mati dan hadiah tahlil adalah harus dan jika berhimpun mengikut sebahagaimana yang diperbuat orang zaman sekarang tidak ada diperbuat oleh orang-orang Islam Zaman dahulu. Ulama' telah berkata pada memperbuat makanan kerana orang-orang yang melawat iaitu bid'ah tidak mustahak. Ibn Hajar berkata iaitu bid'ah yang makruh iaitu tidak haram.

Adapun tahlil yang dilakukan hari ini bukan bagi orang-orang yang melawat kerana dihadiahkan tahlil dan doa kepada orang mati, maka yang zahir adalah tidak mengapa, oleh sebab itu telah memfatwakan setengah Ulama' seperti yang tersebut dalam kitab At-Tuhfah iaitu sah wasiat dengan memberi makan orang yang melawat kerana orang mati dan diluluskan wasiat itu daripada satu pertiga si mati dan ia telah menyalin daripada imam-imam menurut sebagaimana yang tersebut itu maka jika mengadakan makanan bukan kerana orang yang melawat tetapi bagi orang-orang yang bertahlil dan berdoa tidak mengapa menurut atas yang zahir dan ini terlebih aula hukumnya sah."

Wa'allahu'alam...

Sambungan Tentang Perkaitan Asal Usul Melayu, Fahaman Wahabi dan Jack Sparrow

Salam Ramadhan.. Sambungan tentang perkaitan antara asal usul Melayu, apa itu fahaman Wahabi dan bahayanya serta Kisah Jack Sparrow dalam catatan sebelum ini. Penerangan bahagian sejarah Wahabi dan penjelasannya yang panjang lebar ini pula, diambil dari forum yang sering saya lawati.  Bacaan agak berat permulaannya namun saya telah permudahkan agar difahami. Catatan penting dan nama-nama tokoh telah hitamkan agar mudah diingati.

Semua ini adalah satu konspirasi bagi menjatuhkan Islam dan kita sebagai Melayu Islam. Kisah yang perlu pembaca budiman fahami sejarah yang lama tertutup.. setiap satu ada perkaitannya..


Sebarkanlah agar kesedaran dalam diri kita dan umat Islam lain agar tidak mudah terperangkap dengan fahaman ini. Berpegang teguhlah kepada Allah SWT dan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Insya Allah, dan jangan lupa berdoa pada Allah agar diri dan keluarga kita dilindungi dari fitnah akhir zaman.. aminn


Bahagian 1

Sejarah Fahaman Wahabi diyahudikan oleh Yahudi dan Kenapa Yahudi mencipta Wahabi.

Yahudi adalah bangsa Israel yang sangat benci kepada Tuhan Nabi Muhammad SAW hanya kerana Nabi akhir zaman itu  bukanlah lagi dari Bani Israel. Mereka bangsa yang terlalu tebal asobiahnya, sehingga mereka sanggup bermusuh dengan Tuhan. Sebab itu mereka cetuskan Ajaran anti Tuhan- anti Islam, Sekularisme dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Yahudi juga dikenali sebagai Zionis. gerakan ini mula di susun rapi setelah Theodore Herl (pengasas  organisasi Yahudi Internasional) menulis buku "Negara Yahudi" pada 1896.

Konsep ZIONISME yg menganggap kaum Yahudi adalah bangsa terpilih menjadi kuasa terunggul utk memerintah dunia ini.  memerintah dunia ini dari bukit Zion atau sion di Jarussalem sebagai pusat pemerintah Yahudi. Disinilah terletaknya masjidil Aqsa yang telah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim A.S ia adalah tapak bersejarah bagi semua agama samawi. Namun, kerana Yahudi dan Kristian menolak Nabi Muhammad SAW,

MAKA Baitul Maqdis menjadi rebutan antara Yahudi, Kristian dan Islam. Baitul maqdis adalah kota ke-3 terbesar umat Islam selepas Makkah Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah.

 Makkah Al-Mukarramah:
1)  Terdapat Kaabah dan Masjidil Haram,  
2) Tanah kelahiran Rasulullah SAW
3) Tapak keNabian Muhammad SAW.

Madinah Al-Munawarrah
1) Terdapat Masjid Nabawi. 
2) Terdapat jasad Rasulullah SAW.  
3)Terbina Daulah Islam pertama dimana Yahudi terhalau  dari Haramain (Makkah dan Madinah).

Baitul maqdis
1) terdapat masjidil Aqsa 
2) Kiblat pertama umat islam sebelum diubah ke Masjidil haram
3)Negeri Isra' dan Mi'raj tempat perhentian terakhir sebelum Rasulullah SAW MIRAJ KE SIDRATUL MUNTAHA.

Pada 639M dibawah pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, Gabenor Amru bin Ash berjaya menawan Baitul Maqdis dengan aman damai. Pada 1099M Perang Salib pertama, Baitul Maqdis jatuh ketangan kristian. Pada tahun 1189M Salahuddin Al-Ayubi menawan semula Baitul Maqdis dari tangan Richard The Lion Heart. Maka sempurnalah tiga kota suci ini berada dalam khalifah Islamiyah hingga 1917M.

Dendam Yahudi terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam semakin mendalam. Satu konpirasi dirancang begitu rapi untuk mennentang kebangkitan Islam dari dalam. Yahudi mendirikan pusat  Studi Islam untuk melatih ejen-ejen perisikan untuk menyusup ke dalam masyarakat Islam. Tahun 1822 didirikan "Society Asiatic of Paris", di Paris. Tahun 1823 Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland didirikan di Inggeris; Tahun 1842 American Oriental Society, didirikan di Amerika; Tahun 1916 University of London mendirikan School Of Oriental Studies sekarang menjadi  SOAS (School of Oriental and African Studies).

Ejen-ejen Orientalis itu dihantar ke negara-negara Islam dan untuk menyamar sebagai ulama. Di antara Tokoh-tokoh orientalis dari Yahudi dan Kristian yang menyusup ditengah-tengah umat islam adalah Mr. Hempher (Syaikh Muhammad Majmui) pada tahun 1710 dihantar oleh British  ke Mesir, Turki, Iraq, Hijjaz dan sekitarnya. Mr. Christian  Snouck Hurgronye (Syaikh Abdul Ghaffar) 1857-1936) di Aceh dan Nusantara. Duncan Black MacDonald (1863-1943) dihantar ke Amerika dan menjadi rujukan cendiakawan Islam dari seluruh dunia.


Bahagian 2

WAHABI DICIPTA YAHUDI: Wahabi Satu Konspirasi menjatuhkan Islam dari dalam.

Apa itu WAHABI?

Wahabi adalah satu fahaman yang diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahab. Fahaman ini dinisbahkan atas nama bapanya Abdul Wahab kepada WAHABI. Tidak kepada namanya sendiri kepada Muhammadi. ini kerana kesepakatan para ulama supaya umat Islam TIDAK KELIRU dengan fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Muhammad bin Abdul Wahab adalah orang yang lemah ingatan dan gagap. Ayah dan abangnya sendiri menganggap beliau tidak siuman. Muhammad bin Abdul Wahab sangat terpengaruh dengan ajaran Ibnu Taimiyah yang mengasaskan fahaman Mujasimmah. kemudian dia mengembara dan belajar di Basrah. berguru dengan Syaikh Muhammad Al-Majmui iaitu Mr. Hempher.

Beliau adalah seorang yang pakar bahasa Arab, Turki, Parsi dan telah lama mempelajari Islam. Mr. Hempher merasuah Muhammad bin Abdul Wahab dengan hadiah Mutaah 2 orang ejen perempuan Yahudi yang menyamar sebagai muslimah. Maka dengan Mudah Yahudi mengatur untuk mengajar Muhammad Bin Abdul wahab tentang fahaman yang baru yang sesuai dengan rancangan Yahudi. Dengan ajaran yang baru itu, Muhammad bin Abdul Wahab kembali ke kampungnya, Namun ditentang dan diusir oleh bapanya seorang Ulama Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jamaah).

Kerjasama Yahudi, Keluarga Al-Saud dan Golongan Wahabi membentuk kerajaan Arab Saudi.

Selepas diusir oleh ayahnya, Muhammad bin Abdul Wahab menyambung terus menyebarkan ajarannya itu ke seluruh Najd. Perjuangan yang disebarkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab itu dipantau oleh Mr. Henpher dan disokong oleh kerajaan British. Muhammad Bin Abdul Wahab membawa misi Yahudi kepada pemimpin-pemimpin Arab.

Pada Tahun 1747 Muhammad Bin Abdul Wahab bertemu dengan Muhammad bin Sa'ud, dia adalah keturunan Yahudi. Maka bergabunglah Muhammad Bin Abdul Wahab dengan Muhammad bin Sa'ud untuk mengembangkan ajaran Wahabi.

Di antara ajaran Wahabi ialah, Siapa yang tidak ikut Wahabi di anggap SESAT, KAFIR, HALAL DARAH dan HARTANYA DIRAMPAS. Dengan fatwa Wahabi Ini, Maka orang-orang yang tidak ikut dengan Wahabi akan dibunuh dan hartanya dirampas. Kaum Wahabi melancarkan Perang di dalam dan diluar wilayah Najd, seperti Yaman, Hijjaz, daerah sekitar Syria, dan Iraq. Mereka membantai 300 lelaki wilayah kota Al-Ahsa dan merampas harta milik mereka. Pasukan Muhammad Bin Sa'ud dan Muhammad Bin Abdul Wahab terus melakukan kekejaman keseluruh Arab. Siapa yang taat kepada ajarannya Wajib berBai'at, bila melawan Wajib dibunuh dan harta miliknya dirampas.

Diantara umat Islam yang paling banyak dibunuh oleh pasukan ini adalah, keturunan Rasulullah SAW. Namun ada diantara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia. Peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan supaya umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya. Pada Tahun 1793 Muhammad Bin Abdul Wahab meninggal dunia, Namun ajaran Wahabi semakin mengembang dengan sokongan keluarga Muhammad Bin Sa'ud dan British atau Yahudi.

Dinasti As-Sa'ud dan golongan Wahabi terus meluaskan jajahannya hinga pada tahun 1912, berjaya menguasai seluruh Najd.


Bahagian 3

Yahudi mencetuskan Rovulusi Arab untuk menjatuhkan Empayar Islam Usmaniyyah

Ketika pemimpin Empayar Usmaniyyah telah diserang oleh Penyakit Al-Wahan. Agenda Yahudi seterusnya ialah menghapuskan pemerintahan para syarif Makkah yang bertindak sebagai penjaga Haromain.

Yahudi melantik satu ejen Yahudi untuk masuk kedalam bangsa Arab. Ejen ini ialah sainstis yang menguasai 6 bahasa dunia, termasuklah bahasa Arab. Yahudi mengesan siapakah tokoh bangsa Arab yang inginkan kekuasaan. Ditemukan tokoh Sherif Hussin, wakil empayar Usmaniyyah di Haromain. Yahudi berjaya menghasut dan menipu Sherif Hussain untuk membebaskan diri dari Empayar Islam Usmaniyyah. Yahudi menaburkan semangat Nationalism untuk menentang Bangsa Turki dan memimpin empayar Islam Usmaniyyah. Perhubungan antara Yahudi dan Sherif Husain sangat rapat, Bahkan menjadi kawan karip putranya yang bernama Amir Faisal.

Amir Faisal berpaling tadah dan memihak kepada Britain, sejak dari itulah kerajaan Arab jadi tali barut Britain. Atas nasihat Yahudi, Sherif Hussain mengirim surat rahsia, untuk memohon bantuan tenteran British dengan menjanjikan Sherif Hussain sebagai tentera bagi seluruh wilayah Arab, maka mudahlah Yahudi mencatur keluarga ini untuk mengagih-agihkan wilayah-wilayah sesuai dengan perancangan Yahudi.

Pada Tahun 1915 Britain mula menduduki kawasan Iraq, akhirnya pada tahun 1917, Britain menduduki semula kawasan  Palestin. Pada tahun 1918, tentera Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Usmaniyyah, iaitu Istanbul. Perjanjian Faisal & Weizmann ditandatangani pada 3 Januari 1919 dalam Persidangan Paris.

Weizmann adalah President Pertubuhan Zionis Dunia. Selepas perjanjian itu, Weizmann menjadi President pertama di negara Israel. Iraq diserahkan kepada Amir Faisal, Jerussalam atau Palestin diserahkan kepada Kristian, Baitul Maqdis diserahkan kepada Yahudi.

Pada Tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, persidangan diadakan. Hasil Persidangan,
1. Sistem khalifah Islam di tamatkan.
2. Khalifah dibuang keluar negara.
3.Harta Khalifah dirampas.
4. Kerajaan Turki Baru ditubuhkan atas dasar Sekular dibawah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk.
5. Negara-negara jajahan Turki Usmaniyyah di ambil alih sebagai jajahan British, Perancis dan Itali.


Bahagian 4 

Yahudi Melantik Wahabi sebagai Penguasa Haromain

Setelah kejatuhan Empayar Usmaniyyah, Negara-negara kecil seperti Kuwait, Yaman, dan lain-lain diserahkan kepada khabilah-khabilah yang dipilih oleh Yahudi. Negara-negara kecil itu, semua tertakluk kepada jajahan British, Prancis dan Itali. Janjinya kepada Sherif Hussain untuk mengangkatnya sebagai penguasa seluruh Arab hanyalah janji kosong.

1. Sherif Hussain hanya mendapat kerajaan Jordan yang kecil dan miskin. Inilah Balasan bagi pengkhianat Islam.
2. Pada Tahun 1925 keluarga As-Sa'ud berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Sherif Hussain.
3. Pada 10 Januari 1926 Abdul Aziz As-Sa'ud ditabalkan menjadi Raja Hijjaz di Masjidil Haram, Makkah.
4. Pada tahun 1932 setelah menguasai sebahagian besar semenanjung Arab, Ibnu Sa'ud menamakan tanah gabunggan Hijjaz dan Najd sebagai Arab Saudi.
5. Abdul Aziz ibnu Sa'ud kemudian menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan pihak British.
6. Fahaman Wahabi menjadi Agama Rasmi Arab Saudi dan dikembangkan ke seluruh dunia.

Bahagian 5

Mengapa Yahudi Mencipta Wahabi?

1) Yahudi sangat faham, kerana kekuatan umat Islam adalah pada kekuatan Rohnya. Yakni Rohnya sangat kenal cinta dan takut kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, umat Islam mesti dipisahkan dari Allah.

2) Yahudi sangat faham, bahawa kehebatan Umat Islam kerana berjaya menghubungkan kekuatan Roh dan kehidupan Lahir. Maka keyakinan adanya kuasa Roh dalam kehidupan Lahir itu mesti dihapuskan.

3) Yahudi sangat faham, bahawa Kunci Kemenangan Umat Islam adalah kerana Adanya Bantuan Ghaib dari Allah SWT. Maka, Yahudi menghapuskan keyakinan Umat Islam kepada perkara ghaib itu. Ulama Sufi dan Tarikat yang mempunyai karomah dikatakan SESAT dan SYIRIK.

4) Yahudi tahu, bahawa kekuatan Islam adalah kepada Pencintaan Umat kepada Rasulullah SAW, Ahlul Bait, dan Para Sahabat Baginda SAW. Maka segala peninggalan atau amalan boleh meyuburkan kepencintaan itu diMUSNAHkan dengan alasan Bida'ah, khurafat, dan Syirik serta lain-lain alasan yang diada-adakan.

5) Yahudi sangat faham selemah-lemah umat Islam, Mereka sangat fanatik agama para Ulama. Oleh kerana itu, ulama baru dan Islam gaya baru mesti dicipta yang sesuai dengan Agenda Yahudi itu.

6) Untuk menguasai Kota Suci Umat Islam Haromain. Yahudi tidak dapat menghancurkannya seperti tempat-tempat yang lain kerana ditakutkan Umat Islam Sedunia akan bangkit menentang Yahudi.


Bahagian 6 

Kejahatan Wahabi
1) membuat Fatwa setiap yang Bida'ah itu sesat dan yang sesat itu neraka.
2) membuat Fatwa Umat Islam yang tidak ikut ajarannya itu sesat, Halal Darah dan Hartanya dirampas.
3) Membunuh Keturunan Rasulullah SAW.
4) Menghukumkan Sesat keturunan Rasulullah SAW dan Para sahabat yang Utama.
5) Menganggap Alam Roh Itu tidak Wujud.
6) Menolak adanya Alam Lahir dan Alam Roh.
7) Memusnahkan peninggalan Rasulullah SAW.
8) Dalam mempelajari Ilmu Usuluddin atau Tauhid menganut fahaman Ibnu Taimiyyah, yang menganggap Tuhan Itu berjisim seperti makhluk atau mujassimah.
9) Didalam Feqah dibenarkan menampal-nampal mazhab.
10) Mengambil Sumber Al-Quran dan Hadith tanpa ijma' Ulama dan Qiyas.
11) Melarang keras Umat Islam berdoa dengan tawassul (perantaraan).
12) Melarang menziarahi Kubur sekalipun Makan Nabi muhammad SAW.
13) menghancurkan bangunan atas tempat lahir Nabi SAW.
14) Melarang memuji-muji Nabi seperti baca Qasidah, berzanji, Burdah, tahlil, dan sebagainya.
15) Melarang Umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj, dan semua perayaan hari kerayaan Islam yang lain.
16) Melarang belajar Sifat 20 dan menuduh sesat fahaman Asy'ari iaitu fahaman Kaum Ahlus sunnah Wal Jamaah.
17) Melarang Amalan Tarikat, Umpamanya Tarikat Naqsabandiyyah, Syazali, Muhammadiah dan lain-lain tarikat.
18) Mengundang Amerika untuk mengesport kekayaan minyak di timur tengah.
19) Berkomplot dengan Amerika membina pengkalan tentera di Arab Saudi.
20) Meminta bantuan tentera bersekutu dalam perang, untuk menghancurkan Saddam Hussain.
21) Mencetuskan Gerakkan Teroris seperti Al-Qaeda, dan lain-lain. Untuk memburukkan Imej Islam.
22) Mengubah Arab menjadi Negara Yahudi, dan Haromain menjadi Kota Yahudi, dan lain-lain kejahatan yang merupakan konfirasi Yahudi seperti Punk, Skin Head, Black Metal, Chikano dan lain-lainnya. yakni Untuk menghapuskan keyakinan dan cinta Umat Islam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. supaya umat islam mengikut cara hidup yahudi dan meninggalkan Tuhan Nabi Muhammad SAW.

Jelaslah bahawa tujuan Wahabi adalah untuk meninggalkan Allah SWT dan Rasulullah SAW dan mengikuti Yahudi. Wahabi adalah buatan Yahudi.

" Para pembaca yang budiman, kaitkan lah dengan catatan saya sebelum ini.. 


http://cikpuanayu.blogspot.com/2011/08/nota-kecil-tapi-besar-sekularisme.html

http://cikpuanayu.blogspot.com/2011/08/piramid-melayu-tersembunyi-di-lautan.html
Benarkah kitalah bangsa yang hilang itu? Sejarah menyatakan  Islam bangkit dari Timur.. kaitkan dengan catatan tentang Sekularisme, Nasionalisme, Piramid Melayu dan Kisah Jack Sparrow. Semua ini ada kait mengait dari satu sama lain.. 

Banggalah dilahirkan sebagai Melayu Islam dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.. Wallahu'alam.. Semangat menjadi pejuang Islam datang dari hati kita dulu, baiki diri kita, kenal hati, kenal Allah dan hayati perjuangan Rasullah. Rajin2lah mengenali susur galur kita (berasal dari tread Nabi Yusuf yang hilang itu dan Nabi Ibrahim). Fahami dan sebarkan. Melayu Islam takkan hilang didunia. Sejarah kita yang telah lama disembunyikan oleh anasir-anasir jahat yang cuba untuk megubah sejarah..Insya Allah,  Allah bersama kita"

10 Nasihat Wajar Diikuti Bagi Melindungi Diri dan Keluarga Dari Bahaya Wahabi dan Yahudi

Wahai Umat Islam seluruh Dunia, Marilah kita perangai Wahabi dan Yahudi dengan langkah-langkah Ini.

1) Jangan terpengaruh dengan ajaran ini, jaga diri dan keluarga anda dari aliran Ini.
2) Berpegang teguhlah kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu Aqidah yang dibawa Imam Abu Hassan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Muntaridi.
3) Kuatkan Hubungan dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW, Kuatkan Hablum minal lah dan Hablum minal Nas.
4) Berfeqah dengan salah satu mazhab yang 4 iaitu Syafi'e, Maliki, Hanbali dan Hanafi. jangan dicampur-campur.
5) Lawanlah hawa nafsu buang segala sifat jahat dalam jiri kita dengan bertasawuf berpandukan Imam Al-Ghazali.
6) Amalkan wirid dan zikir secara berdisiplin dan istiqamah atau amalkan Tarikat yang ada Mursyid.
7) Jangan mudah terpancing tawaran manis wahabi.
8) Jangan sekali-kali terlibat dengan gerakkan militan.
9) Banyaklah bertaubat atas dosa-dosa sendiri dan dosa umat Islam.
10) Berdoalah kepada Allah SWT supaya Allah SWT segera hantar pemimpin yang membawa kebenaran untuk menentang Wahabi dan menghapuskan ajaran ini.

7 Wasiat Ulama Sufi


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tamu,
dan saya tahu mereka itu adalah seorang ulama sufi. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, yaitu :

1) Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan kesedaran hatinya.
2) Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan kata-kata hikmah darinya.
3) Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan kemanisan ibadahnya.
4) Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan khusnul khatimahnya.
5) Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan akan hidup hatinya.
6) Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu    harapkan kelurusan agamanya.
7) Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan akan keredhaan Allah padanya."

Selasa, 16 Ogos 2011

Amalan Ketika Mengandung

1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung

o Al-Fatihah dan ayat Kursi
o Seluruh surah Yassin
o Seluruh surah At-Taubah
o Seluruh surah Yusuf
o Seluruh surah Luqman
o Seluruh surah Maryam

o Surah An-Nahl ayat 78

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

o Surah Al-A'raf ayat 189

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur

 4. Membaca doa

o Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

o Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

o Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

o Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

 Adab isteri terhadap suami ketika mengandung

1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

Adab suami terhadap isteri

1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Jagalah Isteri Pertama walaupun ada 4 Isteri

 Catatan ini diambil dari sebuah blog yang sering saya lawati.. seronok membacanya dan sebagai peringatan

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Kisah Benar: "Abang tunggu mak di syurga ya"

 Kisah ketabahan seorang Ibu bernama Jamilah... saya ambil catatan ini disebuah forum yang kerap saya lawati.. berkali-kali saya membaca sambil airmata menitis tanpa disedari. Kisah yang sangat menyentuh jiwa dan sangat sedih... kisah ini pernah disiarkan di majalah Mastika


"Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


Abang pada tahun 2007.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana
ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sanananti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada limaberadik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)