Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a adalah seorang sahabat besar Nabi SAW. Beliau dilantik menjadi khalifah Islam pertama menggantikan Rasulullah SAW setelah kewafatan baginda. Kata-kata nasihatnya sungguh berharga dan bernilai untuk di amalkan dalam kehidupan.
Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata: "Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: –
1. Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
2. Syukur perhiasan kepada nikmat
3. Sabar perhiasan kepada bala.
4. Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
5. Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
6. Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
7. Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
8. Khusyuk perhiasan kepada solat.
Huraiannya :

Orang fakir yang bertakwa dan redha dengan kefakirannya akan menjauhi perbuatan dan perkara yag diharamkan oleh Allah SWT.
Ramai orang fakir miskin di syurga adalah kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersabar ketika di dunia dan sentiasa taat dan patuh kepada Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.
Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan wanita.” (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih)
2. Syukur perhiasan kepada nikmat.
Seorang mukmin akan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang banyak telah dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya. Seorang yang tidak bersyukur akan diazab oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
3. Sabar perhiasan kepada bala.
Jika seseorang itu bersabar di atas bala yang menimpa dirinya maka maka Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya dan diberi ganjaran pahala yang besar.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 155)
Berdasarkan ayat-ayat di atas Allah SWT menyeru kepada orang-orang beriman supaya menjadikan sabar dan solat itu sebagai penolongnya. Para ahli tafsir menyatakan bahawa suruhan ini adalah wajib kerana berbentuk suruhan kepada orang-orang mukmin. Jika orang mukmin meninggalkan sifat sabar dan meninggalkan solat maka ianya berdosa.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang redha dengan musibah itu maka baginya keredhaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak redha) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
4. Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
Kemulian dan ketinggian akhlak seorang mukmin adalah apabila dia bersifat tawaduk dan tidak menyombongkan dirinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak ada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan darjatnya."(Hadis Riwayat Muslim)
Sifat tawaduk adalah satu sifat yang mulia, seseorang mukmin yang mempunyai sifat ini akan mendapat darjat yang tinggi disisi Allah SWT. Berlawanan dari sifat tawaduk adalah sifat sombong dan takbur.
Seorang mukmin yang berakhlak mulia tidak sanggup bersifat takbur serta membesarkan diri supaya di pandang tinggi oleh orang lain.Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat masa kini masih meletakkan nilai pangkat, kecantikan, harta kekayaan, keturunan sebagai asas untuk meletakkan seseorang itu dipandang mulia atau sebaliknya.

Orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang jahil. Orang berilmu akan bersifat lemah lembut dan tenang dalam menghadapi apa sahaja situasi seperti akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Bagaimana baginda masih berlemah lembut dan menziarahi wanita Yahudi yang sedang sakit (wanita ini sering membaling najis kepada baginda apabila baginda melalui kawasan rumahnya) .Akhirnya wanita tersebut masuk Islam kerana kagum dengan akhlak dan peribadi Nabi SAW yang berlemah lembut kepada beliau.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang mukmin apabila bercakap dia bercakap dengan sopan dan sentiasa merendahkan dirinya. Apa yang dituturkan lidahnya tidak menyakitkan hati orang lain. Sebaliknya sifat orang fasik suka maki hamun, mengata orang dan bersifat sombong dan takbur.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" (Surah Luqman ayat 19)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berbicara yang baik atau diam sahaja" (Hadis riwayat Bukhari)

Riak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.
Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada dajjal?" Kami katakan : "Tentu." Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Jika seseorang meninggalkan sifat riak ini bermakna amalannya adalah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan akan bernilai disisi-Nya dan dia berada didalam kebaikan. Sebaliknya pula jika seseorang membaut sesuatu kerana riak amalan tersebut tidak akan diterima oleh Allah SWT. Amalannya tidak bernilai umpama debu-debu yang berterbangan.
8. Khusyuk perhiasan kepada solat.
Solat yang berkualiti adalah solat yang dikerjakan dengan khusyuk. Solat yang khusyuk adalah solat yang disukai oleh Allah SWT. dan akan bernilai disisi-Nya. Solat yang tertolak adalah solat yang yang dikerjakan dalam keadaan lalai dan riak.
Sabda Nabi SAW. maksudnya :“ Persoalan pertama yang akan ditanya manusia di akhirat kelak dan amalannya ialah persoalan solat. Jika solatnya diterima oleh Allah, maka akan diterima seluruh amalannya yang lain dan sekiranya solatnya ditolak oleh Allah, akan ditolak semua amalannya ” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majjah)
Hadis ini bermaksud : Jika ibadah solat itu diterima Allah, maka akan diterima semua amal ibadah yang lain, tetapi jika ibadah solat itu ditolak maka ibadah yang lain juga akan ditolak. Kerana solat ini terlalu tinggi darjatnya disisi Allah, lantaran itu perintah solat ini diterima Nabi SAW mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah SWT. di Arasy Illahi. Solat yang akan diterima oleh Allah SWT adalah solat yang khusyuk.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita hayati lapan perkara menjadi perhiasan lapan perkara yang dinyatakan oleh Saidina Abu Bakar as-Sidiq r.a. Nasihat ini amat berguna dan boleh dijadikan pedoman dan ikutan dalam kehidupan kita untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa dan mendapat keredhaa-Nya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan