NASIHAT UNTUK SEMUA
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tamu,
dan saya tahu mereka itu adalah seorang ulama sufi. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1) Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan kesedaran hatinya.
2) Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan kata-kata hikmah darinya.
3) Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan kemanisan ibadahnya.
4) Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan khusnul khatimahnya.
5) Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan akan hidup hatinya.
6) Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan kelurusan agamanya.
7) Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan akan keredhaan Allah padanya."
Siapakah Ibrahim bin Adham?
Ibrahim bin Adham. Beliau seorang Sultan/ Raja yg sanggup meninggalkan pangkat, keluarga, kemuliaan dunia, harta dan sebagainya.. demi menjadi hamba Allah yang sebenarnya.
Seorang Sultan atau Raja yang mencari Jalan kebenaran. Akhirnya, beliau menjadi seoarang Ahli Tasawuf yg hebat. Perjalanan beliau mencari kebenaran amat sukar.. seorang tokoh yang hebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan