Selasa, 16 Ogos 2011

Cara Kejutkan Orang Bangun Sahur

Sudah 15 hari lebih kita puasa, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling susah sekali. Dibawah ni ada tips menarik untuk dicuba :-)
Ada tips nak kejutkan orang bangun tidur terutamanya sahur..camni antara caranya.
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu.. dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia... sambil panggil nama dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia.. sambil panggil nama dia...
5. Tutup kipas / air cond

Tapi kalau still tak ada effect
1. Jerit nama dia kuat kuat...
2. Gigit ibu jari kaki dia.. cam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi... kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak KFC ke MCD ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dimasak sebelah hidung dia.. bagi ambil bau sikit

Tapi jika  still tak ada effect gak
1. Pergi kat telinga dia... then sebut maa rabbuka! seru nama dia byk kali...
2. Pergi kat dia, baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana Allah lebih menyayanginya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan