"
Setiap ucapan anak-anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak
bermanfaat), kecuali kata-kata berupa amar makruf nahi mungkar dan
zikrullah "
(HR Tirmidzi)
Bila
ada suatu perbuatan yang dianggap ringan, tapi hebat sungguh akibatnya.
Dengan ucapan, boleh menentukan sama ada kita masuk neraka ataupun
syurga.
Menurut Rasulullah SAW, orang yang paling banyak masuk neraka, adalah kerana sesuatu yang keluar dari mulutnya (ucapan).
Kita tidak boleh sesuka hati menuduh orang tanpa mempunyai 4 orang saksi :)
Bagi
saya la, buat ape la kita nak fitnah-fitnah orang? Apa yang kita akan
dapat? Pahala? Rezeki? Hidayah? :) Kita nanti dapat negara yang tak
pernah nak aman, perang sini, perang sana, bunuh-membunuh, menjatuhkan
maruah diri dan keluarga, DOSA BESAR, mati seksa, masuk neraka. Nak?
Kadang-kadang saya dengar gak orang kata, 'Suka ati la! Kubur
masing-masing kan?!', atau 'Dosa aku, suka ati aku la! Ko sebok
apasal?'. Ayat-ayat macam ni memang selalu dengar la kat mane-mane.
Betoi tak?
Ada sebab saya tulis post ni. Kalau orang yang suka tuduh orang sesuka
ati dia tu tengah baca ni, ingat.. Allah Maha Kuasa & Maha
Bijaksana. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan