Hasad
dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri
seseorang jika tidak di bendung atau dijaga secara wajarnya. Hasad
dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap
tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada
orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan tersebut agar
dapat memilikinya. Dengan demikian sifat hasad dengki boleh
menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan suka berprasangka buruk
terhadap orang lain.
Dalam Islam sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik.
Firman Allah SWT :
"Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?"
(An-Nisa' : 54)
Rasulullah SAW bersabda :
"Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang
banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan
berbunuh-bunuhan."
(HR. Ibnu Abid Dunya dan Amir Al-Asy'ari)
Dalam Islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan