Sabtu, 13 November 2010

Falsafah Hidup

Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk.


Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.

Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.

Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.

PEPATAH tentang C.I.N.T.A. dan H.A.T.I

1. Kita mengambil masa SEMINIT untuk JATUH HATI,
Kita mengambil masa SEJAM untuk MENYUKAI.
Kita mengambil masa SEHARI untuk MENYINTAI,
TETAPI kita mengambil masa SEPANJANG HAYAT
untuk MELUPAKAN seseorang.

2. Jangan pandang kepada KECANTIKAN kerana boleh jadi ianya PALSU.
Jangan kejar KEMEWAHAN kerana ianya akan SUSUT.
CINTA kepada ALLAH adalah CINTA yang HAKIKI.

3. Carilah seseorang yang membuatkan anda TERSENYUM,
Kita memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari kita yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

4. Pada suatu ketika di dalam kehidupan, apabila anda teramatkan rindukan seseorang,
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

5. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana
yang ingin anda tujui,
Jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan
dan HANYA satu peluang untuk melakukan
semua perkara yang ingin anda lakukan

6. Ada mata kita lihat, ada telinga untuk mendengar,
ada hati untuk menilai, ada akal untuk berfikir...
hati dan akal perlu bersatu
agar tidak patah dilanda badai dan dilambung gelora..
kehidupan...........

7. Cinta suci itu milik mereka yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan.


8. Milik mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Milik mereka yang masih mencintai, walaupun mereka telah disakiti.
Milik mereka yang mempunyai keberanian
dan......
Milik mereka yang berkeyakinan bahawa cinta bukan sementara tetapi untuk selamanya


9. Cinta yang sebenar,
membiarkan orang yag kita cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi apa yang kita inginkan.
Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan dari diri sendiri yang ada dalam dirinya.


10. Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga mudah.
Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
Itulah yang sukar diperolehi....hu hu hu...

11. CINTA sejati adalah saat kita dapat merelakan CINTA itu bahagia,
bukan untuk mendapatkannya.

12. Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang,
ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi dengan memberi kasih sayang kepada orang lain,
tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

13. Allah telah menciptakan Adam dan Hawa
segala makhluk ciptaanNya berpasang-pasangan.
atas dasar rasa kasih dan sayang, saling memerlu dan bersandaran
Kita tidak sepatutnya merendah dan meremehkan perasaan pasangan kita,
orang yang telah mencintai serta menyayangi kita,
hargailah hati dan perasaan pasangan jiwa kita (soulmate)

14. Sesungguhnya cinta suci dan hakiki hanyalah kepada Allah SWT

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaa-Nya diciptakan pasangan hidup dari jenismu sendiri, supaya
kamu mendapatkan ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya
yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berfikir".
(Alquran. Ar-rum: 21)



Koleksi Pepatah Lawak dari Karam Singh Walia TV3

Karam Singh Walia - ayat-ayat power

Karam Singh Walia Melaporkan Untuk TV3. Salam sejahtera, " Satu kajian menunjukkan...dengan tangan kiri beliau dihayunkan ke atas dan ke bawah.....


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abunbakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttle***
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak mengail di laut.
(beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!*

NOta Kecil Tapi Nilai Besar

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laailahaillallah, Muhammad Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Ada 4 perkara dipandang sebagai ibu, iaitu:

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
Zuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.
Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.
Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
Wallahu a’

Rahsia Untuk Mendapatkan Zuriat

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

1. Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
2. Makan junk food
3. Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
4. Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
5. Makan burger dan nugget
6. Makan jambu batu
7. Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau
merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk
tepung fullcream atau susu segar.
8. Banyakkan berzikir denganmenyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

Rahsia Bunga

Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.

Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungaan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia.

Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya. Selain itu tumbuh-tumbuhan berupa bunga-bungaan juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yang sedang dirasakan ketika itu sama ada untuk melahirkan rasa cinta, untuk berkongsi keseronokan atau untuk menyampaikan rasa duka.


Kehebatan dan keajaiban tumbuh-tumbuhan terutama bunga-bungaan ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh-tumbuhan dengan kesihatan manusia sedunia.


Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga-bungaan atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.

Kajian yang pernah juga dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dengan cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh-tumbuhan dari tingkap wadnya. Tahukah anda pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yang agak singkat untuk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga-bungaan dan tumbuhan.


Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-

Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh-tumbuhan segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga-bunga tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
Menempatkan tanaman atau bunga-bungaan di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.

Resepi 2: Gulai Keropok Ikan Dari Dapur Cik Puan Ayu


Resepi Gulai Keropok Ikan

cara masak sama mcm masak gulai kari ikan tapi baiknya guna kari ikan adabi dan santan pekat.

1. bwg merah, bwg putih, cili kering dan halia diblender, tumis sampai naik bau. ..
2.masukkan serbuk kari ikan dicampur air (pes), ikan bilis.
3. masukkan santan dan akhir skali santan pekat... Lihat seterusnya..
4. renih sampai mendidih, secubit garam dan sedikit gula (ganti ajinomoto )
5. masukkan potongan cili hidup5. bila santan dah masak d sebati dgn bahan tadi masukkan keropok ikan agak 2/3 gengam - guna api kecil
6. matikan api bila keropok sudah separuh masak, ambil berhati2 takut keropok hancur atau pecah
7. sedia utk dihidangkan, sesuai masa panas2 sbb keropok ni serap air..

catatan: jd bila kuah kering kena panaskan semula sedikit campur air didih... selamat mencuba yea

Koleksi Penyakit dan tanda-tandanya.

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

1. Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi, proses pembuangan toksin.

2. Mata menjadi kabur: Sering berlaku pd waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati berlaku.

3. Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin berlaku, badan mengandungi asid lebih.

4. Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

5. Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

1. Selsema - Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan
(biasanya suhu badan meningkat).

2. Hidung sebu - Paru-paru mengandungi toksin berlebihan, menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong, menyeimbangkan masalah alahan hidung.


BATUK

1. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
2. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar
selepas beberapa hari memakan RG.
3. Batuk dan berasa gatal di kerongkong:
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG

1. Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda
bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
2. Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.


1. Bibir pucat

- Sistem penghadaman yang lemah. Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

2. Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH:

- Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
- Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang
berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
- Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): darah mengandungi asid berlebihan.
- Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.

1.Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
2. Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit
ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT

1. Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
2. Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
3. Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
4. Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan
ubat yang mengandungi bahan kimia.
5. Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma
pada kulit berkenaan.
6. Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan
tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

Sendi Sakit iaitu:
1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai
(gout).
2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
3. Sakit di bahagian bahu: saluran darah telah menjadi keras , fungsi metabolisme tidak seimbang.
4. Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
5. Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di
bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
6. Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
7. Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
8. Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
9. Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
10. Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN

1. Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan
dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
2. Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala:
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

3. Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

- Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
- Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
- Bisul di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. dikaitkan dengan penyakit migrain.
- Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG

1. Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

Muntah Darah:

1. Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
2. Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
3. Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
4. Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING

1.Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
2. Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
3. Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
4. Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
5. Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

1. Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan
serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
2. Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.


Najis Berdarah:

3. Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
4. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
5. Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN

1. Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

2. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
3. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
4. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
5. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
6. Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
7. Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan
banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
8. Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI

1. Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
2. Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
3. Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.

4. Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.

5.Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Wallahu a’lam

Hujan Meteor Perseids, 12-13hb Ogos 2010.. Owhh memang cantik

Mengikut data oleh International Meteor Organization, waktu kemuncak peristiwa Perseids akan berlaku pada 01.30 pagi waktu Malaysia, 13hb Ogos 09 (05.30pm pada 12hb waktu antarabangsa, UT). Ianya dijangka bertahan sehingga pukul 04.00 pagi (08.00pm UT, 12hb Ogos 09). Namun jangan lupa bahawa peristiwa ini boleh dilihat sepanjang malam bermula selepas Isyak 12hb sehinggalah ke waktu Subuh. Sekitar waktu puncak, dijangkakan kita boleh mencerap sekitar 10 dan boleh mencapai sehingga 100 tahi bintang dalam masa satu jam.

Gambar 1 :  menunjukkan kedudukan buruj Perseus pada jam 2.00 pagi di langit timur. Kredit imej : Roen Kelly dari majalah Astronomy

Radian peristiwa Perseids, iaitu Perseus hanya mula naik dari ufuk timur sekitar pukul 01.00 pagi. Namun sedikit malang ketika itu kerana bulan sedang pada fasa suku akhir dan sudah berada di atas kepala. Cahaya bulan yang ada pasti akan menenggelamkan jaluran cahaya tahi bintang yang malap. Oleh itu saya menjangkakan jika paling bertuah pun kita akan dapat melihat sekitar 10 tahi bintang per jam. Keadaan langit juga memainkan peranan. Berdoalah pada malam tersebut langit adalah bebas dari awan.


Cara untuk mencerap peristiwa ini ialah selepas pukul 1 pagi anda perlu memandang sedikit rendah ke arah timur dan kemudian apabila buruj Perseus semakin meninggi, anda bolehlah memandang di sekitar buruj Perseus. Dicadangkan di sini anda memulakan pencerapan pada jam 2 pagi sehinggalah ke subuh. Namun anda sebenarnya boleh menghayatinya sepanjang malam.

Anda boleh mengikuti peristiwa ini sendirian di rumah kerana ianya tidak memerlukan sebarang alatan optik untuk mencerapnya. Cukup dengan mata kasar anda dan juga kawasan cerapan yang selamat, selesa dan terselindung dari gangguan cahaya lampu. Juga tidak perlu dibimbangkan mengenai kemungkinan batuan angkasa tersebut akan jatuh menimpa anda kerana setakat ini tidak pernah dilaporkan bahawa ada manusia yang mati atau tercedera ditimpa oleh tahi bintang.

Apa yang anda perlu buat untuk menghayati fenomena 'bunga api' semula jadi ini ialah dengan berbaring di atas tikar atau di kerusi malas untuk keselesaan dan memandang ke arah radian peristiwa ini iaitu buruj Perseus (rajah 2) secara terus.
Jika anda terlepas tarikh ini, masih boleh mengikuti bakinya sehingga ke 24 Ogos 2008 Peristiwa ini mulai aktif pada 17 Julai dan mencapai kemuncak sekitar 13 dan 14 Ogos setiap tahun.