Khamis, 28 Oktober 2010

Shhh!! Ada tip baru

1.    Doa yang berterusan.
2.    Patuh ajaran agama.
3.    Murah dengan pujian.
4.    Murah dengan khidmat.
5.    Murah dengan BELAIAN dan romance.

6.    Murah dengan SENTUHAN.
7.    Mencari KEBAIKAN pasangan.
8.    Cari masa berkomunikasi/berbual/ bergurau.
9.    Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10.  Menghormati had/sempadan/hal-hal peribadi pasangan.
11.  Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12.  Berfikiran terbuka — boleh TEGUR MENEGUR.
13.  Berani mengambil risiko emosi — tegur/perubahan/berpisah sementara.
14.  Menilai dan membetulkan keutamaan (priority) dalam kehidupan.
15.  Flexible/tolak ansur.
16.  Menghormati dan mengambil kira ?gerak batin? (intuition) perempuan.
17.  Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18.  Sedar bahawa perselisihan kekadang tidak boleh dielakkan.
19.  Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20.  Sanggup berkorban buat pasangan.
21.  Menghormati pasangan.
22.  Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23.  Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
24.  Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25.  Sentiasa BERMAAFAN sebelum tidur.
26.  Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27.  Meletakkan HAK kepada pasangan.
28.  Tidak menjadi HAMBA kepada pasangan.
29.  Berubah secara kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30.  Mengawal marah. Buat perjanjian.
31.  Mencari penyelesaian menang-menang.
32.  Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33.  Menghormati sifat semulajadi pasangan.
34.  Memahami peranan ?pasangan? (13 P).
35.  Emotional intercourse.
36.  Janga simpan ketidakpuasan/sedih/marah/ benci dalam hati.
37.  Bentuk KOD-KOD kasih sayang yang anda 2 orang saja yang tahu.
38.  Sengaja merancang untuk memperbaiki hubungan suami isteri.
39.  7 kali puji dan 1 teguran.
40.  Sebut ?I Love You? all the time.
41.  Banyakkan BERGURAU/BERMESRA.
42.  Sentiasa berterus terang.
43.  Beri masa untuk perubahan berlaku — SABAR.
44.  Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45.  Elakkan SALAHKAN pasangan.
46.  Cari titik pertemuan.
47.  Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48.  Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.  Minta nasihat/pandangan/maklum balas daripada pasangan.
50.  Sentiasa bersemangat — bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebag ersonName>ain ersonName>ya.
51.  Seimbangkan hubungan daripada segi
a – Mental/pendidikan/ilmu
a – Emosi
a – Fizikal/ekonomi
a – Sosial
a – Spiritual
52.  Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53.  Tidak terlalu mengongkong.
54.  Tidak bertindak bersendirian.
55.  Memberi peluang untuk berbeza
a – Pendapat/pandangan
a – Hobi
a – Kegemaran
a – Makanan
a – Citarasa
a – Warna pilihan
a – Dan sebagainya
56.  Humor/lawak dari maxa ke masa.
57.  Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58.  Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59.  Tidak meminta yang bukan-bukan.
60.  Bentuk undang-undang/peraturan dalam rumah tangga.
61.  Mencari kel ersonName>ain ersonName>an dan perubahan po ersonName>siti ersonName>f.
62.  Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63.  Redha/syukur/tawakkal kepada Allah s.w.t.
  
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Tip Bahagia dan Motivasi Diri

1.     Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang kemana-mana.Seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda Rasulullah S.A.W “Bila engkau berada pd pagi hari, jgnlah menunggu datangnya ptg hari.Bila engkau berada pd ptg hari, jgnlah menunggu datangnya waktu pagi”

2.     Lupakan masa lalu dan semua yg pernah terjadi.Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yg tlh selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.
3.     Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jgn fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya
4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
5.     Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia
6.     Barangsiapa menginginkan ketenangan,ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah
7.     Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.
8.     Jangan menunggu ucapan terimakasih dari seseorang.
9.     Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan buruk.
10.   Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya utk diri anda
11.   Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seorang Muslim adalah baik baginya.
12.   Berfikirlah tentan nikmat lalu bersyukurlah.
13.   Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.
14.   Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar
15.   Dengan musibah hati akan tergerak utk berdoa
16.   Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
17.   Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.
18.   Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara remeh
19.   Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha luas keampunan-Nya
20.   Jangan marah, jangan marah, jangan marah!
21.   Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan
22.   “Dan dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu” (Ad-Dzariyat:22)
23.   Kebanykan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
24.   Pada orang2 yg tertimpa musibah itu ada suri teladan
25.   Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka
26.   Ulangilah doa doa untuk menghapuskan bencana.
27.   Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya,Tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran
28.   Tinggalkanlah semua desas desus dan jangan percaya kepada khabar angin
29.   Kedengkian dan keinginan anda yang kuat utk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan menimpa pihak lawan
30. Setiap musibah yg menimpa diri anda adalah penghapus dosa

Rabu, 27 Oktober 2010

Resepi Mee Kung Fu dari dapur Cik Puan Ayu

Bahan - bahan :
1. Mee Sanggul sebungkus (makan anggaran utk 5 org)
2. 200 g Udang harimau
3. 200 g sotong + 200 g ayam (potong kecil2)
4. Sayur Sawi Jepun 2 btg5. Telur 2 biji
6. Sayur Campur (carrot, kcg pea, jagung)
7. Cendawan Kering Hitam (bulat) -rendam sampai lembut
8. Sos Tiram8. 3 sudu tepung jagung9. Garam dan gula secukup rasa
9. 200 g cili padi dihiris + kicap manis = msk mangkuk kecil yg lain

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang putih + bwng merah yang telah digiling, biar sampai naik bau
2. Masukkan air panas, masukkan cendawan biar sampai lembut
3. pecahkan telur dan mskkan dlm air didih tadi , kacau2 sehingga pecah kecil2
4. masukkan 1 sudu besar kicap tiram, masukkan tepung jagung yg tlh (dibancuh ai)r kedlm air kuali
5. masukkan ayam, sotong, udang. 95 minit dqan api perlahan)
6. Kuah akan menjadi agak llikat d kental, masukkan garam d gula secukup rasa. Masukkan sayur campur dan sawi Jepun (hiris halus-halus).
7. Bilas mee sanggul dgn air biasa, hidangkan pd pinggan dan curahkan kuah yg panas2 ke atas mee sanggul tadi..

Yeah!! Sedia utk dihidang dan dimakan. Nak lebih sedap lagi jika dimakan panas2 dan dicampur dgn cili api hiris + kicap. Cubalah!Yamm.. Yammmm... Komen ya kalau dah cuba...

Shhh!! Rahsia dan Adab Berdoa

Setiap Muslim dituntut berdoa (memohon) kpd Allah SWT dlm usaha utk mencapai dan mendptkan segala yg dihajati. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dlm firmanNya yang bermaksud, " Berdoalah kepada Aku, nescaya Aku perkenankan".

Hamba yg berdoa adalah hamba yg disukai oleh Allah SWT. Ini kerana semakin banyak doa dipohon oleh seorang hamba, semakin ingatlah ia kepada Allah. "Ingatlah kepada Allah, nescaya Allah juga mengingati kita"

Bagi memastikan ianya dilakukan dgn secara sempurna, bbrp adab dan peraturan berdoa telah dihimpunkan oleh para ulama. Antaranya:
1. Mengadap kiblat (lebih afdal)
2. Sebaik2nya dalam keadaan berwuduk
3. Membuka kedua tapak tgn dan menadah ke langit
4. Beristighfar atau memohon keampunan kpd Allah sblm berdoa
5. Membaca Bismillah,
6. Bertahmid Alhamdulilah
7. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
8. Berdoa penuh khusyuk, merendah diri serta yakin bhw doanya diperkenankan Allah SWT
9. Memohon dgn penuh perasaan, bersungguh-sungguh, tanpa jemu dan putus asa
10. Ucapkan doa dengan jelas, spesifik dan ikhlas
11. Ulang 3x ditempat-tempat yg dianggap penting
12. Diakhiri dgn selawat ke atas Nabi Muahammad SAW dan pujian bertahmid kpd Allah SWT

Doa Yang Makbul
1. Memohon dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
2. Menjaga makan dan minum
3. Sentiasa mentaati ibu bapa
4. Memelihara silaturrahim
5. Sentiasa menjauhi maksiat dan perkara syubhat

Doa Yang Mustajab
1. Doa ketika sahur
2. Doa orang yang dizalimi
3. Doa selepas menunaikan solat
4. Doa pada bulan Ramadhan
5. Doa diantara azan dan iqamah
6. Doa ketika di padang Arafah
7. Doa antara dua khutbah Jumaat
8. Doa ketika hujan turun dengan lebat
9. Doa dalam Masjid terutama di Masjidil haram dan masjid Nabawi
10. Doa di sepertiga malam yang terakhir ketika manusia lain sedang tidur

Shhh!!! 10 Rahsia Agar Dicintai Allah SWT

1-Membaca Al-Quran dan bertadabbur denganNya.
2-Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan solat fadhu dan solat-solat sunat.
3-Sentiasa berzikir kpd Allah SWT dengan lidah, hati, perbuatan dan semua cara.
4-Mengutamakan cinta kepada Allah melebihi cinta kepada nafsu, sehingga cinta tersebut dapat
   mengalahkan kehendak segala hawa nafsu.
5- Sentiasa mengkaji sfat-sifat Allah SWT dan memahaminya.
6-Mengakui segala kebaikan dan mensyukuri segala nikmat samada zahir atau batin.
7-Menyerah segala isi hati kepada Allah SWT.
8-Beribadat ketika  1/3 di akhir malam, berdialog dengan Allah SWT, bermunajat, mendengar kata-kata
    Allah SWT (Al-Quran ), beradab dengan sifat ubudiah. Menutupkan dengan Istighfar dan Taubat.
9-Duduk pada majlis mereka yang mencintai kebenaran dan mempelajari ilmu yang banyak faedah.
10-Menjauhkan diri dari segala punca yang merosakkan hati sebagaimana disarankan oleh Allah SWT.




Shhhh!!! Inilah rahsia 13 Perkara dalam Solat

Shhhh!!!  Inilah dia rahsia 13 perkara tertib dalam solat,. Sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.