Rabu, 17 November 2010

Iblis & Isi Neraka

Iblis & Isi Neraka

Iblis Dan Ahli Neraka

DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”

Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”

.....................................................................................

Iblis Dan Ahli Neraka

DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”

Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”

Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”

Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”

Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.”

Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.

Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.

Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah

Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain

Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding

Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam

Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:

* Forward email ini kepada insan yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat

KITA SIHAT CARA RASULULLAH S.A.W

KITA SIHAT CARA RASULULLAH S.A.W


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan


GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR..

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...

* Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
* Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.
* Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
* Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
* Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
* Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
* Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.
* Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.
* Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada di dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.

Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada. Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan
perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." - (surah An-Naml:83).


BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT........

Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha

Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha


Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Niat Solat Dhuha:-







Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

CABARAN ISLAM MASA KINI

CABARAN ISLAM MASA KINI


Oleh : al-Faqir ilallah Muhammad Uthman El-Muhammady.

بسم الله الرحمن الرحيم. نحمده ونصلى على رسوله الكريم
Secara ringkasnya bila kita berbicara berkenaan cabaran masa kini, kita boleh sebutkan cabaran dari dalam dan dari luar. Yang dimaksudkan cabaran dari dalam ialah perkara-perkara yang mencabar dari dalam masyarakat Islam sendiri, manakala cabaran dari luar pula ialah perkara-perkara yang mencabar yang bukan berasal dari dalam masyarakat Islam. Dan yamg dimaksudkan "perkara-perkara yang mencabar" itu ialah perkara-perkara yang memerlukan tindakan berasingan dari umat Islam dan pemimpinnya, serta pemikiran untuk mendatangkan langkah-langkah penyelesaian. Dan ini memerlukan minat, pengetahuan dan persediaan yang secukupnya dengan pertolongan Allah.

Cabaran Masa Kini Dari Dalam. 

Antaranya ialah ringkasnya : Cabaran kejahilan umat tentang Islam dalam hubungan dengan akidah, syariat dan hidup rohaniah.

Juga cabaran kelemahan amal dalam bidang Islam. Ini juga perkara kelemahan. Amal inilah-iaitu pada paras individu, keluarga, masyarakat dan negeri seluruhnya-baik yang disengajakan atau tidak disengajakan.

Tentang kelamahan dalam amalan ini jelas terlihat dalam ciri-ciri orang perseorangan kita yang tidak mencerminkan ciri-ciri keperibadian Islam dengan mengamalkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan Islam seperti perjudian, perzinaan, pencurian, penganiayaan, yang melibatkan harta, kehormatan diri, dan keamanan masyarakat dan rumah tangga. Fenomena sedemikian antaranya menimbulkan wabak AIDS dan sebagainya, dan memerlukan kepada langkah memberangsangkan sifat-sifat "masyarakat penyayang".


Dan cabaran yang berkait rapat dengan apa yang disebutkan di atas juga ialah cabaran dalam bidang akhlak atau moral.Dalam hubungan ini kita boleh lihat kemerosotan dalam hubungan antara ibubapa dengan anak, suami dengan isteri, jiran dengan jiran, majikan dengan pekerja, ketua dengan anak buahnya, guru dengan muridnya, demikian seterusnya. Kerapnya kita mendapat berita tentang perogolan, pecah amanah, penipuan dalam kalangan orang-orang yang "senior" menunjukkan masyarakat sedang tercabar dalam hal ini. Kemerosotan dalam kalangan para ahli hiburan juga merupakan fenomena yang sangat tidak sihat.

Cabaran dari dalam juga jelas kelihatan dalam keadaan masyarakat Islam yang sudah kurang terdapat di dalamnya sifat "Ruhama'u bainahum" kasih sayang sesama sendiri. Dan fenomena perpecahan ini jelas di mana-mana, dari dalam keluarga sampai ke dalam masyarakat kebangsaan dan antara bangsa.

Dan termasuk antara cabaran-cabaran dari dalam masyarakat Islam ialah cabaran yang memberi layanan yang sewajarnya kepada mereka yang melarat dalam masyarakat Islam, supaya dengan ini kadar kemiskinan barada pada paras yang minima ( kita boleh ingatkan bahawa dalam masyarakat awal Islam ada masanya bila orang-orang yang layak menerima zakat sudah tidak ada lagi, misalnya pada zaman Khalifah Umar bin Ab. Aziz R.A).

Dalam hubungan dengan ilmu boleh disebutkan adanya cabaran-cabaran ilmu sesat dari dalam masyarakat Islam sendiri yang memberi tanggapan yang sesat tentang tuhan, nabi, hari akhirat dan pelaksanaan syariat.

Cabaran dari luar 

Bila berbicara tentang cabaran dari luar, maka kita teringat kepada ayat Al-Quran :
بسم الله الرحمن الرحيم : وَلَنْ تَرْضَىْ عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَﻻَ النَّصٰرٰى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ـ (البقرة : ١٢٠)

Maksudnya : Dan sekali-sekali orang-orang yahudi dan nashora atau kristian itu tidak redha terhadap kamu sehingga kamu memeluk agama mereka (atau budaya, cara hidup "life" "style mereka : Millah).

Dalam ayat ini jelas dinyatakan bagaimana budaya yahudi dan nashora adalah berupa cabaran kepada umat Islam dan cara hidupnya.

Antara cabaran-cabaran yang datang dari budaya ini secara ringkasnya ialah :

Pandangan dan amalan sekular - iaitu pandangan dan amalan yang berdasarkan kepada anggapan bahawa agama dan dunia, hidup di dunia dan akhirat, perkara kerohanian dan kebendaan adalah berasingan. Dan ini lahir bentuknya dalam pemikiran dan amalan - dalam pendidikan, budaya, perekonomian dan kemasyarakatan serta ilmu pengetahuan.

Dalam pendidikan perlu umat Islam kembali kepada tanggapan tentang ilmu yang sepadu, serta amalan pendidikan yang selaras dengan dilihat dari segi tanggapan ilmu berdasarkan tauhid, pentarafan ilmu yang benar.

Dalam bidang budaya umat Islam perlu kembali kepada budaya dan konsep hidup yang sesuai dengan syariat dan sunah dan janganlah dihadkan budaya itu dalam penggertian sempit yang menyentuh bidang-bidang istetik atau soal kepuasan dari segi rasa sahaja-sebab itu adalah sebahagian sahaja dari diri manusia-bahagian yang cetek dan bukan mendalam, yang mendalamnya ialah bahagian rohnya.

Dalam bidang kemasyarakatan dan siasah perlulah umat Islam kembali kepada ciri-ciri siasah mengikut Islam dengan dasar-dasar : kebenaran, keadilan, persaudaraan, kesamarataan, persefahaman dan kerjasama didalamnya. Dan hendaklah dielakkan daripada siasah yang ciri-ciri hubungan antara bapa, ibu dan anak-anak sewajarnya.

Mengenai cabaran dalam hubungan dengan ilumu-ilmu Islam dan dakwah pula, maka diingatkan bagaimana adanya cabaran tentang hadith dalam bentuk pengaruh yang datang dari rasyad khalifah, dan sarjana-sarjana seperti Fadhlul Rahman Cicago. Dan dalam hubungan dengan sirah dan sejarah Islam serta hadith, cabaran timbul dalam bentuk penulisan seperti yang diusahakan oleh Salman Rusydi dan orang-orang yang sepertinya. Perlulah umat Islam berwaspada dan membuat persiapan supaya aliran-aliran yang sedemikian itu, yang berpunca dari kesarjanaan yahudi dan kristian, tidak merebak dalam kalangan kita.

Dan dalam hubungan dengan tanggapan tentang ilmu ini juga, kita perlu kembalikan umat Islam kepada sikap menghargai tradisi Islam dan sejarahnya, supaya umat Islam berpegang kepadanya.

Dalam hubungan dengan dakwah secara khusus perlu kita ingatkan cabaran kristian dalam kalangan kita di kepulauan melayu ini.

Dalam News Strait Times bertarikh 8hb Julai 1989 ada memuat berita bagaimana di adakan mesyuarat kristian antarabangsa di Manila Filipina, yang dihadhiri oleh 4,200 orang peserta di seluruh dunia.

Antara resulosi-resulosi dalam persidangan itu ialah : pihak kristian antarabangsa hendak menjayakan penginjilan (evangelization) 900,000.000 umat Islam seluruh dunia dalam tahun 2000 dan diputuskan dalam persidangan itu bahawa antara kaedah-kaedah yang diharapkan akan berkesan dalam penginjilan itu ialah :

1. Kaedah " low profile dialog" atau dialog secara tidak tertonjol, bahkan dengan senyap-senyap.
2. Dan " local evanelization" atau penginjilan tempatan. Ertinya mereka akan menggunakan orang-orang tempatan bagi menginjilkan orang-orang tempatan, juga dengan kaedah atau dasar senyap akan diamalkan.
Dalam hubungan dengan ini juga kita boleh ingatkan bagaimana dalam tahun 1989, Pope melawat beberapa negeri Asia, antaranya ialah Indonesia yang sekarang ini merupakan medan kristianisasi yang sangat subur. Dan di Malaysia pengalaman pahit di Sabah dan Serawak sepatutnya menjadi umat Islam sedar tanggungjawab dakwah mereka.

Dalam hubungan ini kita boleh ingatkan pendapat Dr. Chi Kun dalam bukunya (edisi pertama) " Malaysia Contemporary Religious Issue" atau " Isu-isu keagamaan semasa di Malaysia", yang didalamnya beliau menuduh umat Islam di Malaysia tidak matang kerana wanita Islam tidak dibolehkan berkahwin dengan non muslim dalam persatuan nya supaya menggunakan semua ruang-ruang yang ada dalam perlembangaan untuk mengembangklan agama kristian dan lain-lain dalam Malaysia. Dalam hubungan ini kita boleh memberi perhatian kepada maklumat bagaimana di'ayah kristian diharamkan di Singapura kerana sikapnya yang egrasif apabila menyangka peluangnya di Singapura terbuka.

Maklumat-maklumat seperti yang demikian ini perlu diawasi oleh golongan ulamak dan para cendikawan Islam serta pemimpin masyarakat supaya masyarakat Islam berwaspada tentang kemungkinan-kemungkinan yang merugikan Islam. Dari maklumat-maklumat di atas ada beberapa perkara yang timbul daripadanya. Antaranya ialah :

1. Bahawa sekarang sudah da terdapat semacam "perang salib dingin" yang dilancarkan oleh pihak kristian pada akhir abad 20 ini, demi untuk mencapai program penginjilan mereka pada akhir tahun 2000.
2. Bahawa pihak kristian masih memperingatkan dirinya tentang kemenangan mereka dan kekalahan muslimin pada zaman tengah. Kesedaran sejarah yang sedimikian memberi mereka satu sikap untuk menjayakan program pengkristianan antarabangsa itu.
3. Mereka akan menggunakan kaedah di'ayah secara senyap, dan penginjilan tidak ketara, dan itu adalah lebih berbahaya dilihat dari segi kepentingan Islam.
4. Umat Islam perlu bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan yang membimbangkan ini. Antara langkah yang perlu diambil ialah seperti memerhatikan kalau-kalau ada orang-orang Islam yang sudah terkena pengaruh kristian, atau sedang dalam proses demikian, dan kalau ada hendaklah diadakan proses pemulihan, sebab bahayanya adalah terlalu berat, lebih daripada dadah.
Perlu juga masyarakat Islam disiap sedia dari segi fahaman dan pegangan serta kedudukan dalam masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan di'ayah yang mungkin timbul dalam masyarakat.

Timbul keperluan untuk menggerakkan semua tenaga yang ada seperti ahli-ahli jawatankuasa masjid dalam negara, ahli-ahli masyarakat dan pemimpin-pemimpin agama supaya bersedia menangkis serangan yang mungkin timbul. Apa lagi agensi-agensi seperti Pusat Islam dan jabatan-jabatan Agama serta Majlis Agama Islam. Masyarakat Islam perlu menjadi "mata telinga" Islam supaya gerakan yang hendak meruntuh Islam ini dapat ditangkis.

Sudah tentu langkah demikian ini memerlukan kerjasama semua pihak, mulai dari pusat Islam sampailah kepada jabatan-jabatan, institusi-institusi pengajian dan sebagainya, termasuk orang-orang perseorangan, supaya gerakan seperti ini digagalkan dalam kalangan masyarakat Islam.

Kerjasama ini sebenarnya perlu diwujudkan pada semua peringkat, dari peringkat antarabangsa sampai kepada peringkat yang sehabis rendah dikampung-kampung. Dan perlulah umat Islam membebaskan dirinya daripada menjadi terkongkong dengan pengaruh barat dan budaya maklumat mereka, dan hendaklah mereka mencapai keperibadian sebagai satu umat yang membawa risalah dari tuhan. Dan kesedaran tentang ini perlu dipupuk dengan media masa yang terpandu oleh cita-cita dan nilai-nilai Islam.

Inilah antaranya cabaran-cabaran masa kini yang dihadapi oleh umat Islam, dan antara cara-cara menghadapinya. Sudah tentu Allah lah yang menentukan segala-galanya.

Dan kita percaya bahawa pada akhirnya Islam akan mencapai kemenangan. Hanya umat Islam perlu mempersiapkan diri mereka dan melakukannya dengan gigih.


<span>والله أعلم</span>

dipetik daripada
http://www.epondok.com.my/

Empat Azab Allah Ke atas Penzina Di Dunia

Empat Azab Allah Ke atas Penzina Di Dunia


ZINA adalah perbuatan sangat keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar. 

Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32). 

Rasulullah saw, ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina. 

Banyak lagi hadis lain yang menerangkan bagaimana buruk keadaan orang yang berzina itu. 

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya. 

Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit. 

Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. 

“Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2) 

Thabrany 'an Ibni Abbas meriwayatkan, daripada hadis Rasulullah saw, Baginda bersabda, yang bermaksud, “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.” 

Menurut satu riwayat, Rasulullah bersabda: “Takutlah kamu berbuat zina, kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan diberi enam macam bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya dan sewaktu dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan terhadap dirinya.” 

Satu riwayat lain menyatakan, bagaimana ketika Israk dan Mikraj, Rasulullah diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk. 

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah diberitahu oleh Jibril bahawa mereka adalah tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. 

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah terlalu busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka ini, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan. 

Dalam satu hadis Baginda, Rasulullah, menjelaskan: “Dicucuk kepala kamu dengan jarum daripada besi adalah lebih baik daripada menyentuh kulit perempuan yang tidak halal baginya.” 

Begitulah antara amaran Nabi supaya seseorang lelaki itu tidak sekali-kali mendekati perempuan yang bukan mahrim, dan sebaliknya. 

Malahan, seseorang lelaki juga diberi amaran tidak sekali-kali cuba bersalaman dengan wanita yang halal dinikahi. Perbuatan ini biasanya berlaku secara spontan ketika seseorang lelaki dan wanita itu mula berkenalan atau berlaku dalam keadaan disengajakan ketika kedua-duanya bermaaf-maafan pada hari raya. 

Nabi bersabda, yang bermaksud: “Barang siapa berjabat tangan (bersalaman) dengan seorang perempuan yang haram, maka kelak pada hari akhirat, dia dirantai dengan rantai api neraka.” 

Jika bersalaman antara lelaki dan perempuan yang halal bernikah begitu dilarang, apa lagi jika kedua-duanya bercium? Allah memberi amaran bahawa kedua-duanya, pada hari akhirat kelak, akan digunting kedua-dua bibirnya dengan gunting api neraka. 

Namun begitu, sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Walau sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika ia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya. 

Allah berfirman, yang bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53). 

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56). 

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali .

Azab meninggalkan sembahyang 5 waktu

Azab meninggalkan sembahyang 5 waktu


Susunan Hashim Ahmad


KITA diwajibkan Allah s.w.t untuk mendirikan solat dengan tujuanmengingati-Nya. Dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri dan selalu mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku” (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 7).

Berdasarkan ayat di atas, adalah menjadi kewajipan kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Menunaikan solat lima waktu dalam sehari semalam boleh dianggap tanda pengabdian kita kepada Allah Al-Khalik.
Ibnul Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: “Manusia yang mengerjakan solat terbahagi kepada lima golongan iaitu:
i. Golongan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan lalai iaitu orang yang tidak menyempurnakan wuduknya, waktu pelaksanaan solatnya, batasan dan rukun.

ii. Orang yang menjaga waktu, batasan dan rukun solat serta menyempurnakan wuduk secara umum, namun semua itu tidak memberi makna apa-apa dalam jiwanya sebab dia dipengaruhi gangguan sehingga dia mengenepikan segala gangguan dan fikiran itu.
iii. Orang yang selalu menjaga batasan dan rukun solat. Dia berusaha di dalam dirinya untuk menolak segala gangguan dan godaan. Dia bersungguh-sungguh melawan musuhnya supaya tidak mencuri solatnya. Dia pun selalu solat dengan melawan godaan itu.

iv. Seseorang yang selalu melaksanakan solat dengan memulakan semua hak, rukun dan batasan solat. Seluruh hatinya tertumpu untuk selalu menjaga batasan dan hak dalam solat supaya tidak ada satu bahagian pun yang disia-siakan, bahkan seluruh tumpuannya hanya untuk menegakkan solat, menyempurnakan dan melengkapinya. Seluruh hatinya hanya untuk solat dan beribadah kepada Tuhan al-Rabb s.w.t.

v. Orang yang melaksanakan solat seperti golongan keempat. Namun, di samping itu, dia mengambil dan meletakkan hatinya di hadapan Rabb Azza wa Jalla yang selalu melihat hati dan mengawasinya, seakan-akan dia melihat dan menyaksikan- Nya. Sesungguhnya, godaan dan bahaya sudah surut daripadanya sementara kecintaan terhadap Tuhannya semakin meningkat.
Inilah perbezaan antara dirinya dengan orang yang lalai, seperti perbezaan antara langit dan bumi.
Inilah orang yang telah ‘ditakluki’ oleh solat untuk Rabbnya.
Sesungguhnya, golongan pertama akan mendapat seksa, golongan kedua akan dihisab, golongan ketiga mendapat keampunan, golongan keempat mendapat pahala dan golongan kelima didekatkan Allah s.w.t.
Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di bumi-Nya.
Ini bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan- Nya di dunia ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam puluh tahun (waktu akhirat) dalam neraka.
Perlu kita ingat, azab paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita hanya dapat bayangkan bagaimana air mendidih.

Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan Kaabah. Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah.
Meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang Islam. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Sesiapa yang memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi”. (Surah Al-Munaafiquun: Ayat 9)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud: “Allah tiada akan memberi tempoh kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Munaafiqun: Ayat 11).

Taubat

Syarat-syarat taubat

Bagi diterimanya taubat, mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
Pertama: meninggalkan ma'siat dengan segera.
Kedua: niat atau azam untuk meninggalkannya atau untuk tidak mengulangi atau kembali kepadanya pada masa akan datang.
Ketiga: menyesali dalam hati ke atas perbuatannya pada masa lampau.
Keempat: penyesalannya itu disebabkan perasaan malu atau takut kepada Allah SWT, bukan kerana yang lain.
Kelima: mengembalikan setiap yang diambilnya secara zalim, atau meminta kemaafan daripada orang yang dizalimi atau disakitinya.
Ada juga yang mensyaratkan berterusannya penyesalan tersebut.
Daripada syarat-syarat tersebut, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa:
Seorang tua yang menyatakan bertaubat daripada perbuatan-perbuatan ma'siat, tetapi ketika ditanya mengapa ia membiarkan anaknya melakukan perbuatan tersebut, ia menjawab bahawa anaknya masih muda, dan bila ia sudah tua seperti saya, insya Allah, ia akan bertaubat juga.

Orang seperti ini sebenarnya belum bertaubat, kerana daripada jawabannya tersebut, kita memahami bahawa seandai ia dikembalikan ke usia muda, maka ia akan melakukannya kembali. Begitu juga daripada jawabannya tersebut, kita juga memahami bahawa pada dirinya tidak ada penyesalan terhadap perbuatan dosa yang telah dilakukannya dahulu.
Begitu juga pernyataan taubat daripada seseorang ke atas sebarang perbuatan ma'siat yang telah dilakukanya, tetapi dalam masa yang sama ia merasa bangga bahawa dahulu ia telah melakukannya.
Seperti orang yang berkata dengan perasaan bangga. Aku dahulu jahat, aku sering minum khamar(arak), segala jenis khamar aku telah merasakannya, sering berzina dengan pelancur berbagai bangsa, dan sebagainya, tetapi sekarang aku telah bertaubat. Jika benar ia telah bertaubat, tentunya ia akan membenci perbuatan-perbuatan tersebut, merasa malu dan tidak akan mengatakannya kepada orang lain, yang dengannya tidak akan mengatakannya kepada orang lain, yang dengannya bererti ia telah menzahirkannya, iaitu suatu perbuatan yang jelas dilarang oleh Allah SWT.

Jenis-jenis taubat

Al-Tahanui, di dalam kitabnya telah menjelaskan jenis-jenis taubat sebagai berikut:
Di kalangan ulama ada yang mengatakan bahawa taubat ada dua jenis, iaitu:
Pertama: Taubat al-inabah, iaitu bahawa anda bertaubat kerana takut kepada Allah disebabkan kuasaNya ke atas diri anda.
Kedua: Taubat al-istijabah, iaitu bahawa anda bertaubat kerana perasaan malu kepada Allah disebabkan dekatNya kepada diri anda.
Abu Daqqaq berkata, Taubat terbahagi kepada tiga bahagian: pertama al-taubah, kedua Al-inabah, dan ketiga al-awbah.
Orang yang bertaubat kerana takutkan seksaan, maka ia disebut sahib al-taubah. Orang yang bertaubat kerana tamakkan pahala atau ganjaran, maka ia disebut sahib al-inabah. Dan orang yang bertaubat kerana semata-mata meraikan perintah Allah SWT tanpa perasaan takut seksaan atau tamakkan pahala atau ganjaran, maka ia disebut sahib al-awbah.
Dzu al-Nun al Misri pula berkata: Taubatnya orang awam adalah daripada dosa; taubatnya golongan khawas adalah daripada kecuaian atau kelalaian, yang oleh mereka dianggap sebagai dosa besar; dan taubatnya para nabi pula adalah daripada melihat kelemahan mereka untuk mencapai apa yang boleh dicapai oleh orang lain.

Ada juga yang mengatakan bahawa taubat merupakan sifat kebanyakan orang-orang yang beriman, sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Nur:31:

"Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, mudah-mudahan kamu beruntung".
Inabah merupakan sifat para Wali dan Muqarrabiin, sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Qaaf: 33: "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk ta'at".
Awbah pula merupakan sifat para nabi dan rasul, sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Saad 44:
"Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayyub itu seorang yang sabar. Ia adalah sebaik-baik hamba, sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali(kepada Kami dengan ibadatnya)".

Peringkat orang-orang yang bertaubat

Mengikut pandangan Imam Ghazali, jika dilihat kepada dawam atau berterusannya taubat, orang-orang yang bertaubat itu terbahagi kepada empat peringkat:

Peringkat pertama: Orang yang bertaubat dan istiqamah dalam taubatnya hingga ke akhir hayatnya. Ia berusaha menebus segala dosanya, mencapai semua yang terluput daripadanya dan tidak kembali melakukan perbuatan-perbuatan dosa, melainkan dosa-dosa kecil yang biasanya tidak terlepas manusia daripadanya, melainkan nabi atau rasul.
Inilah yang disebut al-tawbah al-nasuh, dan jiwa orangnya layak disebut sebagai al-nafs al-mutma'innah(jiwa yang tenang), yang insya Allah, akan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan redha dan diredhai.
Peringkat kedua: Orang yang bertaubat dan istiqamah dalam ketaatan dan meninggalkan dosa-dosa besar keseluruhannya, tetapi tidak terlepas daripada dosa-dosa yang tidak disengaja, yang merupakan ujian dalam perjalanan hidupnya tanpa sebarang keazaman untuk melakukannya.

Setiap kali ia melakukan dosa ia mencela dirinya dan menyesalinya serta memperbaharui keazaman untuk menjauhi segala sebab-sebabnya. Jiwa orangnya layak disebut sebagai al-nafs al-lawwamah(jiwa yang banyak mencela dirinya).
Peringkat ini, meskipun lebih rendah daripada peringkat pertama, tetapi termasuk peringkat yang tinggi juga, dan ia merupakan kebanyakan keadaan orang-orang yang bertaubat. Kesudahan usahanya ialah memenangkan kebaikannya ke atas keburukannya.
Sehingga menjadi beratlah timbangan kebaikan atau hasanatnya. Kepada mereka Allah SWT telah memberikan janji yang baik dengan firmanNya di dalam surah Al-Najm:32:

"Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil(yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dima'afkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya".

Begitu juga Allah telah memuji mereka di dalam firmanNya di dalam surah Ali Imran:135:
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)".
Peringkat ketiga: Orang yang bertaubat dan istiqamah beberapa masa, kemudian ia dikalahkan oleh syawatnya sehingga dengan sengaja ia melakukan perbuatan dosa kerana kelemahannya dalam menghadapi syahwatnya tersebut.
Tetapi, meskipun demikian, ia masih taat dan berusaha menghindari 'dosa-dosa lain, walaupun ada keinginan dan kemampuan untuk melakukannya. Selepas melakukan dosa, ia menyesali dan berharap alangkah baiknya kalau ia tidak melakukannya. Ia berazam untuk bertaubat dan berusaha melawan syahwatnya, tetapi nafsunya terus menggoda atau memujuknya, sehingga berkali-kali dari sehari ke sehari, ia menunda taubatnya.

Keadaan orang yang seperti ini termasuk ke dalam golongan yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Tawbah: 102:
"Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur-adukkan amal yang baik dengan amal lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".
Orang-orang seperti ini mempunyai harapan diterima taubatnya, tetapi perbuatan menunda-nunda taubat adalah sangat berbahaya, kerana mungkin ia didatangi maut sebelum sempat bertaubat, maka buruklah akibatnya. Na'udzu BiLlahi Min Dzalika.
Peringkat Keempat: Orang yang bertaubat dan istiqamah untuk beberapa lama, tetapi kemudian kembali kepada melakukan perbuatan-perbuatan ma'siat tanpa adanya bisikan dalam hatinya untuk bertaubat dan tanpa ada perasaan menyesali perbuatannya tersebut. Bahkan ia bergelimang di dalamnya seperti bergelimangnya orang yang lalai dalam mengikuti syahwatnya.
Orang seperti ini dikhuatirkan ke atasnya kesudahan yang buruk. Masalahnya kembali kepada kehendak Allah SWT. Jika Allah SWT menyudahi hayatnya dengan keburukan, maka ia akan menderita kesengsaraan yang tidak berkesudahan di akhirat.
Jika Allah SWT menyudahi hayatnya dengan kebaikan sehingga ia mati dalam tauhid, maka ia akan menanti kebebasan daripada seksaan neraka walaupun selepas beberapa masa.

Menuntut keampunan dengan amal-amal ketaatan adalah seperti menuntut ilmu dengan kesungguhan dan mengulang-kaji atau seperti menuntut harta dengan berniaga dan merantau. Adapun menuntutnya dengan sekadar harapan tanpa sebarang amal usaha adalah seperti mencari harta karun di tanah gersang, atau seperti menuntut ilmu dari pengajaran malaikat.
Di dalam surah Al-Najm: 39-41, Allah SWT berfirman:

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya, dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan(kepadanya, pada hari kiamat kelak); kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna". - mks. _

susunan: Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun

Manfaat Hidup Sebagai Ibadah

Manfaat Hidup Sebagai Ibadah

Percayakah anda bahawa perkara yang biasa kita lakukan setiap hari seperti makan minum dan masuk tandas adalah dikira beribadah kepada Allah dan mendapat pahala? Inilah keistimewaan agama Islam, kerana ruang ibadah amat luas sekali. Ianya merangkumi setiap amalan kehidupan manusia. Faham Ibadah dalam agama Islam berlainan sama sekali dengan amalan kepercayaan dan agama lain.
Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia, ianya juga bukan terbatas kepada tempat-tempat atau masa tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu atau dewa-dewa yang dipilih yang tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima.

Allah telah menciptakan manusia dengan matlamat tertentu. Ia telah dinyatakan dalam surah al-Zariyat ayat 56 di mana ayat ini menjelaskan matlamat penciptaan manusia iaitu beribadah kepada Allah. Ibadah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain. Menurut istilah syarak ia bermaksud taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah (swt) mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat.
Ibadah terbahagi kepada dua iaitu: i) Ibadah khusus : adalah merupakan sekumpulan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam dan rukun Iman seperti sembahyang, puasa, zakat, haji.ii)Ibadah umum iaitu semua amalan dalam kehidupan seharian diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Setiap apa yang dilakukan samada yang bersangkutan dengan individu mahupun masyarakat boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah jika memenuhi syarat-syarat tertentu. Ibadah bukan hanya merupakan solat, puasa, zakat dan ibadat haji semata-mata. Tetapi ibadah merangkumi segenap pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari meskipun dia tidak duduk di masjid-masjid atau surau ketika membuat kerja-kerja itu. Semuanya dikira ibadah kepada Allah apabila mencukupi dua syarat yakni pertama, niat kerana Allah dan syarat yang kedua, cara melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.

Selagi kita melaksanakan apa sahaja kerja dengan niat kerana Allah yang tidak haram menurut pandangan alam Islam, selagi itulah kerja-kerja kita dinamakan ibadah. Kerja-kerja tersebut akan dijadikan alat untuk menyempurnakan taat kita kepada Allah dan akan memudahkan kita menjadi khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu, jika kita makan minum agar kita bertenaga untuk taat kepada Allah dan beribadat kepadaNya, maka makan dan minum kita berubah menjadi ibadah dan mendapat pahala. Mencari rezeki pun menjadi ibadah kepada Allah, kita mencari rezeki yang halal untuk menegakkan hidup kita dan memenuhi segala keperluan keluarga, juga menjadi ibadah kepada Allah.
Demikian juga jika seseorang itu bernikah untuk memelihara dirinya dari maksiat juga akan menjadi ibadah kepada Allah. Perkahwinan serta kesusahan mendidik anak cucu, semuanya itu berubah menjadi ibadah kepada Allah. Bersenam untuk menguatkan jasmani dan memelihara kesihatan supaya mampu dan kuat melakukan ibadah khusus juga merupakan ibadah. Dunia menjadi mihrab, menjadi tempat beribadah kepada Allah, ianya adalah mihrab yang besar, yang padanya kita melaksanakan amal dan usaha dengan kemuliaan niat sebenar kerana Allah.

Syarat yang kedua, yakni segala usaha dan amal yang kita kerjakan itu mestilah sesuai dengan syariat Allah dan ajaran Islam. Jadi makan dan minum mestilah yang halal, berpakaian selari kehendak syarak dan seumpamanya, semuanya dikira ibadah kepada Allah. Namun, jika amalan-amalan yang diharuskan oleh syarak tersebut tanpa diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah maka ia tidak menjadi ibadah malah menjadi satu adat kebiasaan sahaja dan tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala
Masih wujud kekeliruan dan salah faham berkenaan ibadah dalam masyarakat. Ada yang menganggap ibadah itu tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja; terdapat juga mereka yang beranggapan ibadah itu hanya terkongkong di tempat-tempat tertentu sahaja dan tidak kurang juga yang berpendapat ruang ibadah itu adalah jauh sekali malah tidak ada sama sekali kaitannya dengan urusan masyarakat.

Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja seseorang itu berada, perhubungan langsung dengan Allah dapat dilaksanakan. Agama Islam menganggap seluruh bumi kecuali tempat-tempat yang najis dan kotor sebagai masjid. Hal ini dapat dilihat dalam amalan Rasulullah SAW sendiri di mana beliau bersembahyang di tengah-tengah padang pasir dan juga semasa berjalan jauh.
Perlu diingat bahawa tidak mencukupi dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum, juga tidak harus ibadah umum melalaikan kita dari ibadah khusus. Harus juga difahami bahawa ibadah yang dilakukan oleh manusia adalah untuk manusia itu sendiri. Ramai yang keliru dengan menganggap ibadah adalah bagi Allah. Allah tidak memerlukan ibadah kita tetapi kita beribadah demi kepentingan dan kebahagiaan diri kita di dunia dan akhirat. Ibadah yang kita lakukan tidak pernah menambah ataupun mengurangkan kehebatan Allah. Ia adalah untuk diri kita sepenuhnya.

Allah sahaja yang berhak menilai siapa yang terbaik ibadahnya. Kedua-dua ibadah khusus dan umum yang disebutkan tadi melengkapkan pergertian ibadah yang sebenar di dalam agama Islam dan menunjukkan bahawa ianya adalah agama yang syumul. Tiada tempat untuk faham-faham yang mengasingkan ibadah dalam kehidupan dan menentukan tempat, waktu dan suasana untuk beribadah. Semoga kita dapat menjadikan seluruh kehidupan yang singkat ini sebagai ibadah yang berpanjangan.

10 sifat mazmumah (tercela)

10 sifat mazmumah (tercela)

 1. BANYAK MAKAN.
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada ibdadah dan zikrullah.

2. BANYAK BERCAKAP.
Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.

3. PEMARAH.
Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.

4. HASAD.
Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan.

5. BAKHIL.
Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.

6. HUBBUL-JAH.
Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan lantaran mengejar pangkat.

7. HUBBUDDUNIA.
Gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada ALLAH.

8. TAKABBUR.
Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.

9. BANGGA DIRI.
Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.

10. RIAK.
Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain. Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia saja.

Kiamat

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

|