Selasa, 4 Jun 2013

Tanda kita bersyukur ialah redha dengan musibah dan ujian Allah

Kita sebagai hamba Allah perlu redha dengan qada dan qadar yang berlaku keatas dirinya. Seorang mukmin yang beriman dan bertakwa perlu redha dengan ketentuan takdir daripada Allah SWT. 
Di balik penyakit yang di alaminya pasti ada hikmah yang ada di sisi Allah SWT yang mana kita sendiri tidak mengetahuinya. Jika dia bersabar ganjaran pahala besar menantinya , dihapuskan dosa-dosa dia yang telah lalu dan ditingkatkan satu darjat kedudukannya di sisi Allah SWT.

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dilanda musibah. Mereka tidak cepat berputus asas, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah SWT selepas segala usaha dan ikhtiar untuk berubat telah dilakukannya.

Mereka yang mendapat petunjuk adalah mereka yang sentiasa berlapang dada untuk dengan penyakit yang alami tanpa kecewa dan putus asa.

Allah SWT berfirman :
 "Katakanlah :'Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang." (Surah az-Zumar ayat 53)

Hadis dari Jabir bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi  seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).

Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang redha dengan musibah itu maka baginya keredhaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak redha) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Bersabar dengan maki hamun tanda orang mukmin


Peribadi seorang mukmin dia tidak akan membalas kejahatan dengan kejahatan, maki hamun dengan maki hamun tetapi dia tetap bersabar dan tidak meluahkan perasaan marahnya tanpa kawalan.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Dalam satu hadis Nabi SAW melarang seseorang yang membalas maki hamun dengan makin hamun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bertakwalah kepada Allah dan jangan sedikit pun memandang kecil kepada kerja kebajikan walaupun sekadar mencurahkan air dari timba ke dalam bekas orang yang meminta air dan menemui saudara dengan muka yang riang. Jauhilah melabuh-labuhkan pakaian kerana melabuhkan pakaian itu dari sifat takbur, satu sifat yang tidak disukai Allah. Andainya ada orang yang memaki dan mencaci dengan sifat yang tidak ada pada kita,maka janganlah mencacinya dengan sifat yang ada padanya, biarlah ia yang menanggung padah dan kita mendapat pahalanya dan janganlah memaki seorang yang lain. (Hadis Riwayat At Tayalisi dari Jabir bin Sulaiman).

Perlu diingat bahawa ucapan negatif yang lahir daripada mulut seseorang sebenarnya ucapan negatif tersebut akan kembali balik kepada orang yang mengucapkannya.

Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang maksudnya :”Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” ( Muttafaq 'alaih).

Hakikat Kembali Kepada Allah

Sesungguhnya kehidupan berTuhan itu amat indah dan bahagia. Namun, masih ramai yang gagal menemui erti yang jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan kehidupan Rabbani, sehingga ada yang tersesat dalam memilih Tuhan yang Esa sebagai sembahan mutlak. Ada yang mengambil Tuhan hanya dalam beberapa aspek kehidupan sahaja dan yang lebih buruk lagi, hanya kembali kepada Tuhan di saat kesusahan atau semasa berhajat kepada sesuatu. Semua kesilapan dan kesesatan ini merupakan punca dunia hari ini semakin merosot nilai dan kualiti kebahagiaan dan keselamatannya.

Dalam hidup berTuhan, Allah SWT adalah Tuhan yang sebenarnya perlu diikhtiraf sebagai satu-satunya Ilah atau sembahan, dan tiada yang lain selainnya. Allah SWT kemudiannya perlu dikenali dan dijadikan 'qasdul hayah' atau matlamat kehidupan. Setiap gerak geri kita mesti untuk pengabdian kepada Allah SWT semata-mata. Hati juga perlu mencintai Allah SWT disamping ketundukan dan kepatuhan secara total.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada RasulNya dan kepada Ulil Amri diantara kamu. Maka sekiranya kamu berbantah bantahan di satu perkara, hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan RasulNya, jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu sebaik baik dan sebagus bagus takwil.
(Surah An-Nisa ayat 59)

Dalam ayat di atas jelas, bahwa taat kepada pemerintah disyaratkan bahawa pemerintah itu hendaknya dari golongan kita (orang orang yang beriman) dan orang yang mahu kembali kepada Kitabullah dan sunah Rasulullah ketika terjadi perselisihan pendapat. Dalam sebuah hadis disebutkan ,

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak boleh taat kepada makhluk dalam hal durhaka kepada Allah” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

“ Sesungguhnya taat itu hanya dalam hal makruf “ (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah falsafah Tauhid yang perlu dijadikan pegangan setiap manusia. Kehidupan yang diwarnai dengan sinar Tauhid akan sentiasa membahagiakan insan. Ia juga akan menjadikan semua masaalah hidup boleh dihadapi dengan jiwa yang tenang, besar dan positif. Tauhid juga membawa manusia kepada keselamatan, kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Kegagalan untuk kembali kepada Tuhan dalam aspek kehidupan dan membawa manusia kepada kesesatan yang membinasakan hidup. Bukan sahaja hidup sengsara di akhirat, malah kebahagiaan tidak akan dapat dikecapi di dunia ini lagi. Kehidupan yang menyisihkan Tuhan akan menjadikan manusia seperti binatang buas yang sentiasa mencari kepuasan hawa nafsu.

Marilah kita menjalani kehidupan ini dengan mencintai Allah SWT. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai petunjuk kerana inilah sahaja cara hidup yang diiktiraf oleh Tuhan yang menciptakan insan dan seluruh makhluk, termasuk kehidupan itu sendiri.

Renungkanlah hadis Nabi SAW. yang bermaksud : "Barangsiapa yang menyeru manusia kepada hidayah, dia mempunyai pahala seperti pahala yang dicapai oleh orang yang menyahut seruannya tanpa mengurangi pahala mereka yang menyahut seruannya, semakin banyak orang yang mengikuti seruannya semakin berlipat ganda pahala yang diperolehi." (Hadis Riwayat Muslim)
Susunan Cik Puan Ayu Blogz yang dipetik dari artikel

Koleksi Rahsia 1 - 7 : Ada Rahsia di Sebalik Rahsia

Rahsia 1

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak  “Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Rahsia 2
Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? 
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makannasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. 

Rahsia 3
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. 

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut doktor dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.

Rahsia4
Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Rahsia 5
Membaca Bismillah (Bismillahirrahmanirrahim). Membaca Bismilah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah SWT. Apabila Bismilah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Rahsia 6
Cara Rasulullah minum. 
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Karbon Dioksida, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi berasid. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum yang betul ialah baca Bismilah, duduk, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. 


Rahsia 7
Ka’bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Susuann: Cik Puan Ayu Blogz
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Jaga lah Mulut dan Mata Kita.

 Jaga lah Mulut dan Mata Kita.

1. Cara pertama untuk menjaga mulut perlu biasakan bercakap perkara yg berfaedah dan diam bila tidak perlu bercakap.Diam dengan berzikir dan melihat kebesaran Allah lebih baik dan berfaedah dari memperkata tentang sesuatu yang lagha, sia-sia, mengumpat, menyebarkan aib dan keburukan seseorang malah lebih berat lagi menyampaikan fitnah... 

2.  Jika mulut tidak dikawal dgn perkara berfaedah. Ini kerana sebab mulutlah banyak orang menambahkan saham untuk dimasukkan  ke dalam neraka seperti diriwayatkan dalam hadis dan kisah-kisah Nabi

3. Menjaga mata daripada yg haram seperti mengekori aurat wanita, menonton atau melihat video lucah dan seronok melihat perkara maksiat.

 4. Suatu kali salah seorang sahabat Sufyan al-Tsaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!" 

Baginda menjawab: "Katakanlah, 'Rabbku adalah Allah', lalu istiqamahlah". 
Aku berkata: "Wahai Rasulullah, apakah yang paling tuan khawatirkan atasku?"
Baginda memegang lidah baginda sendiri, lalu bersabda: “Ini." 
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah). 

5. Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah an-Nuur ayat 30)

6. Wahai kawan-kawan dan pembaca sekelian, ingatlah, Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa kita jika membabitkan dosa kita pada manusia terutama bab-bab mengumpat, menceritakan aib, menyakiti hati orang lain dan menyebarkan fitnah. Dosa kita pada Allah kita boleh minta ampun direct pada Allah dengan solat taubat nasuha, namun dosa sesama manusia dengan meminta maaf dengan org yang kita aniaya itu. Jika dia tidak maafkan dan redha bagaimanakah nasib kita kelak? 

Diam itu lebih baik. Bersabarlah pada siapa yang diumpat itu, jangan membalas dan berdoalah banyak-banyak pd Allah SWT. Nanti Malaikat lah yang akan membalas kata-kata mereka dan membalikkan semula ke muka mereka. Allah akan simpan pahala dan menaikkan martabat kita kerana bersabar. bersyukurlah degan ujian dan dugaan Allah kerana ini adalah satu rahmat dan Allah ingin mengampunkan dosa kita serta menyimpannya saham baik kita untuk diberikan di akhirat. Amin40x