Sabtu, 13 November 2010

Hujan Meteor Perseids, 12-13hb Ogos 2010.. Owhh memang cantik

Mengikut data oleh International Meteor Organization, waktu kemuncak peristiwa Perseids akan berlaku pada 01.30 pagi waktu Malaysia, 13hb Ogos 09 (05.30pm pada 12hb waktu antarabangsa, UT). Ianya dijangka bertahan sehingga pukul 04.00 pagi (08.00pm UT, 12hb Ogos 09). Namun jangan lupa bahawa peristiwa ini boleh dilihat sepanjang malam bermula selepas Isyak 12hb sehinggalah ke waktu Subuh. Sekitar waktu puncak, dijangkakan kita boleh mencerap sekitar 10 dan boleh mencapai sehingga 100 tahi bintang dalam masa satu jam.

Gambar 1 :  menunjukkan kedudukan buruj Perseus pada jam 2.00 pagi di langit timur. Kredit imej : Roen Kelly dari majalah Astronomy

Radian peristiwa Perseids, iaitu Perseus hanya mula naik dari ufuk timur sekitar pukul 01.00 pagi. Namun sedikit malang ketika itu kerana bulan sedang pada fasa suku akhir dan sudah berada di atas kepala. Cahaya bulan yang ada pasti akan menenggelamkan jaluran cahaya tahi bintang yang malap. Oleh itu saya menjangkakan jika paling bertuah pun kita akan dapat melihat sekitar 10 tahi bintang per jam. Keadaan langit juga memainkan peranan. Berdoalah pada malam tersebut langit adalah bebas dari awan.


Cara untuk mencerap peristiwa ini ialah selepas pukul 1 pagi anda perlu memandang sedikit rendah ke arah timur dan kemudian apabila buruj Perseus semakin meninggi, anda bolehlah memandang di sekitar buruj Perseus. Dicadangkan di sini anda memulakan pencerapan pada jam 2 pagi sehinggalah ke subuh. Namun anda sebenarnya boleh menghayatinya sepanjang malam.

Anda boleh mengikuti peristiwa ini sendirian di rumah kerana ianya tidak memerlukan sebarang alatan optik untuk mencerapnya. Cukup dengan mata kasar anda dan juga kawasan cerapan yang selamat, selesa dan terselindung dari gangguan cahaya lampu. Juga tidak perlu dibimbangkan mengenai kemungkinan batuan angkasa tersebut akan jatuh menimpa anda kerana setakat ini tidak pernah dilaporkan bahawa ada manusia yang mati atau tercedera ditimpa oleh tahi bintang.

Apa yang anda perlu buat untuk menghayati fenomena 'bunga api' semula jadi ini ialah dengan berbaring di atas tikar atau di kerusi malas untuk keselesaan dan memandang ke arah radian peristiwa ini iaitu buruj Perseus (rajah 2) secara terus.
Jika anda terlepas tarikh ini, masih boleh mengikuti bakinya sehingga ke 24 Ogos 2008 Peristiwa ini mulai aktif pada 17 Julai dan mencapai kemuncak sekitar 13 dan 14 Ogos setiap tahun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan