Ya Allah kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana telah engkau perintahkan.
1. Menjunjung perintah Allah Subhanahuwata'ala.
2 Allah juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
3. Malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
4. Dikurniakan sepuluh rahmat oleh Allah bagi setiap selawat.
5. Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
6. Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.
7. Dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
8. Doanya akan diangkat dan dimakbulkan kerana selawat adalah penyebab doa diterima.
9. Mendapat syafa'at atau pertolongan dari Nabi Muhammad s.a.w di akhirat nanti.
10. Diampunkan dosa.
11. Menyelesaikan masalah dan menghilangkan dukacita.
12. Membolehkan kita bertemu dan dekat dengan Nabi Muhammad s.a.w. di hari akhirat.
13. Boleh menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Mendapat doa dari malaikat dan mendapat rahmat dari Allah.
16. Membersihkan hati dan mensucikannya.
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia adalah ahli syurga.
18. Terlepas daripada huru-hara pada hari Kiamat.
19. Mendapat doa dan salam dari Nabi Muhammad s.a.w.
20. Mengingatkan perkara yang lupa.
21. Mengharumkan sesuatu majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan dan kepapaan.
23. Tidak termasuk dalam golongan orang yang bakhil dan kedekut.
24. Terlepas daripada kutukan Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa, Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi dia tidak berselawat.
25. Menyenangkan dan mempermudahkan untuk masuk ke syurga.
26. Menjauhkan sesuatu majlis menjadi busuk.
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah.
28. Mendapat Nur ketika melintasi titian Sirat.
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar.
30. Mendapat pujian Allah di sisi para Malaikat.
31.Diberkati umur dan pekerjaannya.
32. Mendapat rahmat Allah dan sentiasa dikasihi Allah.
33. Menambah mahabbah atau kecintaan pada Nabi Muhammad s.a.w.
34. Allah dan Rasulullah s.a.w akan bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hidayah serta hatinya menjadi hidup dan tenang.
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Rasulullah s.a.w.
37. Menetapkan kaki kita sewaktu melintasi titian Siratulmustaqim.
38. Menunaikan hak Nabi s.a.w dan menjadi orang yang bersyukur kepada Allah.
39. Selawat adalah termasuk dari zikrullah mengingat Allah dan mengingat Rasulullah s.a.w.
40. Mendapat kemulian dari Allah di dunia dan akhirat.
*Diambil dari buku Mawlid Ad-Daiba'ie.
Rujukan kitab Jilaul Afham.
Susunan Ibnu Qoyyim Al jauzah ( Wafat pada tahun 751 H )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan