Sabtu, 8 Januari 2011

Islam Itu Mudah


Cuba kita renungkan masa kini ramai dikalangan ustaz-ustaz,ahli ulama serta orang-orang alim yang kuat beribadah menganggap ibadah itu mestilah dibawa kepada tahap yang tinggi setaraf dengan ibadah mereka..Mereka berkeinginan untuk masyarakat mendekati agama seperti mereka mendekati agama,walhal ramai dikalangan masyarakat kita masih kurang dalam pengetahuan agama dan mereka perlukan bimbingan secara berperingkat-peringkat dan bukannya drastik..

Sebagai contoh,seorang yang kemalangan yang mana tangan nya di simen, kemudian wujud perselisihan pendapat dikalangan ulama golongan agama yang menjadikan agama itu susah sehinggakan jikalau seseorang yang tangan nya disimen jikalau hendak menunaikan solat haruslah meratakan tangan yang bersimen itu dengan air sembahyang,kemudian bertayamum dan seterusnya melalui beberapa peringkat..Mengapa hal ini harus dijadikan susah,sedangkan orang yang sihat pun disuruh solat agak payah,inikan mereka yang kemalangan,beberapa anggota tubuh badan disimen dikenakan syarat untuk berwuduk sehinggakan mereka yang sakit ini susah untuk melaksanakan dan akhirnya mereka terus tidak solat..Hal ini sepatutnya dipermudahkan sebagai contoh jikalau tangan yang disimen tadi haruslah mengenakan air sembahyang ditempat yang tidak bersimen itu..Cuba kita renungkan,jikalau hendak bertayamun perlukan pasir yang bertapis, bagaimana badwi padang pasir hendak mencari penapis?Dimana-mana pasir yang kita tepuk,yang mengeluarkan debu,maka bolehlah kita bertayamum..Tetapi mengapa wujud golongan yang menjadikan agama ini susah yang mengatakan perlulah ditapis pasir itu,kalau tidak tapis,tidak boleh bertayamum,akhirnya langsung badwi padang pasir itu tidak solat..Berbalik pada kaki tangan yang disimen tadi,mana yang mampu dia boleh mengenakan air sembahyang,kenakan,man bahagian yang tidak boleh, boleh diabaikan, teruskan solat dan solat itu adalah sah..Tidak perlulah berwuduk,kemudian bertayamun kemudian ratakan bahagian bla bla bla seperti yang difardhu kan oleh golongan yang menjadikan agama ini sukar..

Seterusnya, jikalau kita hendak menyuruh orang supaya bersolat 5 waktu..Pada awal untuk melaksanakannya memanglah agak susah...Tetapi mengapakah kita mesti bersikap kasar untuk seseorang itu solat?Memang nabi mendidik agar menyuruh anak mu solat seawal umur 7 tahun dah jikalau dia tidak melakukannya,pukul lah bawah tapak kaki anak tersebut..Bagaimana pula jikalau seorang lelaki yang berumur 20 tahun?30 tahun??Adakah kita perlu merotan mereka??Disebabkan itulah terapkan nilai-nilai berunsur penarikan kearah islam dengan menjadikan nya mudah, diajak dengan penuh kebesaran jiwa dan bukanlah diajak dengan penuh ketegasan,hal ini mengelakkan daripada berlakunya keterpaksaan hinggakan sembahyang itu bukan kerana Allah..Seseorang itu solat kerana apa?Bukan kerana kewajipannya kepada Allah, Tetapi kerana takut pada orang yang menyuruhnya untuk solat? Renungkan, didalam psychology, manusia biasanya menerima sesuatu yang bersifat kelembutan serta kasih sayang serta kebesaran jiwa.. Cuba pada awalnya kita terapkan nikmatnya solat itu, pada awalnya lakukan seikhlas hati, ceritakan tentang nikmatnya pahala serta ganjaran yang diperolehi,lama kelamaan,diatas sebab kelembutan itu,orang itu terbuka hatinya untuk solat kerana Allah swt..

Saidina Umar sendiri mempunyai pembawakan feqah islam yang agak ketat sehinggakan ketika dia berwuduk membasuh muka sehinggakan mengenakan air pada celahan mata, malah wujud perselisihan pendapat bahawa wanita yang hendak mandi wajib hendaklah melepaskan sanggul dikepala.Dan apabila perkara itu sampai ke Ummu Salamah,dia menjadi marah kerana Umar menjadikannya semakin sukar walhal dia sendiri telah mandi dalam keadaan rambut bersimpul , tetapi rasulullah tidak pun menyuruh dia membuka sanggul itu.. Itu mengikut pegangan Umar sendiri, bagaimana pun dia tidak memfardhukannya kepada masyarakat..Masalah yang berlaku sekarang ini adalah apabila wujud golongan agama yang mempelajari sesuatu di pengajian pondok sehinggakan mereka mengangkat tok guru mereka ketahap maksum, dan apabila mereka ini keluar menyampaikan dakwah,apabila mereka merasakan sesuatu pendapat itu berbeza dengan tok guru mereka,maka mereka menolak bulat-bulat penekanan islam yang mudah itu..

Contoh seterusnya, ramai dikalangan kita pada masa kini terutama solat subuh menjadi bebanan sehinggakan menjadi ketakutan terutama pada anak muda kerana mereka tidak menghafal doa Qunut..Lantas bertemu pihak-pihak yang bijak agama,lalu mereka mengatakan,kalau tak tahu doa Qunut bagaimana hendak sembahyang subuh?Perlu membuat sujud sahwi..Mengapa pendekatan ini yang diterapkan sehinggakan anak muda tadi takut untuk solat subuh..Jadikan islam itu mudah,pada awalnya mungkin kita tidak tahu membaca doa Qunut,tetapi tiada masalah,solat sahaja seperti biasa,kemudian ambil inisiatif untuk menghafal doa Qunut itu..Lama kelamaan, individu itu akan menghafal doa qunut dan pada masa yang sama dia juga tidak ketinggalan solat-solat subuh yang sebelum ini ketika dia dalam kondisi tidak menghafal doa qunut sebelum ini..Ini lebih baik daripada mereka yang tidak menghafal doa qunut,lantas mengabaikannya sehinggakan ia menjadi kebiasaan...

Islam itu mudah, jangan jadikan ia rumit. Memang jika diukur melalui sudut shariah islam itu perlu dilaksanakan tanpa sebarang alasan..Tetapi ia lebih bersifat psychology serta pendekatan dalam islam itu harus dilaksanakan secara berperingkat agar golongan yang kurang pengetahuan tentang agama akan senang mendekatkan diri dengan agama...Percayalah ia lebih berkesan daripada kita mendidik agama itu dengan keras, serta menjadikan islam itu penuh dengan bebanan..Itu tak boleh,ini tak boleh.. Kita perlu ingat,tidak semua orang di Malaysia ini mempunyai pengetahuan agama yang setaraf dengan ulama, tidak semua masyarakat kita ini jiwa mereka sama..Pendekatan psychology dalam mengajak masyarakat untuk mendekatkan diri dengan islam adalah sangat penting...

Saya mempunyai ramai rakan-rakan yang kuat bersosial serta liar dalam pergaulan..Tetapi jangan terkejut jikalau saya katakan mereka ini semua masih mempunyai keinginan untuk mendekatkan diri dengan agama.. Punca mereka masih tidak mendekatkan diri kepada agama ini adalah disebabkan mereka merasakan bebanan serta agama itu terlalu rumit untuk difahami..Maka mereka membiarkan ia terus berlalu dan terus terpesong..Mereka sebenarnya tidak faham tentang islam itu sendiri akibat wujud golongan yang menjadikan agama itu dalam bentuk yang sukar...Sebagai contoh,minum arak 40 hari amalan tidak diterima,akhirnya mereka ini terus tidak mengamalkan apa-apa amalan kepada allah kerana pada fahaman mereka 40 hari tadi tidak diterima..Mengapa mereka tidak didik, 40 hari tidak diterima, tetapi kewajipan kita bersolat,berzikir pada Allah, segala amalan perlu dilakukan walaupun ia tidak diterima.Mengapa kita tidak dididik agar jikalau seseorang itu meminum arak, masih punya kesempatan bagi mereka untuk kembali serta melakukan amalan walapun 40 hari amalan tidak diterima, itu semua adalah kuasa ehsan Allah swt..Sedangkan seorang pelacur ketika zaman nabi memberi seekor anjing minum, wanita itu dijanjikan ganjaran syurga..Ehsan Allah swt kita tidak ketahui..Janganlah memfardhukan yang zahir sahaja sehinggakan yang belakang-belakangnya tidak kita ketahui..Ehsan Allah SWT tidak kita ketahui..Apabila kita melakukan kesilapan seperti meminum arak tadi,teruskan dengan perubahan positif seterusnya insyaAllah ehsan Allah terhadap kita...

 Kesimpulannya, bagi golongan-golongan yang berpengetahuan agama yang tinggi, janganlah selaraskan mereka yang kurang pengetahuan ini setaraf dengan golongan berpengetahuan agama..Mereka terlalu mentah dan perlukan tarikan terhadap agama,jadikan ia perubahan secara berperingkat dan bukannya secara drastik,maka insyaallah akan ramai masyarakat berminat mendekati agama dengan lebih mendalam...Sekian wassalam...

p/s : Islam itu mudah, tetapi tidak bermakna kita boleh mengambil mudah atas segala urusan agama..Didalam kemudahan itu lah kita mempelajarinya serta meningkatkan diri kita..InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan