Setiap Muslim dituntut berdoa (memohon) kpd Allah SWT dlm usaha utk mencapai dan mendptkan segala yg dihajati. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dlm firmanNya yang bermaksud, " Berdoalah kepada Aku, nescaya Aku perkenankan".
Hamba yg berdoa adalah hamba yg disukai oleh Allah SWT. Ini kerana semakin banyak doa dipohon oleh seorang hamba, semakin ingatlah ia kepada Allah. "Ingatlah kepada Allah, nescaya Allah juga mengingati kita"
Bagi memastikan ianya dilakukan dgn secara sempurna, bbrp adab dan peraturan berdoa telah dihimpunkan oleh para ulama. Antaranya:
1. Mengadap kiblat (lebih afdal)
2. Sebaik2nya dalam keadaan berwuduk
3. Membuka kedua tapak tgn dan menadah ke langit
4. Beristighfar atau memohon keampunan kpd Allah sblm berdoa
5. Membaca Bismillah,
6. Bertahmid Alhamdulilah
7. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
8. Berdoa penuh khusyuk, merendah diri serta yakin bhw doanya diperkenankan Allah SWT
9. Memohon dgn penuh perasaan, bersungguh-sungguh, tanpa jemu dan putus asa
10. Ucapkan doa dengan jelas, spesifik dan ikhlas
11. Ulang 3x ditempat-tempat yg dianggap penting
12. Diakhiri dgn selawat ke atas Nabi Muahammad SAW dan pujian bertahmid kpd Allah SWT
Doa Yang Makbul
1. Memohon dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
2. Menjaga makan dan minum
3. Sentiasa mentaati ibu bapa
4. Memelihara silaturrahim
5. Sentiasa menjauhi maksiat dan perkara syubhat
Doa Yang Mustajab
1. Doa ketika sahur
2. Doa orang yang dizalimi
3. Doa selepas menunaikan solat
4. Doa pada bulan Ramadhan
5. Doa diantara azan dan iqamah
6. Doa ketika di padang Arafah
7. Doa antara dua khutbah Jumaat
8. Doa ketika hujan turun dengan lebat
9. Doa dalam Masjid terutama di Masjidil haram dan masjid Nabawi
10. Doa di sepertiga malam yang terakhir ketika manusia lain sedang tidur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan