Khamis, 28 Oktober 2010

Tip Bahagia dan Motivasi Diri

1.     Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang kemana-mana.Seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda Rasulullah S.A.W “Bila engkau berada pd pagi hari, jgnlah menunggu datangnya ptg hari.Bila engkau berada pd ptg hari, jgnlah menunggu datangnya waktu pagi”

2.     Lupakan masa lalu dan semua yg pernah terjadi.Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yg tlh selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.
3.     Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jgn fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya
4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
5.     Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia
6.     Barangsiapa menginginkan ketenangan,ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah
7.     Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.
8.     Jangan menunggu ucapan terimakasih dari seseorang.
9.     Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan buruk.
10.   Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya utk diri anda
11.   Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seorang Muslim adalah baik baginya.
12.   Berfikirlah tentan nikmat lalu bersyukurlah.
13.   Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.
14.   Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar
15.   Dengan musibah hati akan tergerak utk berdoa
16.   Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
17.   Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.
18.   Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara remeh
19.   Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha luas keampunan-Nya
20.   Jangan marah, jangan marah, jangan marah!
21.   Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan
22.   “Dan dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu” (Ad-Dzariyat:22)
23.   Kebanykan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
24.   Pada orang2 yg tertimpa musibah itu ada suri teladan
25.   Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka
26.   Ulangilah doa doa untuk menghapuskan bencana.
27.   Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya,Tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran
28.   Tinggalkanlah semua desas desus dan jangan percaya kepada khabar angin
29.   Kedengkian dan keinginan anda yang kuat utk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan menimpa pihak lawan
30. Setiap musibah yg menimpa diri anda adalah penghapus dosa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan