Selasa, 16 Ogos 2011

10 Kebaikan Berlapar dan 6 Keburukan Kenyang

1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati

2. Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi

3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah SWT

4. Sentiasa ingat kepada bala Allah SWT di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar

5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan

6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat

7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan

8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan

9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan

10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri melalui sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain

6 Keburukan Kenyang
Abu Sulaiman ad-Darani  telah berkata bahawa sesiapa yang kenyang maka masuklah pada dirinya 6 macam bahaya iaitu:
1. Kehilangan rasa manisnya bermunajat kepada Allah
2. Kehalusan memelihara hikmat ( bertindak gopoh-gapah tanpa bijaksana)
3. Terhalang rasa kasih sayang kepada makhluk lain kerana bila kenyang maka lupa pada orang lapar
4. Berat dan malas untuk berbuat ibadat kepada Allah
5. Bertambah keinginan nafsu
6. Orang mukmin sebenar mengelilingi masjid manakala orang kenyang mengelilingi tandas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan