Peribadi seorang mukmin dia tidak akan membalas kejahatan dengan
kejahatan, maki hamun dengan maki hamun tetapi dia tetap bersabar dan
tidak meluahkan perasaan marahnya tanpa kawalan.
Sabda
Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu
semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia
marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan
pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang
yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)
Dalam satu hadis Nabi SAW melarang seseorang yang membalas maki hamun dengan makin hamun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bertakwalah kepada Allah dan jangan
sedikit pun memandang kecil kepada kerja kebajikan walaupun sekadar
mencurahkan air dari timba ke dalam bekas orang yang meminta air dan
menemui saudara dengan muka yang riang. Jauhilah melabuh-labuhkan
pakaian kerana melabuhkan pakaian itu dari sifat takbur, satu sifat yang
tidak disukai Allah. Andainya ada orang yang memaki dan mencaci dengan
sifat yang tidak ada pada kita,maka janganlah mencacinya dengan sifat
yang ada padanya, biarlah ia yang menanggung padah dan kita mendapat
pahalanya dan janganlah memaki seorang yang lain. (Hadis Riwayat At
Tayalisi dari Jabir bin Sulaiman).
Perlu diingat bahawa ucapan
negatif yang lahir daripada mulut seseorang sebenarnya ucapan negatif
tersebut akan kembali balik kepada orang yang mengucapkannya.
Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang maksudnya
:”Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaknya ia
berkata yang baik atau diam.” ( Muttafaq 'alaih).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan