Antara Nabi-nabi yang tidak disebut dalam al Quran... Wallahualam.
Semua Nabi yg disebut di atas adalah penyambung risalah Tauhid daripada fasa Adam dan sebelum Idris.Diriwayatkan Nabi Adam masih hidup hingga lahirnya Nabi Idris.
Seth:-Selepas peristiwa pembunuhan pertama ummat manusia di kalangan anak Adam (Qabil & Habil), Nabi Adam amat sedih dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yg baik dan akan mewarisi misi kenabian ini. Allah memakbulkan doa itu dan Lahirlah anaknya ini Seth bin Adam.
Anush:-Adalah anak Seth dan mewarisi misi kenabian ini.
Qainin:Adalah anak Anush dan mewarisi misi kenabian ini.
Mihlayil:Mihlayil adalah anak Qainin yg menyambung risalah tauhid ini dan juga diriwayatkan sbg org pertama yg menebang pokok dan membina penempatan.
Yard:-Anak kepada Mihlayil yg turut menyambung risalah tauhid. Anak kepada Yard adalah Khanukh (tetapi disisi umat Islam namanya adalah IDRIS AS)
Nabi Daniel>Seorang nabi yg diutuskan di Babilon(Iraq). Beliau membawa ramalan berita akhir zaman tentang datangnya hari penghakiman Allah ke atas kerajaan2 dunia. X silap saya ia berkaitanramalan mimpi Raja Babylon Nebuzhanezzar@Bukhtanassar ttg Batu yg meremukkan patung.
Nabi JeremiahMelalui pendapat Ibnu Kathir,nama nabi Jeremiah yg sbnr ialah Armia b Hilqiya. Nabi diutuskan oleh Allah kepada Bani Israel di Jurusalem pada fasa dia antara Nabi Daud dan Nabi Zakaria.Beliau dipenjarakan oleh kerajaan Bani Israel di Jurusalem kerana beliau menyuruh mengesakan Allah. Beliau diseksa dan dipenjarakan dengan teruk. Di dalam penjara,beliau telah berdoa kpd Allah agar diberikan pengajaran kpd mereka. Allah memakbulkan doa Nabi Jeremiah itu dan Allah mengutuskan Tentera drpd Babilon dan Assyria utk menghancurkan kerajaan Israel
Nabi U'zairSetelah diranapkan Israil sebanyak 2 kali dalam peperangan yg meyaksikan kemusnahan yg amat teruk dan ini amat menghibakan hati Nabi U'zair yg menyaksikan. Beliau telah berdoa kepada Allah agar menunjukkan bagaimana kemusnahan yg sedemikian dapat dibaik pulih.Allah telah memakbulkan doa tersebut dan telah menidurkannya selama 100 tahun.Dalam tempoh 70 tahun penidurannya,bandar2 telah kembali membangun setelah pulangnya rakyat2 yg dibawa ketika pemerintahan Bukhtanassar(Raja Babilon) kembali ke tanah asal sewaktu pemerintahan Raja Kurush.Beliau amat terkejut melihat pembangunan semula bandar2 yg telah musnah tetapi berasa amat sedih apabila melihat tiada siapa yg masih menghafal ktab Taurah kerana kitab2 telah habis musnah sewaktu serangan Raja Bukhtanassar. Salinan Nabi Uzair sendiri juga turut musnah.Sewaktu duduk berfikir,bagaimana utk menulis semula kitab Taurah2 Perkara ajaib telah berlaku dan orang2 yahudi menyaksikan 2 tahi bintang yang telah menghentak dada nabi Uzair dan telah memggalakkan ingatan Nabi U'zair utk menyalin semula Taurah. Kerana peristiwa ini telah membuatkan Yahudi mengatakan bahawa Nabi Uzair adalah anak Allah
Nabi Yushwa' b Nun Setelah kewafatan Nabi Musa dan Nabi Harun. Dakwah kepada Bani Israel telah diteruskan oleh utusan Allah Nabi Yushwa'. Kalau x silap saya,beliau adalah drpd puak afrathim (salah satu puak drpd 12 puak dlm Bani Israel).Nabi Yushwa juga pernah mengembara bersama dgn Nabi Musa dalam misi mencari Nabi Khidir(Sebelum Yushwa menjadi Nabi). (Kisah pasal air kehidupan..ajaib dan menarik cerita jelajah mereka ini).Beliau juga yg memimpin Bani Israel dalam memasuki Jurusalem dan menawannya pada petang hari Jumaat sebelum terbenamnya matahari. (Sbb waktu itu diharamkan berperang pada hari sabtu..maka dgn kuasa Allah...telah dipanjangkan waktu hingga mereka berjaya menawan Jurusalem). Maka tertunailah impian mereka yg mana telah diberitakan kpd Nabi Yaaqub oleh Allah ttg anugerah Allah kpd mereka mendapatkan jurusalem.
Nabi Syam'un.Selepas 64 tahun wafatnya Nabi Yushwa',risalah dakwah telah disambung oleh Nabi Syam'un.(seingat saya..di antara nabi yushwa dan syam'un ada beberapa nabi yg di luar pengetahuan saya utk dibincangkan).Di waktu Syam'un inilah peristiwa kehilangan terbesar pada Bani Israel telah berlaku.IAITU KEHILANGAN TABUT (DI DALAMNYA ADA KANDUNGAN TORAH,TONGKAT MUSA DAN SERBAN HARUN DAN SEDIKIT MANNA IAITU MAKANAN DRPD LANGIT YG DIBERIKAN OLEH ALLAH KPD MUSA DAN KAUMNYA).Nabi Syam'un telah melantik Tolut(seorng pemuda yg beriman & gagah) untuk menjadi raja dan Tolut telah berjaya menyatukan Israel dan Judea menjadi (Kerajaan bersatu Israel). Di waktu inilah berlakunya peristiwa yg diceritakan dlm Al-Quran Ttg Tolut & Jalut.Kesinambungan drpd peristiwa inilah bertemunya Raja Tolut dengan seorang pemuda gagah yg menewaskan Jalut yg dahulunya melakukan kemusnahan kepada Israel.Dan pemuda yg gagah itu akhirnya diutuskan menjadi Nabi Iaitu Daud AS.Semua peristiwa ini berlaku dalam fasa Nabi Syam'un
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan