Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud::
" Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa)" ... (Riwayat Abu Ya'la)..
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud::
" sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada abu Hurairah)..
Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadis yang bermaksud::
" Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)..
Hadis ini menerangkan bahawa jika hati itu jahat dan kotor, maka akan pincanglah keseluruhan anggota dan akhlak pemilik hati itu yang seterusnya akan membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t. Hati yang baik akan sentiasa menjadi rebutan kerana padanya tedapat unsur keimanan yang sejati. Manakala kita patut menjauhkan daripada memiliki hati yang berunsur jahat kerana ianya adalah hasutan daripada syaitan.
Hati yang mengarahkan anggota badan melakukan kebaikan dan taat segala perintah Allah s.w.t adalah hati yang sihat dan sejahtera. Manakala jika seseorang itu memiliki sifat2 keji dan sering melakukan kejahatan menunjukkan ia sedang menerima arahan daripada hati yang sakit. Untuk memulihkan akhlak dan tingkah laku individu sebegini maka hatinya perlu diubati. Bagaimana hendak mengubati hati sedangkan ia tidak dapat dilihat dan berada di dalam badan kita?
Pokok kepada ubat penyakit hati ini ialah kembali kepada ajaran Allah s.w.t melalui agama samawi yang diturunkan-Nya. Allah mencipta manusia dan Allah mahu mereka hidup aman damai. Berlainan dengan sifat semula jadi malaikat yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Manusia Allah bekalkan keupayaan untuk bertindak sebagai khalifah di dalam mentadbir muka bumi ini. Manusia mempunyai keupayaan sendiri yang akan menentukan tindakan, kejayaan dan nasib mereka.
"DOA DAN NIAT ADALAH PEKERJAAN HATI.."
""Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadah dan berdoa kepada tuhan mereka pagi dan petang, sedangkan mereka mengkehendaki keredaan-Nya semata-mata." (surah al-An'am : 52)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud::
""Sesungguhnya segala amal itu adalah menurut niat dan untuk setiap manusia ialah apa yang diniatkan."" (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar r.a. )
Rehat Minda.......
"'Jalan - jalan makan roti,
Makan roti atas titi;
Mari kawan bersihkan hati,
Agar hati takkan mati."'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan