Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati
sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu
ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan
“At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia
mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan
kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika
dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya
Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan
Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan
merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan
beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14
kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki
yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam
hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami
telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta
Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang
tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga
dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam
tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca
Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat
Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan
dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah,
akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.”
Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam
Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti
Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab,
“Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah
khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir,
kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah
Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah
Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam
apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq
dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena
penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7
hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan
syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan
kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100
kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang
terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas
yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah
ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi
menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan
syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan