1. EMPAYAR PARSI - PERSIA/ ARYA
Empayar
Parsi ialah satu siri empayar sejarah yang memerintah penara Iran dan
kawasan di seberang sana. Entiti politik yang diperintah oleh
kemaharajaan-kemaharajaan ini ialah negara Iran (secara harfiahnya
bermaksud “Tanah Arya”).
Secara amnya, entiti terawal yang dianggap
sebagai sebahagian Empayar Parsi ialah Wangsa Achaemenid (648 SM – 330
SM), sebuah kemaharajaan Arya asli bersatu yang berasal dari kawasan
yang kini dikenali sebagai Fars dan dibentuk oleh Cyrus Agung.
Kemaharajaan-kemaharajaan yang berturut-turut di Iran sebelum tahun 1935 telah digelarkan secara kolektif sebagai Empayar Parsi oleh ahli sejarah Barat.
Kemaharajaan-kemaharajaan yang berturut-turut di Iran sebelum tahun 1935 telah digelarkan secara kolektif sebagai Empayar Parsi oleh ahli sejarah Barat.
Perkataan Parsi telah lama digunakan oleh dunia Barat untuk memerihalkan negara Iran, penduduk-penduduk, dan empayar-empayar purbanya. Perkataan ini berasal daripada nama Yunani untuk provinsi kelautan Iran yang dipanggil Fars dalam bahasa Parsi moden, Pars dalam bahasa Parsi Zaman Pertengahan dan Pārsā dalam bahasa Parsi Kuno.
Perkataan itu bermaksud “tiada cacat celanya”. Persis ialah bentuk bahasa Greek untuk Pars, dan melalui perkataan bahasa Latin, Persia, negara-negara Eropah yang lain telah mengikut penggunaan perkataan itu untuk kawasan ini.
Kawasan ini merupakan teras Empayar Parsi yang asal. Kebanyakan orang asing merujuk kepada negara Iran sebagai Persia sehingga 21 Mac 1935 ketika Iran meminta komuniti antarabangsa secara rasmi untuk memanggil negaranya dengan nama asli; puak-puak Arya yang membentuk negara ini pada zaman Achaemenid menyatukan penara di kawasan itu dan memanggil negara mereka sebagai Iran pada penubuhannya.
Pada tahun 1959, Shah Mohammad Reza Pahlavi mengumumkan bahawa penggunaan nama Parsi dan Iran boleh ditukar ganti.
2. Empayar Macedonia(336BC-323BC)
Empayar Macedonia yang sangat ditakuti pada abad ke-3 sebelum masihi. Dengan terajunya
iaitu Alexander the Great selepas menggantikan ayahnya, Philip yang
meninggal dunia akibat dibunuh, empayar ini telah mengorak langkah
dengan agresif menjangkaui imaginasi para pengkritik Alexander.
Alexander yang masih muda belia telah memainkan peranan penting untuk menyakinkan rakyatnya untuk melaksanakan kempen peluasan kuasa bagi menyebarkan pengaruh Helinistik Macedonia. Pada satu ketika, empayar Alexander telah terbentang luas sehingga ke India.
Alexander yang masih muda belia telah memainkan peranan penting untuk menyakinkan rakyatnya untuk melaksanakan kempen peluasan kuasa bagi menyebarkan pengaruh Helinistik Macedonia. Pada satu ketika, empayar Alexander telah terbentang luas sehingga ke India.
Runtuhnya empayar: Empayar Macedonia mengalami kemerosotan selepas
terbunuhnya Alexander semasa peperangan di India. Alexander meninggal
dunia di saat umurnya masih muda iaitu 33 tahun. Satu persatu negara di
bawah jajahannya mencapai kemerdekaan selepas pemberontakan demi
pemberontakan. Sekiranya Alexander memiliki umur yang cukup panjang,
kemungkinan empayarnya menjangkaui satu dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan