POLIGAMI
Poligami antara tanggungjawab sosial, keinginan lelaki dan keresahan wanita.
Poligami
sebenarnya merupakan punca keresahan kepada isteri pertama lebih
daripada merupakan masalah wanita keseluruhannya. Dari kenyataannya,
wanita secara umum perlukan kepada poligami sebagaimana lelaki namun
sebab sahaja yang berbeza.
Suami yang berkeinginan kuat, memerlukan
lebih dari seorang isteri. Wanita yang lemah memerlukan perlindungan –
bilangan mereka ini ramai – perlukan kepada suami. Tidak semua keadaan
atau bukanlah keadilan mutlak kalau kita berpegang kepada kaedah ‘satu
lelaki untuk satu perempuan’. Sebaliknya ia akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat. “Ustaz tolong cakap kepada suami saya…" Begitulah bunyinya seorang isteri memulakan luahannya apabila suami ingin ‘pasang cawangan’.
“Dia tidak mampu, apa yang saya tahu –saya isterinya – dia tidak boleh berlaku adil. Bukan saya tidak setuju….”, luahnya lagi.Beginilah
detik-detik kehidupan seorang isteri yang ingin dimadukan. Perasaan
sedih, kecewa, celaru bercampur-baur, mengakibatkan bak kata pepatah,
“mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang” seolah-olah
seluruh dunia memusuhinya.
Sebaliknya pula pengakuan suami. “Saya bahagia dengan isteri saya, kami tidak ada masalah, cuma saya rasa nakkan satu lagi.”Saya
percaya saya boleh beri keadilan kepada isteri saya kalau saya
berpoligami. Isteri saya Insya Allah boleh terima keadaan ini”.
Bukan kerana cantik. Kalau nak lihat pada kecantikan isteri saya yang pertama pun lagi cun…”.Keinginan
yang melonjak-lonjak sukar ditafsirkan. Tetapi itulah hakikatnya.
Ucapan suami yang berkobar-kobar dan keresahan isteri yang
berdebar-debar
Punca Apa
yang perlu dikaji ialah, apakah punca kepada keresahan isteri pertama
itu sebenarnya? Dari pengamatan penulis ada beberapa punca yang
menyebabkan perkara itu berlaku:
1. Ia
kadangkala berpunca daripada sikap wanita itu sendiri yang pentingkan
diri sendiri (isteri pertama), sukar untuk bertolak ansur, dan sukar
menerima hakikat ia sudah berkongsi tongkat.
2. Kadang-kadang
berpunca dari sikap lelaki yang bersikap ‘habis madu sepah dibuang’ dan
senang melihat penderitaan isteri yang dimadukan.
3. Kadang kala
berpunca daripada masyarakat yang memandang serong kepada poligami,
sehingga menganggap isteri tua tidak pandai menjaga suami dan
sebagainya.
4. Serta tidak
kurang juga masalah datang daripada isteri kedua yang tamak dan tidak
sedarkan
diri. Setelah mengambil suami orang dia berusaha merampasnya
terus.
Keempat-empat punca ini,
adalah penafsiran sebenar kepada keresahan untuk menerima hakikat
bermadu oleh isteri pertama. Ia bukan disebabkan oleh poligami itu
sendiri. Poligami membawa kebaikan kepada masyarakat dan keluarga jika
ia dilaksanakan dengan menepati kehendak hukum Islam. Sistem Islam yang
amat adil ini dicemari oleh perbuatan manusia sehingga poligami dilihat
negatif oleh banyak kelompok masyarakat. Jika sekiranya manusia lelaki
dan wanita bersikap adil (adil bukan hanya sifat lelaki) poligami akan
dapat menyelesaikan banyak masalah yang sedang dihadapi oleh manusia
kini.
Kesedaran Sosial Penulis ingin mengajak isteri-isteri untuk merenung nasib kaum sejenis dengannya. Siapakah yang lebih
halus perasaannya untuk merasa belas kasihan kepada kaum wanita yang
tidak bernasib baik, kalau isteri pertama hanya mementingkan diri dan
mengatakan jangan kacau suami saya, maka siapa yang akan selamatkan
mereka?
Kalau begitu wanita adalah mereka yang paling tidak sensitif
dengan isu wanita dan amat mementingkan diri sendiri. ”
Kalau nak kawin dengan anak dara tua oklah juga atau selamatkan janda
yang tidak terbela…..ini tidak, nak cari anak dara, berkelulusan tinggi
ada profesion dan kadang kala tidak pentingkan agama….ada potensi boleh
didik dakwanya.
Mana tanggungjawab sosial di sini? Saya nampak tak ada
lain kecuali nafsu”.Ya,
kenyataan itu ada benarnya, namun tanggungjawab sosial tidak terhenti
kepada masalah yang disebutkan. Mengelakkan berlaku perzinaan dan
hubungan sumbang juga adalah suatu tanggung jawab sosial.
Suami ada sebab tersendiri yang diterima syariat untuk melepaskan keghairahannya dengan cara berpoligami.
Kepada isteri kedua hendaklah berterima kasih kepada isteri pertama. Hormatilah mereka sebagaimana sepatutnya. “….Dulu saya yang carikan untuknya isteri, sampai hati dia sanggup meninggalkan saya” .Jagalah lidah daripada ucapan menghasut, dan usaha untuk control suami. ” Saya tidak suka dengan perempuan gila tu..tak tahu jaga laki !!!
"Islam
melarang isteri yang bermadu bertindak demikian. Hadapilah sikap
mementingkan diri sendiri dengan mujahadah. Sebaliknya berilah dorongan
kepada suami agar bersegera ke rumah isteri pertama. “Abang kalau balik sana , kirim salam pada kakak ya!”
Kekang keinginan dengan perasaan tanggungjawab.
“Masa mula-mula kahwin dulu dia balik setiap dua hari tetapi sekarang ada saja alasannya”.“Kalau yang sana tu telefon cepat-cepat dia balik, kadang-kadang nak minum air bersama anak-anak pun tak sempat”.Selepas
beberapa bulan dari berpoligami kenyataan perit bermula.
Perahu kini
sudah tidak berkemudi lagi. Lajak sudah tidak boleh diundur dan nasib
isteri pertama sukar diramalkan. Rasa tanggungjawab mula nipis dan ikrar
keadilan mula dilupakan. Suami mula menghadapi dunia baru yang tidak
dijangka sebelum ini.
“Macam mana selepas buka cawangan?”
“Perempuan, perempuan juga. Kalau belum mula tu…. tak payahlah”.Oleh
kerana menyedari akan ragam manusia ini Islam meletakkan panduan yang
lengkap yang perlu di ikuti oleh pasangan yang ingin berpoligami. Naluri
keinginan lelaki seharusnya dihalakan untuk memenuhi tuntutan sosial
seperti berikut;
1. Kemandulan:
Isteri tidak mampu melahirkan zuriat untuk si suami. Islam mengharuskan
suami untuk berpoligami sebagai satu usaha untuk memperolehi zuriat
sendiri.
- Penyakit: Isteri
mengidap penyakit yang menghalang si suami untuk menikmati kehidupan
rumahtangga secara sempurna, kerana isteri gagal memberi layanan yang
sewajarnya kepada suami, Islam mengizinkan suami untuk berpoligami
sebagai satu ganjaran terhadap kesabaran suami yang sanggup menjaga dan
menanggung isteri yang berpenyakit.
- Nafsu: Suami
memiliki keupayaan seksual yang luarbiasa dan tidak mampu ditampung oleh
seorang isteri, apatah lagi sekiranya si isteri berada dalam haid dan
nifas. Islam mengharuskan suami berpoligami untuk memelihara kesucian
agama dari terjebak ke lembah maksiat.
- Pertambahan
bilangan MJ janda, MB balu dan MA andartu: Bertambah bilangan kumpulan di atas
secara tidak langsung menambahkan bebanan sosial dan mempengaruhi
kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong sesiapa
yang berjiwa mulia untuk berpoligami dengan niat memelihara kehormatan
dan kemulian kaum wanita.
- Musafir: Para
suami yang banyak bermusafir keluar negara dalam tempoh yang agak lama
diatas urusan tertentu juga adalah antara faktor yang membolehkan lelaki
untuk berpoligami. Kerana dengan itu ia dapat mengelak dari terjebak
kepada dosa dan zina.
- Pertambahan
bilangan perempuan: Perkara ini berlaku disebabkan kematian ramai kaum
lelaki. Keadaan ini juga adalah antara sebab sosial yang mengharuskan
poligami.
Syarat-syarat poligami
Ada beberapa syarat yang ditetapkan kepada lelaki yang ingin berpoligami. Antaranya ialah:
- Ada keinginan daripada pihak lelaki
- Tidak boleh melebihi empat orang. Islam menghadkan poligami hanya kepada empat orang sahaja.
- Mampu berlaku
adil. Keadilan meliputi perkara-perkara berkaitan tempat tinggal,
nafkah, makan pakai dan tidak termasuk hal-hal yang berkaitan dengan
hati dan kecenderungan perasaan. Jika keadilan gagal dipenuhi Islam
tidak mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.
Hukum berpoligami.
Wajib apabila dibimbangi membawa kepada zina dan maksiat
- Harus, bila suami berkemampuan dan berkeinginan untuk berpoligami
- Haram, apabila tidak mampu menunaikan hak yang sepatutnya kepada isteri-isterinya.
- Makruh, apabila suami gagal menunaikan beberapa hak isterinya dan dengan keredaan isteri
Apakah poligami harus digalak atau harus dihindari terserahlah kepada penilaian suami yang bijaksana.
Susunan semula: Cik Puan Ayu Blogz